Sunday, November 24, 2013

Pengaruh 'Heavy Metal' Rasuk Muktamar PAS

Penulis sebenarnya terkejut dengan apa yang berlaku di muktamar PAS baru-baru ini  , lupakan sajalah kisah Mat Sabu kekal jadi Timbalan Presiden, itu memang dah dijangka dengan penularan secara besar-besaran puak Anwarinas dalam PAS .


Apa yang menarik perhatian penulis ialah persembahan rock 'heavy metal' yang berjaya dirakam oleh wartawan KLXpress dalam salah satu sesi sempena muktamar PAS .

Agak janggal sekali bila sebuah parti politik yang meletakkan perkataan Islam dalam pertubuhan mereka menjemput artis-artis 'heavy metal' buat persembahan . Entah apa lirik yang digunapakai dalam persembahan itu di hadapan pak-pak lebai PAS .


Penulis pasti, ada diantara mereka yang naik berang dengan jemputan  persembahan itu tapi mulut mereka dah macam 'terkunci' kerana mungkin puak-puak 'Anwarinas' dalam parti itu menganggap persembahan 'heavy metal' di muktamar PAS bukan lah satu isu besar.

Melihat kembali pada sejarah, pemuda PAS banyak membuat beberapa bantahan mengenai penganjuran konsert2 rock dari artis2 luar negara. Tentu ramai yang masih ingat bagaimana pemuda PAS melompat marah bila kumpulan 'heavy metal' Metallica mengadakan konsert di negara ni , namun akhirnya apa yang berlaku sekarang menunjukkan bantahan yang dibuat itu hanyalah tindak-tanduk yang hipokrit semata-mata.

Tak salah rasanya nak jemput artis heavy metal buat persembahan, tapi tidak lah manis sekiranya persembahan itu dibuat dalam muktamar parti politik yang menggunakan label Islam pada namanya. Kalau perkara-perkara macam ni nak diteruskan dalam PAS , eloklah digugurkan saja perkataan Islam dalam nama pertubuhan itu kerana memalukan nama Islam itu sendiri .

4 comments:

Allah maha kaya terkena muka PAS sendiri

apa u nak bising2 depa dah pilih pakatan biaq pi kat depa la,depa nak pakai bahasa apa pun. Kalu tak nak lain kali pikiaq 2x sebelum undi. U tak faham bahasa Inggeris ke? Vote is power !!!!

letak video kat youtube.. boleh share.. mcm comel jer.. huuhuhuh

Tak hairan, pengaruh Syiah, liwat dan komunis dah masuk awal..

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu