Tuesday, November 5, 2013

Majoriti PAS merosot kerana PRK hari kerja ? Pengiraan di bawah buktikan Mahfuz Temberang

Keputusan PRK Sg. Limau semalam menyaksikan PAS berjaya mempertahankan kerusi mereka di DUN berkenaan . Walau bagaimanapun undi majoriti yang diperoleh semakin merosok . Dari keputusan PRU-13 yang lepas calon PAS arwah Ustaz Azizan mendapat majoriti 2,774 dengan peratusan keluar mengundi 89.23% . Calon PAS kali ini , En. Mohd Azam pula mendapat undi majoriti 1,084 dengan peratusan keluar mengundi 85.5% . Beza yang keluar mengundi berbanding PRU yang lepas ialah 3.73% . Jumlah pengundi di Sungai Limau ialah 27,222 . 3.73% daripada 27,222 ialah 1,015 orang .


Andaikan sekiranya 3.73% ini mengundi PAS , maka jumlah undi mereka ialah 2,099 . Masih tak dapat mengatasi undi majoriti yang diperoleh Ustaz Azizan dulu . Tapi takkan lah kesemua 3.73% ini undi PAS ? Oleh yang demikian dakwaan Mahfuz Omar bahawa undi majoriti merosot kerana PRK dibuat pada hari bekerja adalah sampah semata-mata. Memang terbukti ada 'swing' daripada penyokong PAS sendiri beralih kepada UMNO . Hanya dalam tempoh lebih kurang 6 bulan kubu kuat PAS bergegar teruk dalam PRK kali ini .

PAS mungkin masih gagal menerima hakikat bahawa sokongan orang-orang Melayu terhadap parti mereka semakin lemah dek kerjasama dengan DAP . Semasa PRK Kuala Besut , UMNO turut membuktikan sokongan orang-orang Melayu terhadap mereka semakin bertambah bila undi majoriti bertambah berbanding keputusan semasa PRU-13 . Di pihak PAS pula undi mereka semakin berkurang . Apa yang terjadi di Kuala Besut berlaku di Sg. Limau . Undi terhadap UMNO semakin meningkat , dan undi terhadap PAS semakin berkurangan. Ini semua gara-gara kerjasama PAS dengan DAP.

1 comments:

Mahpus mana tau Matematik, kalau Ihmu Hisab dia pasti 'A' kerana Sifu dia Punasihat Ekonomi gaji RM1.00.

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu