Monday, November 11, 2013

Komen di Malaysiakini : Shahidan: Seri Perdana guna sistem jimat cermat

Seri Perdana ada 9 bahagian utama iaitu dewan VIP,dewan mesyuarat,surau, dewan jamuan ,rumah PM , pejabat pentadbiran, kuarters pekerja, laman selatan dan laman utara. Penggunaan elektrik di setiap bahagian adalah berbeza mengkikut kekerapan penggunaannya .


Memandangkan Seri Perdana adalah pusat tumpuan pemimpin, delagasi , pelabur besar dari negara luar datang maka boleh dikatakan Seri Perdana agak sibuk . Kalau sibuk maksudnya ada orang dan elektrik sentiasa digunakan  . Di negara Malaysia yang panas ni , penggunaan penghawa dingin memainkan peranan yang penting dalam menyumbangkan bil letrik yang tinggi . Di Seri Perdana tu semestinya banyak air-cond yang dipasang di semua bahagian kecuali di bahagian luar kediaman dan pejabat lah.

Sebuah ofis syarikat besar yang biasa pun boleh mencecah penggunaan bil elektrik sehingga RM10,000 sebulan , maka setahun untuk ofis syarikat berkenaan boleh mencecah lebih kurang RM120,000. Seri Perdana bukan lah beroperasi macam ofis syarikat biasa , siang dan malam sentiasa ada orang di situ . Malah dalam Seri Perdana sendiri ada ofis dan kuarters-kuarters pekerja. Selain tu faktor penggunaan elektrik di dewan2 yang ada dalam Seri Perdana tu pun perlu diambil kira.

Kalau ofis sebuah syarikat yang beroperasi lebih kurang 8 jam sehari pun boleh cecah RM120,000 setahun . Inikan Seri Perdana yang masa operasinya lebih dari tu. Di tambah pulak dengan kuarters-kuarters yang ada dalam kawasan Seri Perdana  Lagi satu ada tuduhan seolah-olah PM tak tau jimat letrik.. Soal menjimatkan letrik ni sebenarnya adalah dari kerjasama semua pihak yang ada dalam sesebuah bangunan tu .

Takkan lah soal jimat letrik di Seri Perdana pun Najib nak pantau tiap2 bahagian dalam Seri Perdana tu ?? Lagipun soal penjimatan elektrik turut bergantng pada appliances yang ada dalam bangunan berkenaan . Seri Perdana luas jadi tak hairan lah banyak electrical appliances dalam tu.

Bil untuk sebijik electrical appliance contohnya penghawa dingin sebulan untuk aircond 750watt yang diguna purata tujuh jam sehari ialah RM 0.11 sejam

Electricity consumption (kWh) = Power (watts) x Hour of Operation x 30 days ÷ 1000.

dari formula di atas ;

Electricity consumpution (kWh) = (750 watt x 7 jam x 30 hari ) / 1000 = 157.5 kWh

dengan ambik tarif domestik TNB untuk 200 kWh pertama bagi sebulan (RM 0.218 /kWh) maka electrical consumption bagi sebijik aircond sebulan ialah RM 34.33 . Tapi perlu ingat tariff makin meningkat jika kWh untuk tempoh sebulan  meningkat . Rujuk jadual bawah . Bayangkan berapa banyak air-cond dan alat2 elektrik lain di Seri Perdana . Lagipun apalah sangat bil letrik RM2.2 juta setahun kalau nak dibandingkan dengan kediaman2 rasmi pemimpin2 dari negara2 lain.




0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu