Friday, November 22, 2013

Khianat di Pemilihan UMNO Bahagian Kelana Jaya , @nohomar @NajibRazak

Penulis pada satu ketika dahulu pernah menulis mengenai beberapa perkara yang tidak menyenangkan yang berlaku di UMNO bahagian . Artikel yang ditulis tu menyebabkan ada pemimpin UMNO bahagian yang tak senang duduk dan mula menghantar 'mesej' berupa ugutan melalui macai dan tukang jilat. Artikel tu boleh di baca di sini . Berikut adalah petikan artikel berkenaan yang ingin penulis tekankan .


"Dr. Mahathir pernah berkata , ramai professional cuba masuk parti UMNO tetapi seolah-olah dihalang kerana ketua cawangan atau ketua bahagian bimbang orang-orang cerdik pandai ini akan menyayingi mereka kelak . Oleh itu sesetengah ketua cawangan atau ketua bahagian yang mempunyai sifat ini hanya akan membenarkan orang2 yang dirasakan tidak menjadi ancaman kepada diri mereka . Sekiranya proses ini berterusan , maka UMNO akan dipenuhi oleh golongan-golongan yang bodoh sombong. Kata-kata Dr.Mahathir ini sepatutnya dicetak dan ditampal dalam setiap pejabat UMNO bahagian supaya sifat 'sedar diri' ada pada diri masing-masing. " 

Artikel ni ditulis kerana terpanggil untuk memberi komen apabila berlaku banyak 'kecelaruan' selepas Pemilihan Agung UMNO baru-baru ini. Yang dilihat paling menonjol ialah 'kekecohan' yang berlaku di beberapa bahagian UMNO Selangor . Penulis tak tahu hal-hal 'dalam kain' bahagian-bahagian UMNO Selangor yang lain , tapi apa yang berlaku di UMNO Bahagian Kelana Jaya adalah sesuatu yang amat memalukan !


Penulis mengetahu perkara ini melalui 'timeline' rakan Facebook penulis ,beliau ialah seorang ahli UMNO di Kelana Jaya yang dipergunakan oleh pihak berkepentingan. Rupa-rupanya pemilihan UMNO yang berlaku di bahagian itu baru-baru ini penuh dengan PENGKHIANATAN dan pelbagai TAKTIK KOTOR untuk calon yang berkepentingan.



Kalau hal mengenai KEPERCAYAAN pun di KHIANATI oleh seorang pemimpin UMNO Bahagian Kelana Jaya yang baru dipilih ni , bagaimana pula rakyat marhein nak bagi kepercayaan pada UMNO ? Ini lah jenis pemimpin yang menyebabkan UMNO di benci oleh rakyat !

Belum jadi pemimpin besar dah pandai manipulasi dan mempergunakan orang lain demi tembolok sendiri . Mungkin mereka ni dah lupa UMNO di Selangor ni makin lemah terutama di kawasan-kawasan bandar .

Kelana Jaya boleh di katakan satu kawasan sub-urban, nak kembalikan kepercayaan rakyat Kelana Jaya pada UMNO , kena kembalikan dahulu kepercayaan ahli-ahli UMNO Bahagian Kelana kepada pemimpin mereka sendiri . Tapi kalau pemimpin yang baru dilantik ni pun dah buat "taik", maka lupakan sajalah hasrat nak rampas semula Kelana Jaya dari PKR !


Walaupun kepimpinan dalam UMNO baru dipilih lebih kurang sebulan lebih , dah ada perpecahan yang serius di bahagian itu kalau tak kerana 'game' Ketua Bahagian UMNO Kelana Jaya yang baru dilantik iaitu Yusoff bin Haniff.  Malah ada pula cerita yang terdapat penipuan serta peraturan mesyuarat di UMNO Bahagian Kelana Jaya semasa pemilihan hinggakan ada desakan supaya pendaftar pertubuhan untuk menyiasat.

Diharapkan kepimpinan tertinggi UMNO Selangor dan UMNO Pusat beri perhatian mengenai hal ini.UMNO Kelana Jaya seolah-olah dah dijangkiti 'barah' dan sekarang 'barah' tu dah jadi semakin teruk bila hal-hal sebegini didedahkan. Kalau dah ada cerita-cerita macam ni, segala peruntukan untuk bahagian Kelana Jaya ni kena dipantau betul-betul, bimbang pula kalau ada pihak yang tak sabar-sabar nak 'menyakau'. Sebenarnya ada lagi beberapa perkara yang akan didedahkan dalam artikel yang akan datang . Untuk individu-individu berkaitan, tak perlulah rasa takut kalau anda tak buat salah .

2 comments:

Kami ahli2 umno yg menjunjung parti serta taat setia selama ini menharapkan agar perlembagaan parti tidak dinodai supaya generasi2 akan datang lebih mengerti perjuangan sebenar

Eloklah tu, three strooges, seorang funder, seorang con man, seorang lagi cencorot senang cerita penyagak semuanya. Ketua Bahagian tu sahabat yang meninggal di ribanya pun dia kornar ini kan pula saudara zaidi tu...........

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu