Thursday, November 14, 2013

Kesan Pengaruh Kempen Jangan Bayar Hutang PTPTN oleh PR ?

Bernama hari ni mengeluarkan artikel bertajuk "132,801 peminjam PTPTN disenarai hitam" , jumlah terkumpul bagi bilangan itu ialah RM 2.11 billion ! Adakah anda salah seorang daripada mereka ? Klik pautan ni untuk mengetahuinya . http://sspi2.imi.gov.my/Default.aspx



Dah pinjam bayar lerrr , kalau tak mampu ikut kontrak bayar je RM50 sebulan . Jangan tak bayar terus , PTPTN dibuat sebab nak tolong budak2 miskin yang takdak duit nak belajar di IPT , dulu sebelum ada PTPTN garu kepala nak carik duit kat mana , mak bapak siap bergolok gadai harta yang ada untuk pastikan anak dapat masuk 'U' .

Aku sendiri masuk IPT tahun 19997 , masa dapat surat tawaran tu memang 'gabra' nak korek duit kat mana , mujur la masa cuti panjang SPM tu aku kerja jadi operator pengeluaran di sebuah kilang 'injection moulding' . Lepas tu dapat surat dari UTM minta daftar ...adoii memang pening kepala , duit dapat kumpul dalam RM 1,000 lebih je . Lepas le bayar yuran ...masa tu untuk kursus kejuruteraan Mekanikal peringkat Ijazah yuran RM876 kalau tak silap aku ler .

Depa kata suruh daftar dulu , kemudian barulah cari sponsor . Beb persaingan nak cari sponsor tu memang sangat 'tight' , dengan jenis student yang guna cable mak bapak lagi ... Duhh memang 'stress' masa tu. Mujur lah masa tu PTPTN diperkenalkan , aku malas nak tunggu JPA dan lain2 badan lagi , straight to PTPTN sebab tak banyak kerenah ,duit pun masuk cepat , senang approve pulak . Jadi lepas dapat PTPTN terasa sangat lah lega.

Jadi pada peminjam2 tu , cuba ingat balik kesusahan yang anda hadapai masa awal pengajian di universiti dulu . Duit PTPTN tu kena 'rolling' nak bagi generasi yang seterusnya guna . Kita nak lahirkan lebih ramai rakyat Malaysia yang berpendidikan tinggi , ni semua perlukan 'fund' dan PTPTN  adalah 'funder' yang paling senang untuk biaya yuran pendidikan , sewa rumah dan makan minum sepanjang pengajian .

Jangan terikut sangat dengan dakyah pakatoon suruh jangan bayar pinjaman PTPTN , habis tu kalau PTPTN di hapuskan dan pendidikan percuma hangpa nak duduk kat rumah sewa dan makan minum secara percuma saja ka sepanjang pengajian ??

1 comments:

Dah kena blacklist baru padan muka!

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu