Thursday, October 10, 2013

Tinggal di PPRT Tapi Ada Kereta Mewah ?

Dari artikel Bernama ,Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan , Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata kadar sewa untuk projek PPR terpilih adalah sebanyak RM124 . Penulis berpendapat kadar sewa RM124 sangat berpatutan dan boleh membantu golongan yang berpendapatan rendah untuk tinggal di bandar-bandar besar terutamanya di Kuala Lumpur , penulis berharap agar projek perumahan seumpama ini di buat dengan lebih banyak .

-gambar hiasan-

Selain itu mungkin Kementerian bertanggungjawab boleh menyimpan 50% daripada unit PPR yang dibina khas untuk sewaan golongan muda yang baru memulakan kerjaya . Tujuan sewaan adalah sebagai tempat tinggal sementara menunggu golongan ini stabil untuk membeli unit kediaman yang mampu mereka miliki . Maksud penulis ialah ramai di kalangan lepasan universiti di peringkat awal kerjaya mereka mempunyai sumber kewangan yang terhad, namun apabila karier sedang meningkat dan kewangan stabil mereka mampu untuk membeli rumah mengikut kemampuan masing-masing .

Kita tak mahu ada eksekutif syarikat besar duduk di PPRT yang dikhaskan untuk golongan yang berpendapatan rendah . Mereka ini akan menyekat peluang golongan berpendapatan rendah untuk memiliki rumah. Tentu ramai dari kita pernah tengok di PPRT sekitar KL dan PJ bila ada beberapa buah kereta mewah di tempat letak kereta penduduk. Kalau dah mampu beli kereta mewah , kenapa nak duduk di PPRT lagi ? Tak adillah bagi orang yang lebih memerlukan. Mohon Datuk Abdul Rahman Dahlan teliti mengenai perkara ini . Apapun bagi perwakilan Pemilihan Agung UMNO yang layak mengundi, mohon berikan undi anda pada Datuk Abdul Rahman Dahlan #32.

Berikut adalah artikel penuh Bernama

Kerajaan bina 92,630 PPR seluruh negara sejak 2001

PUTRAJAYA - Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah melaksanakan 138 projek Program Perumahan Rakyat (PPR) Dimilik dan Disewa membabitkan pembinaan 92,630 unit rumah, sejak tahun 2001.

Menterinya Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata sebanyak 92 projek iaitu 69,036 unit rumah telah siap dan bakinya masih dalam peringkat pelaksanaan sehingga September lepas.

Beliau berkata, rumah PPR ini dijual pada harga RM35,000 di Semenanjung Malaysia dan RM42,000 di Sabah dan Sarawak serta disewa pada kadar RM124 sebulan bagi projek PPR terpilih.

"Kerajaan memberikan subsidi yang tinggi iaitu sehingga RM100,000 dalam membangunkan projek-projek PPR ini bergantung kepada lokasi dan kos tanah.

"Walaupun dengan kos subsidi yang tinggi, kerajaan akan meneruskan pembinaan projek PPR untuk memastikan rakyat mampu memiliki atau menduduki rumah mampu milik idaman mereka.

"Ini membuktikan kerajaan peka dengan rintihan dan suara rakyat yang kini tertekan berikutan harga rumah yang tinggi di seluruh negara, khususnya di kawasan bandar," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, Abdul Rahman juga menyokong kenyataan Perdana Metneri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah bahawa kerajaan akan mengekalkan harga rumah PPR untuk membolehkan rakyat terus memiliki rumah idaman mereka.  - Bernama

0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu