Thursday, October 3, 2013

Sumbangan Swasta RM 20 Juta untuk Hari Belia 2012 Lenyap ke mana ?



Tuduhan mengenai perbelanjaan yang tinggi untuk Hari Belia Negara yang dianjurkan pada tahun 2012 telah lama berlegar semasa program itu dilancarkan lagi . Penjelasan telah diberikan oleh pihak kementerian yang bertanggungjawab dan isu itu menjadi reda . Namun setelah hampir setahun berlalu isu ini timbul semula apabila laporan audit negara dikeluarkan . Beberapa blog terutama dari pihak penyokong pembangkang telah menggunakan jadual yang dikeluarkan dari laporan audit seperti berikut untuk menghentam pihak Kementerian Belia dan Sukan. (KBS) . Persoalannya sekarang adakah bagi pihak audit , RM 20 juta yang diterima dari sumbangan swasta untuk KBS bagi program Hari Belia Negara di 'peram' untuk program-program lain ? . Sumbangan swasta adalah untuk tujuan dibelanjakan bagi program itu , buat lah apa saja untuk tarik belia datang ke program itu, duit yang disumbangkan itu bukan lah untuk KBS berjimat cermat


Apa yang dibangkitkan ini adalah sebenarnya isu yang berulang, blogger pro-pembangkang pernah membangkitkan hal ini dalam salah satu artikel beliau lebih kurang setahun lepas dengan menggunakan jadual tuntutan di bawah untuk mempersoalkan penggunaan wang secara keterlaluan oleh pihak KBS.


Tuduhan-tuduhan yang dibuat dalam blog berkenaan kemudiannya dijawab oleh pihak KBS iaitu beberapa pihak swasta telah menaja program ini dengan nilai menghampiri RM20 juta. 



Malah berkenaan penafian perbelanjaan kumpulan K-Pop menggunakan wang KBS juga telah dinafikan dengan kenyataan rasmi kementerian itu. 


Namun timbul sedikit kekeliruan apabila KBS yang baru diambil alih oleh Khairy Jamaluddin mendakwa terdapat beberapa masalah yang menyebabkan penaja yang bertanggungjawab menaja konsert K-Pop itu telah menarik diri , dan KBS terpaksa melangsaikan kos konsert K-Pop itu .  Namun mungkin beberapa fakta mengenai HBN yang lepas tidak ditunjukkan dalam kenyataan Khairy itu iaitu jumlah penajaan dari pihak-pihak swasta mencecah RM 20 juta .

Selain itu seperkara lagi yang mungkin tidak dimaklumkan ialah bagaimana wang penajaan itu disalurkan ? Tentu saja ada akaun khas untuk wang penajaan itu disalurkan . Daripada rakan blogger The Flying Kick ;

"Penjelasan yang diberikan ialah wang tajaan tersebut telah dimasukkan ke dalam akaun Majlis Sukan Negara bagi melancarkan pengurusan Hari Belia Negara. Memang benar KBS telah membayar K-POP pada Hari Belia Negara dengan jumlah RM1.6 juta.

Bagaimanapun, Audit tidak memisahkan wang tajaan di dalam akaun MSN, sebaliknya secara pukal menganggap RM20 juta berkenaan adalah 'pendapatan' KBS. Dengan kata lain, Audit tidak mengambil kira wang tajaan yang masuk ke dalam akaun Majlis Sukan Negara tetapi hanya mengambil kira wang yang keluar dari KBS." - artikel penuh 

Kesimpulannya , wang tajaan yang berjumlah hampir RM20 juta itu adalah khas diberikan penaja untuk kegunaan Hari Belia Negara , tak kira lah untuk apa tujuan promosi , hiburan dan sebagainya . Audit pula mungkin menganggap RM20 juta itu ada



1 comments:

PEMUDA di bawah pimpinan KJ:

1) senyap-sunyi tentang penularan fahaman Syiah di

kalangan pelajar IPT.

2) senyap-sunyi tentang isu Rohingya yg sedang

disembelih di Arakan.

3) senyap-sunyi tentang isu penggunaan Kalimah Allah

dalam Bible dan oleh orang Kristian dalam upacara

keagamaan mereka.

4) senyap-sunyi bila Dong Zong seronok menghina

Bahasa Melayu...bangsa Melayu dan sekolah

kebangsaan.

5) senyap-sunyi tentang isu Lynas....tentang

FGV....tentang banyak perkara...!

MANA SUARA PEMUDA jika anda adalah pemimpin masa

depan Malaysia???

Yang menyokong KJ kerap mengatakan mereka pilih KJ

sebab:
1) penampilannya menarik (apakah gaya seorang model

tu penting utk jadi seorang pemimpin?)

2) dia petah bercakap, petah berpidato, orang oxford

laa katakan... (orang jual ubat tepi jalan juga petah.

Arwah Tun Dr Ismail dan Tun Razak adalah men of few

words tapi hasil kepimpinan merekalah yg telah

menjadi acuan Malaysia Moden hari ini)

3) dia sempoi...boleh ajak ke kiri ke kanan.

Maklumlaa...dia jumpa kawan-kawanpun di kelab

malam dengan minuman keras penuh atas meja.

(Apakah itu jenis pemimpin yang kita nak sebagai ikon

pemimpin untuk anak-anak kita?)

Fikirlah masak-masak sebelum mengundi....

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu