Wednesday, October 30, 2013

PRK Sg. Limau : Mahfuz Omar Kantoi untuk Kesekian Kalinya

Dalam PRK Sg. Limau ni banyak benar isu PAS terkantoi , malah terbaru isu susu tamat tempoh yang dimainkan Mahfoz Omar kali ni pun turut terkantoi . Juga sebelum ini tersebar SMS buat fitnah pada calon BN ,sapa punya kerja tu ?? Dari petikan sahabat blogger Parpukari ;


"Yang lagi pelik, bila Azeez bagi barang ni? Daripada siasatan yang dijalankan. Azeez kini berada di KL dan sedang menghadiri sesi Parlimen, dia bukan kat Baling pun, apatah lagi di Sg Limau? Juga aku diberitahu memang ada Rumah Baling di Sg Dedap. Setakat dari hasil siasatan Azeez takde bagi pun barang-barang kat orang kampung."




Malaysiakini hari ni pula keluarkan cerita pasal kenyataan Azeez, tapi macam biasalah dia punya artikel ada spin sana sini , tak ada ada pula dia cerita bila Azeez edar barang-barang keperluan ni . Apa pun gua copy paste artikel tu untuk penilaian pembaca sendiri . Mahfoz dah terlalu banyak sangat kantoi !

"Ketua Umno Baling Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim mendakwa PAS sengaja menimbulkan isu pemberian susu tamat tempoh oleh jentera BN untuk meraih sokongan dan simpati pengundi di Sungai Limau.

MP Baling itu dalam laporan Utusan Malaysia mendakwa, tindakan PAS yang menggunakan isu susu tamat tempoh itu juga perbuatan memalukan.

“”Saya dimaklumkan hanya seorang sahaja tampil, kononnya menerima pemberian bungkusan makanan yang tamat tempoh.

“Aduan tersebut datangnya daripada mereka yang mempunyai hubungan keluarga dengan salah seorang kakitangan media pembangkang, Harakahdaily.

“Adalah amat memalukan apabila (Datuk) Mahfuz (Omar) selaku naib presiden PAS hanya mampu menggunakan susu tamat tempoh bagi menarik sokongan pengundi sedangkan banyak lagi isu besar seperti pembangunan yang perlu diperjuangkan oleh PAS di Sungai Limau,” katanya.

Dalam laporan akhbar milik Umno itu, Abdul Azeez tidak menyebut sama ada beliau akan menyiasat dakwaan bahawa bahan yang dibekalkan tersebut benar-benar tamat tempoh.

Mahfuz dalam kenyataannya yang disiarkan Harakahdaily semalam berkata, tindakan menghadiahak susu tamat tempoh kepada pengundi itu tidak seharusnya berlaku kerana ianya boleh mengancam kesihatan pengguna.

"Tak kan la punya sengkek, kedekut piang BN ni. Cari la yang elok sikit nak bagi kat orang," kata Mahfuz seperti dipetik lidah parti PAS itu.

Menurut laporan tersebut, seorang pengundi menerima susu tamat tempoh daripada jentera BN yang hadir berkempen ke rumahnya di Sungai Dedap, pada hari Isnin.

Tarikh luput di tin susu tersebut tertera 26 Oktober 2013, menurut Harakahdaily.

Ia turut menyatakan bahawa beg plastik bersama tin susu tersebut tertera nama dan gambar Ahli Parlimen Baling Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim."


1 comments:

Ini apa yang Azeez kata bila Astro Awani interview ;

"Susu pekat tersebut adalah untuk kegunaan jentera pilihan raya kecil yang berkampung di Rumah Baling. Saya tidak tahu bagaimana ia boleh terlepas." jelas Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim ketika dihubungi Astro AWANI.

Susu pekat tersebut dikesan telah pun luput tarikhnya pada 26 Oktober yang lalu dan ianya dikatanya mengejutkan penerima berkenaan. Tambah Azeez lagi,

"Sekiranya susu pekat tersebut telah pun luput tarikh, buangkan saja. Ia bukannya untuk dijual. Lagipun secara teknikal barangan dalam tin walaupun telah luput tarikh ia masih boleh digunakan dalam tempoh dua minggu lagi."


Punya nak menegakkan benang yang basah Azeez bagi macam-macam alasan . Tak sakit hati ke ? Dia siap kata kalau susu tamat tempoh buang saja , soal nya pasal buang atau tidak , ni buat apa lu nak aniaya orang-orang kampung dengan tak periksa lebih dahulu tarikh luput ? Nak glamour pun berpada-pada lah ... nak tunjuk lu warak , bantu orang-orang miskin , dan macam-macam propa la, lu ingat orang tak tau ka dengna lakonan. Sudah-sudah lah Azeez , ramai yang sebenarnya makin meluat bila lu dapat jadi Pengerusi Tabung Haji tu ... lu jilat PM kuat, bukan orang tak tau..

http://no2azeezrahim.blogspot.com/2013/10/azeez-rahim-walaupun-telah-luput-tarikh.html

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu