Monday, October 14, 2013

Perlu ada 'Jurutera Berpengalaman' Dalam MT untuk Transformasi UMNO

Tun Mahathir satu ketika dahulu dalam nada kecewa pernah berkata permainan politik dalam beberapa bahagian UMNO menyebabkan orang-orang bijak pandai yang nak masuk ke dalam parti orang Melayu ni dicantas . Contohnya Ketua Bahagian yang ada Diploma , dia tak nak orang yang ada Ijazah masuk dalam bahagian dia kerana takut yang lebih pandai ni ambik tempat dia sebagai ketua . Oleh itu si Ketua Bahagian tadi ni hanya terima orang yang ada kelayakan yang kurang daripada Diploma , contohnya sijil STPM saja .

Kemudian bila yang bersijil STPM ni naik jadi ketua , proses yang sama berulang lagi . Lama-lama kalau benda macam ni berterusan apa yang tinggal dalam UMNO ? Takkan lah setakat Hidup Melayu ke hulu-hilir tapi bila bercakap soal ekonomi-sosio dan pembangunan negara terus hancur . Jadi bahan lawak puak-puak di sebelah sana . Kita tak nak hal-hal macam ni berlaku. Semasa zaman Tun Mahathir dulu, ramai pemimpin UMNO mantap latar belakang akademiknya, salah seorang daripada mereka ialah Jamaluddin Jarjis (JJ).


Bagi penulis, JJ adalah salah seorang bumiputera Melayu yang berjaya dengan dasar-dasar yang diperkenalkan oleh pemimpin-pemimpin UMNO yang terdahulu. JJ yang mempunyai ijazah sarjana muda dalam bidang kejuruteraan elektrik (kelas pertama), ijazah sarjana dan PhD merupakan antara intelek melayu yang ada dalam UMNO. Hal ini disedari oleh Tun Mahathir, tidak mahu mensia-siakan ketajaman fikiran yang ada pada JJ , Tun Mahathir menjadi antara individu yang bertanggungjawab membuka laluan kepada JJ untuk menguatkan lagi UMNO.

Sebelum bergiat aktif dalam politik, JJ pada peringkat awal adalah seorang 'academician' . Beliau menjadi pensyarah di UTM sebelum menceburi bidang perniagaan. Penulis sendiri adalah 'graduate' kejuruteraan mekanikal di UTM , walaupun berbeza bidang, asas bagi seorang jurutera yang bagus adalah mempunyai daya analitikal yang mantap , mampu memberikan cadangan di sebalik bantahan yang disuarakan (bukan bantah semberono) dan mampu bertindak menyelesaikan masalah dalam serba kekurangan (McGyver :) ) .

Senang cerita konsep-konsep 'straight thinking method' diguna pakai (google Edward De Bono) . Asas-asas ini sebenarnya bukan saja diguna pakai dalam kerja-kerja kejuruteraan, malah dari segi bisnes dan politik. Itu lah menjadikan JJ terlebih dahulu berjaya dalam bisnes sebelum aktif dalam politik pusat.

Penulis pernah terserempak dengan JJ , dia punya style memang sempoi . Just like any other tipical engineers,kalau orang tak kenal dia memang tak sangka dia ni pernah jadi Pak Menteri kat Malaysia.So JJ memang boleh dianggap sebagai seorang individu yang 'down to earth' bila jumpa dengan orang ramai . Macam mana aku tau cerita ?? Sebab ramai kawan2 UTM yang pernah jadi engineer kat TNB cerita pasal dia ni . Ramai dari kita yang tahu JJ pernah di lantik jadi Duta Malaysia di Amerika Syarikat . Mungkin ramai lagi yang masih ingat bagaimana dia berbusana Melayu lengkap bertemu Presiden Obama .

Hal ini dijadikan bahan jenaka oleh puak-puak liberal Melayu termasuk yang wujud dalam UMNO sendiri . Tapi sedarkah kita JJ secara tak langsung menunjukkan pada dunia negara Malaysia ni adalah negara Melayu . Tak pernah lagi ada duta-duta yang lain buat perkara yang serupa dengan JJ . Dia berfikir di luar kotak untuk membuatkan Presiden Obama ingat busana Melayu itu sampai bila-bila. Maksud penulis kalau ada 9 duta pakai sut tapi duta yang ke-10 pakai busana Melayu , tentulah yang menjadi perhatian ialah duta yang ke-10. Bila dah terima perhatian maka jadi lebih mudah lah untuk JJ berbincang dengan Presiden kepada sebuah negara yang merupakan salah satu rakan dagang terbesar dengan Malaysia.

Mungkin ramai yang boleh agak mengapa artikel ni ditulis di kala pemilihan MT dan Naib Presiden UMNO akan diadakan tak lama lagi. Terus terang penulis ingin menyatakan sokongan penuh kepada JJ yang akan bertanding bagi mengekalkan kedudukan beliau di MT UMNO. Penulis harap perwakilan faham bahawa di sebalik kelantangan-kelantangan suara mempertahankan hak Melayu dalam UMNO , kita juga memerlukan 'buah fikiran' yang mantap dan JJ mempunyai kriteria itu .

Kita perlu di kalangan MT UMNO yang tahu bacaan statistik , kebarangkalian,  memahami matematik ekonomi dan analitikal. . Kita tak nak diketawakan rakyat di luar sana sebab pilih pemimpin yang hanya pandai bercakap dan 'agak-agak' saja . Itu lah signifikan mengapa pembukaan artikel ni saya tulis mengenai apa yang Tun Mahathir katakan pada satu ketika dahulu. Walau pun pengaruh media maya dikatakan kurang membantu dalam PAU ini , namun penulis amat berharap agar mesej ini sampai pada perwakilan . Mohon dinilai pada semua sudut dan bukan dengan aspek2 negatif yang disebarkan pihak tak bertanggungjawab.


2 comments:

Perkara yang nyata, terpaksa kita telan walaupun pahit. Setelah berkecimpung dalan bidang professional dan teknologi sebegitu lama, ramai yang terpanggil untuk menabur bakti melalui penyertaan didalam UMNO, membawa wadah bahawa UMNO adalah sebuah parti Melayu yang membangun bersama masa, pembangunan dan teknologi. Mereka ini adalah hasil kelahiran UMNO dan ingin kembali membalas jasa UMNO. Para professional adalah golongan "straight-foward thinkers, solution oriented, knowledge based strategists" berlandaskan ethika kerja yang jelas.

Apabila terdedah dan terpaksa menghadapi budaya yang berlainan didalam UMNO, sedikit sebanyak mereka terasa bahawa persoalan menyerang, sabotaj dan memperlekehkan integriti dan kredibiliti yang sering dijadikan senjata oleh sesetengah ahli UMNO (pemimpin peringkat bahagian, cawangan) membuat mereka tawar hati, dan mula menjauhi kepimpinan, walaupun mereka tetap ahli UMNO.

Apa yang dikatakan oleh Tun M ada kebenaran!!! Ramai yang menjauhi UMNO walaupun pernah menduduki AJK Bahagian, sebagai Bendahari/N.Ketua dsb, mereka undur bila berhadapan dengan character assassination, fitnah dan pengkhianatan.

Mereka boleh membantu memperkasa UMNO diatas flatform yang berlainan, yang jauh lebih berkesan jika dibandingkan melalui saluran yang penuh dengan internal bickering didalam bahagian dan cawangan.

Saya dan kawan-kawan telah melaluinya dan memilih untuk kembali menjadi ahli biasa.

tun mamak pun cam tu ..sebab dia racist cina cina pandai pun kena kerja supaya boleh ada jasa p[ada negara baru boleh dapat gaji takkan cina pandai tak payah boleh dapat rasuah tak payah kerja

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu