Thursday, October 10, 2013

Peluang realisasikan Komuniti ASEAN

Sidang Kemuncak ASEAN yang diadakan di Brunei akan menentukan hala tuju negara-negara ASEAN sehingga tahun 2015. Beberapa deklarasi dijangka akan dibuat dan harapnya deklarasi ini menguntungkan rakyat di semua negara anggota ASEAN sama seperti sebelum ini. Penulis berharap mungkin pada masa akan datang, wakil dari Malaysia dapat mengusulkan supaya syarikat-syarikat penerbangan di negara-negara ASEAN bekerjasama memberikan 'diskaun' untuk rakyat yang memegang passport ASEAN . Sekiranya ini dapat dilakukan , pasti sektor pelancongan di negara-negara ASEAN akan mencanak naik dan menggalakan industri-industri kecil tempatan secara tak langsung .




BANDAR SERI BEGAWAN 8 Okt.- Sidang Kemuncak ASEAN Ke-23 yang bermula esok akan memberi peluang kepada pemimpin-pemimpin 10 negara anggota menilai semula usaha dalam merealisasikan Komuniti ASEAN 2015.

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata, sidang kemuncak yang dipengerusikan Brunei bertemakan "Rakyat Kita, Masa Depan Kita Bersama" dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengetuai delegasi Malaysia.

Menurut beliau, Najib akan membangkitkan isu seperti memberi fokus kepada Pelan Tindakan Komuniti ASEAN khususnya kepada pemudah cara pergerakan tenaga kerja profesional dan mahir serta barangan dan kenderaan di rantau ini.

''Perkara lain termasuk sokongan ke arah memuktamadkan Perjanjian Kerjasama Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP)," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Perdana Menteri yang diiringi isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dijadualkan tiba di Bandar Seri Begawan malam ini dari Bali, Indonesia, sejurus selepas tamat Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC).

Komuniti ASEAN 2015 adalah gagasan untuk menggalakkan pembangunan ekonomi ke arah meningkatkan kualiti hidup di negara-negara ASEAN dan merapatkan jurang pembangunan antara negara anggota menerusi integrasi serantau dalam pelbagai bidang.

Anifah menambah, ketua-ketua kerajaan ASEAN juga akan memperakukan 10 dokumen atau deklarasi sepanjang sidang kemuncak berlangsung termasuk Kenyataan Bandar Seri Begawan mengenai Wawasan ASEAN Pasca 2015 yang merupakan satu inisiatif Malaysia dan merupakan langkah pertama ke arah merealisasikan wawasan berkenaan.

Turut akan diperakukan ialah Kenyataan Bersama sempena Ulang Tahun ke-10 Hubungan Strategik ASEAN-China, Pelan Kerjasama ASEAN Campur Tiga 2013-2017 dan Deklarasi Sidang Kemuncak Asia Timur Ke-8 Mengenai Kerjasama Keselamatan Makanan. - UTUSAN

1 comments:

SYUKUR ALHAMDULILLAH di atas usaha murni YB PM kita! Kerajsama komuniti ASEAN serta komuniti OIC, mesti dipertingkatkan, apalagi si KAPIR GANAS Barat-Israel, diketuai CIA/MI6/Mossad/NATO, makin mahu MENJAJAH dgn pelbagai cara Dunia Islam-Dunia Ketiga, yg. kaya minyak-gas, serta membunuh umat Islam-Bumiputeranya. Mereka juga mahu memakasa kita mengamalkan "demokrasi/hak asasi" SAMPAH si Barat-Zionis! Kononnya falsafah, budaya dan undang-undang Barat-Zionis yang 'terbaik' - pala hotak si KAPIR SYAITAN Barat-Zionis PENIPU ini, di mana gaya hidup mcm. BINATANG BUAS-PENGIKUT-SYAITAN, yg. rakus MEMUJA wang, kebebasan seks termasuk homoseksual/pelacuran/pornografi/kehamilan luar nikah-pengguguran anak (termasuk kanak-kanak)/bertelanjang-beraksi lucah dpn. awam, dadah, alkohol dan perjudian dsbnya - akan terus MENJAHANAMkan akhlak, akidah dan tamadun umat Islam/Melayu dan seluruh Bumiputera!

Malangnya ada DALANG DUA MUKA dlm ASEAN (dan OIC), yg. jadi sekutu kuat Barat-Zionis, terutamanya rejim Thailand, Filipina dan S'pura - bahkan pengkalan CIA-Mossad yg. besar adalah di tiga negara ini. Maka harapnya pemimpin Islam termasuk DS Najib Tun Abdul Razak kita, Pres.Susilo Bambang Yudhoyono dan Sultan Brunei Hassanal Bolkiah, berhati-hati apabila berunding dgn. mereka - jgn. percaya 100 peratus, terutamanya dlm. meliberalkan ekonomi komuniti ASEAN. Kerana S'pura terutamanya, telah banyak MERAMPAS hak dan tanah PUSAKA Bumiputera Islam/Melayu Tanah Melayu ini termasuk di S'pura (dan rejim PAP adalah sekutu kuat MUSUH Islam/Melayu dr. DAPBangkai/PKR). Dan harus berhati-hati dgn.kebanjiran puak Kristian Zionis dr. Filipina ke M'sia, Brunei dan Indonesia, terutamanya sbg. pekerja, yg. kdg-kdg- menyamar sbg. orang Islam cthnya disyaki menghasut pengganas Islam Sulu dulu, utk. menyerang Sabah. Semasa saya di Brunei, begitu ramai pekerja Kristian Filipina; kenapa tak diambil pekerja/pelarian Islam dr. Mindanao/Cambodia cthnya?! Dan ramai wanita Bukan Islam telah menggoda lelaki Islam Brunei/asing yg. kaya - yg. sampai merosakkan rumahtangga dan akidah mereka.

Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN Islam dan umatnya, Raja-Raja Melayu/PM-TPM/UMNO/Bahasa Melayu, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera (Bumiputera juga bermakna Pribumi/Orang Asal/Indigenous/Native/Aboriginal/First Nation).



Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu