Sunday, October 13, 2013

Pak Imam & Ahli Jawatankuasa Masjid Mohon Baca & Mohon Terasa

Baru-baru ni keluar satu artikel di akhbar KOSMO mengenai seorang penganggur yang dipenjara kerana curi RM2 dari tabung masjid. Kecoh hal ni sampai jadi viral di Facebook. Seorang hamba Allah berkongsi satu cerita yang agak menarik , lebih kurang menceritakan punca keterdesakan manusia hingga menyebabkan mereka buat  perkara yang menyalahi undang2. Hal semacam ni sebenarnya boleh dielakkan jika institusi berkaitan hal ehwal kebajikan orang2 Islam diuruskan dengan sebaiknya.

Fungsi masjid surau sepatutnya bukan hanya tempat untul bersolat atau lain2 aktiviti keagamaan. Masjid sepatutnya juga boleh menjadi tempat untuk orang Islam mencari pertolongan di kala keadaan terdesak. Pak Imam dan jawatankuasa pengurusa  masjid sepatutnya berfikir di luar kotak untuk mengoptimakan fungsi masjid.

Saban hari derma dihulurkan jemaah bukanlah hanya bertujuan nak membesarkan masjid atau beli kelengkapan masjid. Patut hasil derma tu boleh digunakan untuk bagi bantuan pada mereka yang terdesak Kalau gereja yang mana penganut Kristian tak seramai penganut Islam boleh bagi bantuam pada orang ramai tanpa mengira latar belakang atau agama , kenapa masjid tak boleh melakukannya untuk orang2 Islam pulal?

Berikut adalah artikel yang mahu saya.kongsikan untuk renungan kita bersama,

"Aqidah memang tidak boleh dijualbeli tetapi mudah tergadai tanpa sedar. Masjid banyak duit. Tetapi pengurusan masjid buat duit masjid macam duit mereka sendiri. Curi rm2 kena penjara. Mungkin yg melidi duit tabung tu dalam kesempitan sangat.
Aku pernah masuk gereja dekat komplek Asia Jaya. Ada kotak transparent atas meja. Ada buku catitan sebelah kotak. Dalam kotak tak bertutup ada banyak duit macam2 note. Aku belek buku. Lima ruang utk diisi. Tarikh, Nama, no tel, jumlah, catitan.
Berbagai kaum punya nama ada dan memang aku mencari nama melayu. Jumpa beberapa nama siap nombor talipon. Salah satu nama lelaki ambil rm50 utk beli susu anak.
Aku call no yg dicatat. Sembang bbrp minit. Baru kena berhenti kerja jaga masa tu.
"Dah jumpa pak imam masjid. Kena buat surat ke bendahari. Bendahari pula suruh gi pejabat zakat. Sampai pejabat zakat kena isi itu ini. Entah bila pula nak dapat. Kawan india suruh pi gereja. Boleh terus ambik kemudian baru tulis nama.
Saya pun pergi tempat tu dgn dia."
Kenapa encik ambik limapuluh je. Bukan ada orang jaga pun?
"entahlah. Tapi walaupun takde orang jaga tapi Allah nampak walaupun dalam gereja. Niat saya memang nak beli susu anak dan sikit utk tambang pusing2 cari kerja."

Terdiam aku sekejap. Lepas tu encik?
"Saya terus pergi beli susu anak dan balik rumah dgn nasi bungkus malam lima beranak. Pagi esok gereja talipon dan lepas tu saya pun dapat kerja jadi jaga di gereja tu. Takpa la asal tak mencuri."

Aku langsung teringat pada sorang pakcik yg sedang ronda tempat parking masa tu. Encik masih kerja di situ?

"Dak dah. Saya dah balik kampung ni. Gereja bagi modal. La ni saya meniaga gerai makan. "

Masjid patut boleh buat lebih baik dari gereja. Jangan bangga dengan jumlah terkumpul ratusan ribu tp ahli qariah ada yg dapur tak berasap."
Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

4 comments:

Permudahkanlah urusan kebajikan. Jangan disusahkan benda yang senang. Apa salahnya selepas Jumaat, pihak masjid jumpa mereka yang memerlukan, yang terdesak dan beri bantuan sedikit dulu, hanya untuk sementara. Kemudian ambil butir-butir mereka dan hantar kepada Puzat Zakat atau pihak Kebajikan Masyarakat.

Selalunya mereka-mereka yang kesempitan dan terdesak ni tak tahu di mana tempat untuk mengadu. Mereka tak tahu proses atau prosedur untuk membuat aduan dan meminta bantuan.

Jadi cubalah adakan sistem yang memudahkan mereka mendaftar dan mendapat bantuan sementara. Pihak yang bertanggungjawab pulak janganlah banyak benda yang berbelit-belit dalam mengurus satu hal sehingga makan masa berbulan-bulan, kena isi bermacam jenis borang dan kena minta tandatangan di sana sini dari berlainan orang.

Inilah kelemahan sistem kita yang menjadi satu kesempatan kepada pihak lain untuk menarik orang Islam berpaling ke arah mereka. Kemudian kita heboh dengan murtad sedangkan kita tidak ada sistem benteng sekatan bagi punca-punca terjadinya murtad.

Dah lama perkara ni diperkatakan orang sana sini tapi pihak yang terlibat tidak mengambil cukup inisiatif untuk membuat perubahan. Pendek cerita begini sajah, bagi yang bertanggunjawab esok silalah jawab di depan Allah Taala.

Aku sokong pendapat ini 100%........

itu mencuri. pencuri pun nak dibela. ada akai tak? kalau nak,mintak.takkan dalam kariah tu sorang pun takde RM2 .mungkin boleh dapat makan untuk sebulan. orang sekarang dermawan. sampai luar negara hulur bantuan.

Bagus la mamat tu tinggal di penjara 2 tahun.Dapat makan free tempat tido free tak payah sewa.
Patut orang macam ni di bagi makan tido free seumur hidup.

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu