Friday, October 11, 2013

Masej Tun Mahathir Mahu KJ Kekal Sebagai Ketua Pemuda #PemilihanUMNO

Berikut adalah artikel copy-paste mengenai PAU nanti, memang saja gua pilih artikel KJ dari rakan blogger. Tentulah artikel yang elok-elok je..obvious tak gua sokong siapa? Tapi tak kisah lah gua sokong sapa pun...blog gua pun bukan ramai visitor pun :)

Memetik kenyataan bekas Perdana Menteri dan bekas Presiden UMNO, Tun Dr Mahathir Mohamad jelas menunjukkan beliau mahu setiap perwakilan memilih calon yang boleh memenanggi PRU ke 14 akan datang!

Kenyataan ini memberi gambaran tepat dimana, YB Khairy Jamaluddin (KJ) adalah pilihan calon Pemuda UMNO yang dimaksudkkan oleh Tun M.

Bukan sekadar itu... Harus diingat juga bahawa KJ merupakan satu-satunya calon Ketua Pemuda UMNO yang bergelar "wakil rakyat' (YB) yang sudah pasti akan membawa kemenangan pada PRU ke 14 nanti.

"Calon yang menang dalam pemilihan UMNO kali ini menggalas tanggungjawab besar dalam menentukan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Sehubungan itu, bekas Perdana Menteri dan bekas Presiden UMNO, Tun Dr Mahathir Mohamad menasihatkan perwakilan supaya bijak membuat keputusan sebelum memilih pada 12 dan 19 Oktober.

"Ingat, ini bukan pemilihan di dalam UMNO saja. Kesan baik atau tidak (pada pemilihan ini) hanya akan dapat dilihat pada PRU-14 nanti.

"Kalau perwakilan pilih calon yang tak baik dan tidak sesuai, jangan harap PRU-14 kita akan menang," kata Tun Mahathir pada sidang media selepas melawat Tapak Pembinaan Terowong dan Kerja Bawah Tanah Transit Aliran Berkapasiti Tinggi (MRT) Stesen Cochrane, semalam.

Justeru itu... Pemuda wajib memilih YB Khairy Jamaluddin untuk terus kekal sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Ini adalah kerana KJ satu-satunya calon yang terbukti diterima oleh rakyat.

Selama dua penggal KJ menjadi Ahli Parlimen Rembau, beliau telah membuktikan bahawa calon BN ini (PRU13) diterima baik oleh rakyat dengan kemenangan majoriti yang meningkat sebanyak tiga kali ganda.

YB Rembau ini juga mempunyai pengikut ratusan ribu di laman media sosial yang turut membuktikan beliau diterima baik oleh anak muda dari kawasan bandar dan luar bandar.

Akhir kata selamat bersidang kepada semua Perwakilan, ingatlah setiap undi anda akan membawa kemenangan di PRU-14

Read more at http://brojinggo.blogspot.com/2013/10/hot-masej-tun-mahathir-mahu-kj-kekal.html#hzMuQ3JJATeYctF2.99
Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

6 comments:

owhhh....rupa2nya Tun M pun SOKONG Hishammuddin alias CKMM.....itu kalau kita lihat scr PUKUL RATA la kan?....hehe

soal sokongan pd SIAPA tak jd masalah....cuma masalahnya org Melayu dahagakan WAKIL/CALON pemimpin berJIWA MELAYU didahulukan......bukan setakat BIJAK, PETAH & BERANI berdebat sbb lebih baik pilih AI

kita mahu pemimpin yg SEDAR akan kehendak akar umbi Org Melayu.....ORG MELAYU pilih UMNO pd PRU13 sbb TIADA PILIHAN yg lebih baik, bukannya CALON yg bertanding atas nama UMNO itu TERLALU BAGUS...bezakan itu

kewujudan parti UMNO menDAHULUkan Agama Islam & Bangsa MELAYU....bukannya mendahulukan Barisan Nasional.....bezakan peranan UMNO dgn BN....jika hendak bersuara spt BN, sila BUBARkan UMNO & wujudkan parti BN

UMNO semenanjung hanya utk Melayu & Islam, maka BERANIlah bersuara utk Melayu & Islam....tp kalau dah org terdekatpun dipilih dr kalangan penyokong TEGAR DAP "KONONnya" boleh ditarbiyah & mentarbiyah semula DAP apa lg nak dikata?

apa RAHSIA yg ada pd REGINA ttg kepimpinan kerajaan yg diterajui UMNO masa kini?.....harap2 RAHSIA tu taklah seolah-olah BOCOR masa nak dkt PRU14 nnt.

Macam tak boleh blah je dia ni....

Kalau ko rapat dengan dia ko nasihat kat dia apahal suka sangat nak kelihatan macam pembangkang....

Pandai spin nampak!!! Yang rasuah dan korup tak cerita ke?

Tu dia ... macai KJ dah spin statement Tun M

Korang ingat orang Melayu bodoh sangat ke sehingga boleh terima spin korang ni ??

Dah mcm DAPig spin kes dorang ngan ROS ...hehehe

HANCUUUUR MELAYU.
REGINA ADA.
SEMUA RAHSIA TAK JADI RAHSIA..
TAKKAN MELAYU BEGITU BODOH. !!!

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu