Tuesday, October 8, 2013

Komen di Malaysiakini : PM suarakan kebimbangan mengenai TPPA

Syabas najib kerana mendahulukan kepentingan negara . semakin maju dan membangun sesebuah negara , pelbagai pertambahan kos dalam menguruskan sesebuah perniagaan itu semakin meningkat . Kos buruh dan hartanah di Malaysia berbeza sejak negara ini merdeka . Kalau dulu negara kita jadi tempat pelaburan kerana kos buruh yang murah , namum kini kos buruh makin meningkat dek peningkatan taraf hidup masyarakat .



Berikut adalah artikel Bernama yang dipetik dalam Malaysiakini,

"Peningkatan kos memang tak dapat di elakkan namun cara menguruskan peningkatan kos tu yang paling penting , setakat di bawah pentadbiran najib, kita berjaya mengururskan ini dengan cemerlang sekali . tentu ramai masih ingat selepas najib ambik alih pentadbiran , pelbagai plan memacu ekonomi seperti pakej ransangan ekonomi di lancarkan dan negara kita berjaya mengharungi krisis ekonomi dunia pada ketika itu.

Dari aspek positif pula, sepanjang tempoh negara ini merdeka sehingga sekarang lebih ramai juga orang Melayu meningkat dari segi taraf hidupnya. Walaupun kos buruh terutamanya meningkat, masih ramai lagi pelabur luar yang sanggup melabur di negara ini kerana kepercayaan mereka dengan kelengkapan yang negara ini tawarkan bagi memastikan pelaburan mereka berjalan lancar seperti kemudahan elektrik dan air yang baik kerana dua sumber ini merupakan elemen asas dalam sesebuah pengoperasian perniagaan .


"Sambil menyuarakan kebimbangan terhadap beberapa perkara dalam rundingan Perkongsian Trans-Pasifik berikutan ia 'menceroboh' hak kedaulatan dalam merangka formula peraturan dan dasar, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata fleksibiliti merupakan kunci utama kejayaan dalam rundingan.

Ada beberapa perkara yang membimbangkan kita memandangkan TPPA merupakan perjanjian perdagangan bebas yang berbeza," kata Najib menyuarakan pandangan rakyat Malaysia selain organisasi bukan kerajaan (NGO) pada forum Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (Apec) di Nusa Dua, Bali hari ini.

Beliau turut menegaskan bahawa fleksibiliti merupakan kunci utama kejayaan rundingan perjanjian itu pada dialog bertema 'Pelaburan dalam Infrastruktur dan Modal Insan -- Melabur untuk Daya Tahan Ekonomi pada Sidang Kemuncak Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Apec 2013.

Perdana Menteri yang menjadi anggota panel forum itu menyatakan kebimbangan beliau itu sebagai menjawab pertanyaan moderator dialog itu, Diane Brady, editor kanan Bloomberg mengenai TPPA.

Najib yang juga Menteri Kewangan ialah anggota panel forum itu bersama Presiden Mexico Enrique Pena Nieto.

Sidang kemuncak CEO itu berlangsung sebelum Mesyuarat Pemimpin Ekonomi Apec pada Selasa.

Beliau berkata TPPA, yang dilancarkan pada 2011 dan kini memasuki rundingan pusingan ke-19, melepasi Perjanjian Perdagangan Bebas biasa dan pakatan pelaburan yang Malaysia jalin bersama banyak negara.

"Apabila melihat lebih mendalam, dalam bidang harta intelektual, penyelesaian pertikaian pelaburan negara, pemerolehan kerajaan, perusahaan milik negara, alam sekitar dan buruh, anda mencerobohi hak kedaulatan sesebuah negara dalam membuat peraturan dan dasar.

"Ini merupakan bahagian yang sukar, dan itu sebab kami minta ia lebih fleksibel," katanya.

Semalam Najib berkata perjanjian TPP dijangka mengambil masa yang lebih lama untuk dimuktamadkan berbanding tarikh awalnya hujung tahun ini.

TPPA merupakan perjanjian perdagangan bebas yang dirundingkan oleh negara anggota Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik -- Australia, Brunei, Chile, Kanada, Jepun, Malaysia, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura, Korea Selatan, Amerika Syarikat dan Vietnam.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Hamim Samuri hari ini memberitahu Dewan Negara kerajaan akan memastikan kepentingan negara dan rakyat tidak di kompromi dalam rundingan pakatan perdagangan yang sedang berjalan.

Sementara itu, beliau yang ditanya mengenai kepentingan Bumiputera atau dasar tindakan afirmatif untuk daya tahan negara, Najib berkata:

"Dasar Bumiputera perlu dilihat dalam konteks mewujudkan masyarakat yang adil dan saksama memandangkan Bumiputera membabitkan 67 peratus penduduk, termasuk Islam dan Bumiputera bukan Islam selain di Sabah dan Sarawak."

Beliau berkata jika Bumiputera ketinggalan atau dipinggirkan, ia tidak akan dapat mewujudkan kestabilan jangka panjang dalam negara.

Untuk masa depan, Najib berkata dasar itu akan dilaksanakan secara mesra pasaran dan berbeza daripada masa lampau yang mengundang kritikal.

"Jika ia dilaksanakan secara lebih adil dan mesra pasaran, saya yakin ia membawa kebaikan kepada negara," katanya dan menambah walaupun dasar itu dilaksanakan, bukan Bumiputera masih mendapat manfaat daripada dasar yang sama.

- Bernama"

4 comments:

Apa tujuan kamu memetik artikel Bernama dari Malaysiakini?

ANAK CALON PEMILIHAN UMNO CUBA NAK TIPU RAKAN PERNIAGAAN
Apa la nak jadi ni, mak awak tu nak bertanding dalam pemilihan UMNO Malaysia nanti, cuba la jangan buat perangai, tunjukkan kebaikan sebagai anak seorang pemimpin dimata orang ramai.

Sangkakala tak mau la sebut anak siapa dalam blog ni sebab takut nanti akan mengganggu proses ibunya yang bertanding dalam sayap wanita UMNO Malaysia tapi Sangkakala akan terangkan serba sedikitlah bagaimana anak kepada calon ni cuba nak menipu rakan perniagaannya.

Sangkakala dengar anak kepada calon ni, mempunyai 2 lagi rakan perniagaan dan salah seorangnya pula merupakan calon EXCO Pemuda UMNO Malaysia dan Sangkakala juga tak mahu nak sebut siapa tapi calon EXCO Pemuda ni dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Sorang lagi rakan kongsi dalam perniagaan yang dijalankan ialah Presiden kepada sebuah persatuan yang agak berpengaruh di Malaysia dan dari maklumat yang Sangkakala terima, Presiden persatuan ini telah mengeluarkan segala perbelanjaan bagi perniagaan tersebut.

Pada awalnya, perniagaan yang berasaskan pendidikan ini dikatakan akan mendapat geran dari kerajaan untuk menjalankan operasi syarikat setelah mendapat kelulusan tetapi ianya tidak berlaku sepertimana yang diharapkan, dan rakan kongsi yang memegang jawatan Presiden persatuan telah menangung segala kos operasi termasuklah sewa pajabat walaupun pada asal perjanjian, ianya akan ditanggung bersama.

Hinggalah mereka bertiga setuju untuk mencari pelabur bagi menjalankan syarikat tersebut dan sebelum mendapat pelabur, ketiga tiga mereka ini kononnya telah berbincang dan bersetuju untuk mengenakan syarat kepada pelabur dan setelah kata sepakat dicapai maka bermula lah tugas rakan kongsi mereka yang memegang syer terbesar yang memgang jawatan Presiden persatuan untuk mencari pelabur, dan setelah menemui orang yang berminat satu pertemuan diadakan dan pelabur bersetuju untuk membuat pelaburan sebanyak 1 juta ringgit tetapi dengan syarat.

Pelabur akan memegang syer sebanyak 50 peratus, anak kepada calon dan calon EXCO Pemuda tadi masing masing 5 peratus dan presiden persatuan tadi sebanyak 40 peratus dan mereka yang memegang syer 5 peratus tadi akan diberikan wang tunai sebanyak 100 ribu seorang dan keuntungan perniagaan setiap tahun mengikut nilai syer.

Pada mulanya kedua dua pemegang syer 5 peratus tadi bersetuju namun begitu, mereka telah membuat perancangan untuk mengeluarkan pemegang syer 40 peratus tadi dari pentadbiran sebelum pelabur masuk ke dalam syarikat, kerana sebelum pelabur melabur dalam syarikat tersebut, kedua dua mereka masing masing memegang syer sebanyak 30 peratus seorang.

Itu lah sikap manusia yang akan melupakan jasa, cuba pula nak menipu seorang rakan kongsi yang telah bekerjasama serta mengeluarkan perbelanjaan dalam menjalankan operasi syarikat dari mula hingga kini tiba tiba bila dah nampak duit, senang senang nak buat macam tu.

Ingat la sikit jasa orang, jangan cuba nak membohong sana sini sebab awak tu anak pemimpin, tak banyak sikit akan kena tempiasnya juga kepada mak awak tu, dan kepada calon exco tersebut, jangan belum memegang jawatan sebagai exco dah mula nak tipu orang sebab takut nanti tak selamat hidup.






http://sangkakalajari9.blogspot.com/2013/09/anak-calon-pemilihan-umno-cuba-nak-tipu.html

This comment has been removed by a blog administrator.

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu