Saturday, October 5, 2013

Komen di Malaysiakini : Khairy harap perwakilan Pemuda buat keputusan betul


Elok lah Ketua Pemuda dipilih daripada orang yang memang ada kharisma dan boleh mendekati orang-orang muda , kita tak nak Ketua Pemuda macam si Shamsul Iskandar Mat Akin , tengok muka pun rasa lemau je ... 



yang penting Ketua Pemuda kena ada pakej lengkap pintar, kharismatik, berpengalaman dan ada 'telor' . Berikut adalah jadual perbandingan antara calon-calon Ketua Pemuda yang bertanding , harap perwakilan buat pilihan yang bijak seperti kata KJ .





Berikut adalah artikel dari Malaysiakini yang memetik artikel Bernama .




"Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin menyerahkan kepada perwakilan untuk memilih barisan kepimpinan pergerakan itu termasuk ketua Pemuda dan berharap mereka membuat keputusan yang betul demi perjuangan parti.
    
Beliau berkata keputusan yang akan dibuat pada pemilihan parti 12 Oktober ini adalah satu keputusan yang serius untuk masa depan parti.
    
"Jangan main-main dengan undi kita.  Ini pilihan yang kita buat untuk empat tahun akan datang jadi jangan tersilap pilih kerana masa depan parti akan terjejas," katanya kepada pemberita di Bukit Mertajam malam tadi. 
    
Beliau ditemui selepas Majlis Bicara Anak Muda di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bukit Mertajam di sini. Turut hadir Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang Shaik Husin Mydin.
    
Dalam pertandingan jawatan Ketua Pemuda Umno, Khairy berdepan empat pencabar iaitu Ketua Pemuda Umno Cawangan Bendang Baru Langkawi Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi, Ketua Pemuda Umno Cawangan Bukit Setiawangsa Irwan Ambak, Penolong Setiausaha Pemuda Cawangan Pusat Bandar Taman Cempaka Syed Rosli Syed Harman Jamalullail dan bekas Ketua Pemuda Umno Bahagian Merbok, Abdul Karim Ali.      

Sementara itu, Khairy yang juga menteri belia dan sukan berkata setakat ini beliau berpuas hati dengan cara berkempen semua calon Pemuda yang diadakan dalam suasana kekeluargaan dan terkawal. 
    
"Saya berharap minggu-minggu terakhir berkempen ini calon-calon dapat terus menjaga tertib kerana kita kena tahu rakyat di luar bukan hanya Umno sedang menilai proses pemilihan parti kita. 
    
"Mereka (orang luar) juga bukan hanya mahu melihat keputusan tetapi proses sama ada ia berjalan lancar tanpa cacat cela dengan kegiatan negatif dan Alhamdulilah setakat hari ini saya berpuas hati dengan cara kempen," katanya.

- Bernama"

0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu