Sunday, October 6, 2013

Komen di Malaysiakini : Hamidah: Larangan kempen tidak mendatangkan masalah

Harapnya Dato' Hamidah dipilih sebagai MT oleh perwakilan , kita perlu lebih banyak wanita macam Dato' Hamidah dalam UMNO , LGE sendiri dah cakap , wanita punca kekuatan UMNO . Dia antara wanita dalam UMNO yang lantang bersuara . Penulis adalah antara blogger yang menyokong Kak Midah dipilih sebagai MT UMNO .



Dari artikel Malaysiakini ;

"Ketua Penerangan Wanita Umno, Datuk Hamidah Osman berpendapat peraturan pemilihan Umno yang melarang calon daripada berkempen secara bersendirian dan hanya dibenarkan memperkenalkan diri pada majlis rasmi anjuran Badan Perhubungan Umno negeri tidak mendatangkan sebarang masalah.

Menurutnya, peraturan itu berkesan dalam mencapai matlamat utama ia diperkenalkan iaitu bagi menghalang politik wang dalam pemilihan akan datang.

Tambahnya, jika ia dimansuhkan sekalipun, mereka yang bertanding belum tentu akan berkesempatan bertemu dengan kira-kira 150,000 perwakilan yang akan mengundi nanti.

"Sebenarnya saya rasa (kempen) boleh berjalan macam biasa.

"Kita perlu kembali kepada objektif asal (peraturan)," katanya sewaktu ditemui Malaysiakini petang tadi.

Beliau yang turut bertanding merebut kerusi anggota Majlis Tertinggi Umno dengan nombor calon 43 juga tidak mempunyai masalah dengan peraturan itu.

"Kempen saya berjalan seperti biasa," katanya pengerusi Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Nasional (TEKUN) itu.

Beliau ditemui selepas menghadiri Forum Pengguna III anjuran Persatuan Pengguna Islam Malaysia di ibu kota petang tadi.

Hari ini, Anggota Parlimen Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Abdul Samad menyifatkan peraturan itu sebagai tidak munasabah kerana menyukarkan calon untuk berkempen.

Rungutan yang hampir sama sebelum ini turut disuarakan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamed Hassan serta Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Walaupun dilarang berkempen secara bersendirian tanpa kebenaran Umno negeri, calon-calon masih dibenarkan berkempen menerusi media sosial dan media massa."

0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu