Wednesday, October 2, 2013

Kempen Facebook & Twitter 'Tak Nak Merokok' Kementerian Kesihatan bernilai RM 320,000 ?!

Mungkin ramai yang masih ingat kenyataan lawak antarabangsa dari bekas Menteri Pelancongan Ng Yen Yen mengenai penggunaan peruntukan sebanyak RM 1.8 juta untuk Kementerian yang pernah diterajuinya bagi laman Facebook . Hal-hal sebegini menjadi satu lawak jenaka di kalangan penyokong-penyokong pembangkang malah ramai rakyat di kalangan yang menyokong kerajaan Barisan Nasional naik angin dengan berita itu . Entah apa yang dibelanjakan hingga memakan belanja hampir RM1.8 juta untuk 6 laman Facebook iaitu Cuti-cuti 1 Malaysia, Citrawarna 1 Malaysia , Festival Pelancongan Seni Kontemporari 1 Malaysia , Kempen 1 Malaysia Bersih , dan  Fabulous Food 1 Malaysia. Kalau rajin tengok lah berapa like yang ada dalam Facebook yang dinyatakan tu .



Kemaluan yang terdedah dahulu tak tertutup , kini timbul lagi satu kemaluan angkara Kementerian Kesihatan yang diterajui Liow Tiong Lai pulak.  Ceritanya pasal jumlah perbelanjaan yang digunakan untuk media sosial jugak. Kalau dulu Ng Yen Yen dengan Facebook-nya , sekarang Liow Tiong Lai pulak menurut jejak iaitu perbelanjaan untuk penggunaan Facebook dan Twitter hingga mencecah RM 320,000 . Ini lah masalahnya kalau yang berada dalam Kementerian tak faham bagaimana nak manipulasi media sosial untuk sesuatu kempen itu . Maka-nya akan ada syarikat-syarikat IT seperti dinyatakan dalam laporan Malaysiakini mengenakan bayaran sebanyak RM199,068 (Eficaz Media Sdn Bhd ) untuk kempen laman Facebook  'Tak Nak Merokok' dan RM120,500 (Astonish View Sdn Bhd ). untuk membangunkan laman Facebook dan Twitter untuk kempen itu. 


Mudahnya mereka ni membuat duit disebabkan kebodohon orang-orang tertentu yang berada dalam Kementerian. Untuk Eficaz Media Sdn Bhd , syarikat ni membuat urusniaga RM199,068 dengan mendapatkan jumlah hingga 100,000 'like' dan bagi Astonish View Sdn Bhd pula urusniaga bernilai RM120,500 untuk membangunkan laman Facebook dan Twitter. Penulis pasti ramai di antara kita tahu akaun Facebook dan Twitter adalah percuma dan banyak akaun-akaun Facebook tanpa apa-apa bayaran mampu mendapatkan like lebih daripada 100,000. Jadi siapakah mereka-mereka yang ada dalam kementerian-kementerian berkenaan cuba memperbodohkan ?

Penulis berharap hal-hal sebegini perlu disiasat sedalamnya dan bawa pihak yang terlibat ke muka pengadilan . Kita tak nak orang-orang macam ni jadi kakitangan kerajaan lagi . Tendang jauh-jauh supaya 'tahi yang dibawa oleh manusia ni tak terpalit dan memudaratkan kerajaan yang memerintah . Hal-hal sebegini amat memalukan sekali .  Kalau benar ada kempen yang memerlukan penggunaan Facebook , Twitter dan Blog , ramai saja pengguna-pengguna media sosial yang menyokong kerajaan . Boleh saja minta bantuan daripada pengguna media sosial yang aktif menyokong kerajaan . Tak lah terbazir wang sehingga ratusan ribu ringgit. 

Apabila berlaku ketirisan dalam jabatan-jabatan kerajaaan , selalu yang dipersalahkan ialah kerajaan yang memerintah . Penulis yakin Pak Menteri tak terlibat secara langsung dengan semua jenis tender dan pembelian yang dilakukan oleh Kementerian di bawah tanggungjawabnya . Mungkin ya bagi tender-tender yang mencecah jutaan ringgit . Ini mungkin perlu dibawa kepada pengetahuan Menteri yang bertanggungjawab . Untuk kerja-kerja bernilai kurang daripada itu mungkin adalah dibawah tanggungjawab pengarah-pengarah di jabatan-jabatan tertentu . Jadi adakah mereka yang meluluskan tender media sosial berjumlah RM320,000 tak terfikir hal ini pasti akan menjadi isu kelak bila laporan audit tahunan dikeluarkan?  Dia orang ni tak belajar lagi ke kes 2011 di mana Kementerian Pelancongan terkantoi dengan teruk sekali ? Kebodohan jenis apakah ini ??

2 comments:

GERAM betul Kem. Kesihatan/Kem. Pelancongan ini!

Baru dilapurkan, banyak asrama-asrama/kolej-kolej JURURAWAT MUNDUR, termasuk dlm. kemudahan komputer dan Internet (yg. amat penting utk. penyelidikan pembelajaran), dan ramai pesakit kronik MISKIN terpaksa meminta derma kat akhbar termasuk utk. anak kecil mereka, tapi Kem. Kesihatan ini sibuk pula MENGHABISkan duit sampai hampir setengah juta kat Facebk!

Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN Islam dan umatnya, Raja-Raja Melayu/PM/UMNO/Bahasa Melayu, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera (Bumiputera juga bermakna Pribumi/Orang Asal/Indigenous/Native/Aboriginal).


Astonish View ni pun majoritinya penyokong tegar PR.. Masa dapat projek ni menteri pun tak tau... deal dengan pegawai yang uruskan je.. bukan menteri yang set up deal ni.. orang bawah2 pun pakar rembat duit.. tapi apa2 pun kerajaan/kementerian la yang salah sebab rasuah menular dikalangan pegawai yang pegang bajet..

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu