Saturday, October 12, 2013

Kak Jat Rajin Sebelum Jadi Ketua Wanita , Wajib Terus Kekalkan dia Sebagai Ketua Wanita UMNO

Semalam penulis balik kampung sebelah Johor sekejap atas urusan tertentu. Sempat bertemu dengan beberapa dan berbual dengan beberapa orang sahabat. Dan antara salah satu topiknya ialah pasal pemilihan UMNO. Kesemua mereka setuju sekiranya Shahrizat terus dikekalkan sebagai Ketua Wanita UMNO. Salah sorang dari mereka berkata Kak Jat rajin sebelum jadi Ketua Wanita lagi.

Lihat saja gerak kerja Shahrizat sebelum menjadi Ketua Wanita lagi beliau dah ke sana sini mendekati kaum wanita , tak kira UMNO atau PAS. Kalau ada di kalangan mereka yang kesusahan pasti muka Kak Ijat akan ada. Tak perlu tunggu pemilihan UMNO atau pilihanraya umum baru nak nampak muka. Atas sebab ini lah Shahrizat mampu tumbangkan Tan Sri Rafidah Aziz dulu.

Kalau nak ganti Shahrizat pun, biarlah individu yang mempunyai ciri-ciri yang dinyatakan tadi. Bukan nak perlekehkan usaha orang lain, tapi dari maklumat yang diterima memang Kak Ijat kuat bekerja. Dengan pemilihan kali ni kita harap tiada lagi budaya sogok menyogok bagi memastikan diri sendiri menang.

 Biarlah semuanya dinilai berdasarkan merit yang ada pada calon. Terdengar juga desas desus pasal calon yang terdesak menggunakan taktik proksi bagi memburukkan calon lain. Tengok saja komen-komen di blog-blog seperti ada satu perancangan untuk menjatuhkan Kak Ijat . Kalau dilihat dari IP komen-komen, beberapa IP konsisten muncul apabila artikel pasal Kak Ijat dikeluarkan.

Siapa pun pilihan perwakilan, harap semua dapat terima dengan hati terbuka. Memang benar patut ada perubahan dalam UMNO, tetapi kalau nak berubah mestilah dengan melihat dari semua sudut, termasuklah alternatif yang ada. Penanda aras bagi Ketua Wanita sebelum ini telah ditetapkan oleh Rafidah dan Kak Jat berjaya melepasi penanda aras itu sebelum jadi Ketua Wanita lagi. Adakah alternatif untuk PAU sekarang melepasi  penanda aras itu?

3 comments:

wanita umno tpaksa mempertahankn lembu!!

UMNO sedang menempah kematian parti itu pada PRU 14 apabila melantik orang seperti Shahrizat dan KJ.Inilah masalah UMNO sekarang yang tidak berpijak pada bumi nyata.

pegi mampus la..umno skang ni dah macam lembu...pilih orang bodoh macam lembu...mana la tak kena gelak dengan PR...ada jugak penyokong makcik bela lembu ni..

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu