Friday, October 25, 2013

'Jual' Gambar Bekas MB: Hipokrasi PAS Terserlah di PRK Sg. Limau


PRK Sungai Limau yang akan berlangsung beberapa hari lagi melihatkan betapa hipokrit nya pemimpin-pemimpin pembangkang. Kita tahu semasa arwah Ustaz Azizah mentadbir negeri Kedah , beberapa keputusan beliau yang mempertahankan hak-hak Melayu memanaskan hati beberapa pihak termasuk bukan Melayu termasuklah daripada komponen parti BN sendiri . Walaupun ditekan dari pelbagai sudut termasuk dari kalangan pemimpin PAS yang berfikiran liberal, arwah Ustaz Azizan tetap konsisten dengan pendirian beliau . Tindakan beliau ini sekaligus menimbulkan rasa hormat UMNO sebagai parti lawan terhadap ketegasan beliau itu .


Dalam satu artikel yang dikeluarkan portal pro-pembangkang Merdekareview , jelas sekali beberapa penyokong PR bukan melayu berasa kecewa dengan kerajaan PAS Kedah yang dikatakan lebih 'perkauman' berbanding UMNO sendiri .  Antara petikan artikel ialah ;

"Penetapan kuota perumahan 50% untuk bumiputera, yang diumumkan Menteri Besar Kedah Azizan Abdul Razak (gambar kiri) pada tahun 2008, telah menggoyah keyakinan komuniti Cina terhadap pimpinan kerajaan PR.  Isu pusat penyembelihan khinzir yang menggemparkan baru-baru ini, memusnahkan terus keyakinan komuniti Cina terhadap kerajaan PR di Kedah."



Jelas sekali kepimpinan arwah Ustaz Azizan yang bersifat Melayu tak disenangi golongan ini . Malangnya ada golongan 'liberal' dalam PAS yang cuba 'meneutralkan' usaha yang dibuat oleh arwah Ustaz Azizan ini dan lebih suka menjadi 'Pak Turut' kepada PKR dan DAP demi memperoleh kuasa yang mereka dambakan berkurun lamanya. Rujuk artikel di atas bila Phahrolrazi mengeluarkan kenyataan dasar 50% ditangguh bila ada tekanan.

Kemenangan PAS di Sg Limau pada PRU-13 sebelum ini banyak di sebabkan oleh pengaruh dan karisma yang ada pada arwah Ustaz Azizan itu sendiri . Samada selepas ini DUN Sg. Limau dapat dipertahankan PAS, ia bergantung pada pengundi di sana untuk menentukannya. Sentimen pergeseran arwah Ustaz Azizan dengan Phahrolrazi pada satu ketika dulu mungkin memberi sedikit kesan . Mungkin penyokong-penyokong arwah Ustaz Azizan tahu keseriusan pergeseran itu hingga memungkin pihak2 tertentu mengucapkan kata-kata yang terlalu kasar untuk didengar sebagai seorang pemimpin.

Melalui sumber-sumber tertentu , calon PAS yang akan bertanding di Sg. Limau dikatakan anak sepupu kepada Phahrolrazi. Malah poster kempen yang diedarkan juga menggunakan arwah Ustaz Azizan dipercayai untuk meraih sokongan di sana . Kenapa sampai begitu terdesak sekali menggunakan gambar arwah Ustaz Azizan untuk berkempen? Ini lah apa yang penulis kata sikap hipokrit melampau sesetengah pemimpin PAS , di kala orang masih hidup , nak bertegur sapa pun susah tapi bila orang dah tak ada lagi dalam dunia ni , digunakan pula gambar arwah Ustaz Azizan untuk kepentingan 'kroni' .

Kita pun tahu dalam PAS sekarang banyak golongan , yang ketara ialah golongan ulama, professional dan 'liberal' . Golongan 'liberal' yang ada dikalangan mereka berstatus professional dan berstatus parasit bodoh secara perlahan-lahan dilihat cuba menguasai kepimpinan PAS. Rasanya tak keterlaluan kalau kita katakan pengaruh luar PAS memainkan peranan dalam percaturan kepimpinan tertinggi PAS kini. Tak hairan lah bila ini berlaku PAS akan terus berada di bawah telunjuk DAP dan PKR.


2 comments:

Apa nak jadi PAS ni?! Patutnya pemimipin Islam kita dr. UMNO/PAS kena BERSATU, bertindak dgn amat TEGAS tanpa sebarang kompromi, spt. Sultan Brunei dan negara Liga Arab, laksanakan Hukum Hudud (dan siapa-siapa Bukan Islam buat aniaya kat umat Islam juga, mesti kena bawah Hukum Hudud spt. di Arab Saudi - bukan hanya yg. Islam dihukum)! Pedulikan kecaman KEJI si KAPIR-KAPIR Barat-Zionis (lihat akhbar anti-Islam di http://www.dailymail.co.uk/news/article-2471776/Sultan-Brunei-introduce-new-sharia-laws.html). Tahu nak kutuk undg-undg Syariah Islam kita, yg. termasuk Hukum Hudud, tapi bawah "demokrasi/hak asasi" LIBERAL SAMPAH Barat-Zionis, boleh pula dihalalkan rejim-rejim Barat-Israel untuk membunuh umat Islam dgn. amat BUAS, sesuka hati secara beramai (GENOCIDE) spt di Palestin, Iraq, Libya, Syria, Somalia, Afghanistan, Mali, Yemen, Sudan, Nigeria, Lebanon dan selatan Thailand/Filipina, dan kemudian akan ke Iran dll, termasuk Malaysia ini contohnya bermula dengan Sabah baru-baru ini. Bahkan pengganas TALEBAN, BOKO HARAM, Al SHABAAB, AL-QAEDA dsbnya adalah diCIPTA oleh Barat-Israel sendiri, untuk tujuan MENJATUHKAN Islam dan untuk melaksanakan PENJAJAHAN mereka, ke atas negara-negara Islam yg. kaya minyak gas; lihat di http://www.globalresearch.ca/fighting-al-qaeda-by-supporting-al-qaeda-in-syria-the-obama-administration-is-a state-sponsor-of-terrorism/5339728, Fighting Al Qaeda by Supporting Al Qaeda in Syria: The Obama Administration is a “State Sponsor of Terrorism”, By Prof Michel Chossudovsky, Global Research, June 19, 2013 (lepas itu si Barat-Israel BERPURA kononnya asyik diserang al-Qaeda/Taleban dsbnya)!

Dan ramai puak KAPIR makin jahat kat Brunei tu - mereka bukan main nak kerja kat Brunei, nak gaji tinggi; tapi belakang, tak habis-habis menghina budi baik BUMIPUTERA Islam/Melayu Brunei, terutamanya kerana tak benarkan penjualan alkohol mahupun pembukaan pub/kelab malam! Lepas tu si Kapir, terutamanya si Barat-Zionis asyik buat parti gila seks-alkohol bebas tak habis-habis! Yg. pekerja KAPIR dr. Filipina/Thailand pula, ramai betina LUCAH yg. goda suami Brunei yg. kaya, atau anak muda Brunei - utk- jatuhkan akhlak atau tinggalkan isteri.

Jadi, harapnya lepas ini, Sultan Brunei juga lebih tumpukan kpd. pengambilan pekerja Islam termasuk umat Islam Mindanao (kaya minyak-gas) yg. asyik dibunuh dgn. kejam oleh si Kapir Filipina, mcm. umat Islam selatan Thailand (juga kaya minyak-gas) asyik dibunuh si rejim Kapir Cina Thailand! Dan juga ambil pekerja Islam Malaysia, Cambodia, Indonesia dan Bangladesh - bantu sesama saudara Islam kita.

Dan juga makin bahaya kerana Cina KAPIR Sabah/S'wak/S'pura makin berlambak kat Brunei tu - dan ramai sengaja kahwin dgn. Cina Brunei atau Bumiputera Bukan Islam, utk dpt PR, utk. menambahkan lagi jumlah mereka serta menguasai perniagaan dan hartanah!

Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN Islam dan umatnya, Raja-Raja Melayu/PM-TPM/UMNO/Bahasa Melayu, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera (Bumiputera juga bermakna Pribumi/Orang Asal/Indigenous/Native/Aboriginal/First Nation).

Sungguh menyedihkan dengan hak asasi manusia yang diperjuangkan oleh Najib, masa polis nak tangkap penjenayah, Najib bukan main garang suruh polis jaga hak asasi manusia penjenayah walaupun penjenayah tidak peduli pun hak asasi manusia lain yang dizalimi mereka bila buat jenayah.

Tetapi pada hari ini, saya cuba beri komen di facebook Najib, sungguh memalukan bila Najib telah menyekat komen saya, di manakah hak asasi manusia yang dicanangkan sebelum ini? Lihatlah penjenayah lebih disayangi oleh Najib berbanding rakyat yang memberi komen ikhlas demi agama bangsa dan tanah air. Saya mencadangkan Najib membuat iklan besar-besar pada Facebook beliau " SILA KOMEN MEMBODEK SAHAJA, KOMEN YANG BERTENTANGAN DENGAN PENDAPAT NAJIB RAZAK AKAN DISEKAT". 1Malaysia: Hak Asasi Untuk Penjenayah Diutamakan, Pendapat Ikhlas Dari Rakyat Yang Tak Suka Bodek Disekat dan Dizalimi.

Tetapi ingatlah Najib, perjuangan untuk menentang sikap kuku besi dan pentadbiran perosak Najib akan diteruskan melalui saluran lain.

Sokong UMNO, Sokong BN, tapi Kita Tolak Najib, Kita Tak Perlukan Pemimpin Kuku Besi dan Zalim!!!!!!!!

Biru Tetap Biru, Dacing Tetap Dacing, Barisan Nasional Pilihanku, Demi Agama, Bangsa, dan Tanah Air.

Encik Mohamad.
Nasionalis Melayu

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu