Thursday, October 17, 2013

Isu Kalimah Allah : Gerakan 'Balas Dendam' pada Hishamuddin Hussein Bermula ?

Pada tahun 2010 , ketika Hishamuddin Hussein masih menjadi Menteri Dalam Negeri , beliau adalah antara individu yang bertanggungjawab memohon supaya keputusan Hakim yang ketika itu membenarkan kalimah Allah digunakan dalam penerbitan Kristian dibawa ke Mahkamah Rayuan . Sebelum Mahkamah Rayuan membuat keputusan, Hishamuddin Hussein merupakan antara pemimpin UMNO pertama menulis dalam 'twitter' menyatakan harapan beliau supaya isu ini memberikan kemenangan pada Islam. Ramai di kalangan penyokong-penyokong PR mula mengecam Hishamuddin dengan mengaitkan beliau dengan keputusan kes 2010.


Kata mereka kalau bukan kerana Hishamuddin, mungkin perkara ini tidak terjadi dan Katolik Kristian masih boleh guna kalimah Allah dalam penerbitan mereka. Ada di antara mereka sedar dengan pemilihan UMNO yang semakin hampir, ini lah masa nya untuk mereka balas dendam pada Hishamuddin . Mereka menggunakan platform media sosial untuk menghentam Hishamuddin , malah ada yang menyamar sebagai Melayu. Sama seperti modus operandi Red Bean Army cuma pada kali ini tujuannya ialah untuk mengelirukan ahli-ahli UMNO. Tujuannya mereka hanyalah untuk pastikan dendam mereka terhadap Hisham terbalas.

Berikut adalah respon dari Hishamuddin Hussein mengenai keputusan Mahkamah Rayuan mengenai kes kalimah Allah ;

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein (gambar) menyambut baik keputusan Mahkamah Rayuan memutuskan untuk tidak membenarkan akhbar mingguan Katolik, Herald menggunakan kalimah Allah kerana jika dibiarkan akan mengundang kekeliruan dan salah faham dalam kalangan umat Islam dan Kristian di negara ini.

Katanya, walaupun isu ini pada dasarnya tidak kritikal dalam kalangan penganut Kristian tetapi jika ia tidak ditangani secara bijaksana boleh mengakibatkan ketegangan yang serius di antara umat Islam dan Kristian.

"Saya lega apabila mahkamah buat keputusan begitu, saya yang ketika itu (membuat permohonan kepada mahkamah) memegang jawatan Menteri Dalam Negeri menggunakan saluran yang tepat bagi memutuskan perkara ini di mahkamah.

"Isu kalimah Allah ini umpama kita hendak tarik rambut dalam tepung iaitu sangat berhati-hati dan dalam pendirian kita, mahkamah adalah saluran terbaik untuk digunakan kerana bimbang isu itu boleh jadi polemik perkauman dan keagamaan.

"Mungkin kita rasa sakit untuk menunggu keputusan tersebut tetapi negara kita masih aman dan keputusan berpihak pada kita. Jadi jangan lagi mempolitikkan perkara ini," katanya seperti dilaporkan Utusan Malaysia hari ini.

Hishammuddin yang juga akan bertanding merebut jawatan Naib Presiden Umno pada Sabtu ini berkata, jika kerajaan tidak menggunakan saluran mahkamah untuk menentukan sama ada kalimah Allah boleh digunakan oleh penganut Kristian atau tidak, pihak tidak bertanggungjawab akan terus menggunakan isu itu bagi kepentingan politik mereka.

"Kalau pemimpin politik yang buat keputusan mungkin mereka akan menuduh kita dengan pelbagai perkara yang boleh menimbulkan kemarahan pelbagai kaum.

"Tetapi hari ini ia keputusan mahkamah dan asasnya munasabah, saya fikir mereka sukar untuk mengeksploitasi dan memutar belit perkara berbaur perkauman serta keagamaan yang boleh menjejaskan tumpuan keselamatan dan kepentingan nasional," katanya.

Mahkamah Rayuan pada Isnin membuat keputusan tidak membenarkan Herald menggunakan kalimah Allah dalam seksyen bahasa Melayu penerbitan itu.

Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Seri Mohamed Apandi Ali yang bersidang bersama Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim dan Datuk Mohd. Zawawi Salleh memutuskan demikian secara sebulat suara selepas membenarkan rayuan kerajaan dan Menteri Dalam Negeri. – 17 Oktober, 2013.

1 comments:

isu nama Allah ni agak berat...ni nak tanya mudah je....memandangkan Tuan blogger Be Da Man mungkin org yg rapat dgn H2O...minta beliau jawab:

kenapa selepas cium keris kena minta maaf?....adakah akan menimbulkan kekeliruan?....polemik perkauman?....polemik keagamaan?

Sekian....harap dijawab....kalau nak jawab la, sbb ini perkara plg mudah n menunjukkan siapa diri H20 yg sebenarnya....jgn biarkan msykt Melayu diselubungi MISTERIIIiiiiiiii.......:)

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu