Monday, October 28, 2013

Gebang Anwar Ibrahim , Towkey Kilang Gula Buat Untung RM 1 Billion Setahun ?

Harga gula mentah dunia pada 25 Okt 2013 ialah USD0.1903/pound sumber , kalau pada kadar matawang MYR - USD , harga gula mentah ialah RM 0.60/pound atau RM 1.32 / kg  (currency exchange as per 28 Oct 2013 , 1 USD - RM 3.13) . Selepas dibeli oleh pengimport2 dari Malaysia untuk dijual , tentulah harga gula yang hendak dijual lebih dari itu.



Dari bajet yang dibentangkan baru-baru ini , harga gula yang diproses telah naik pada kadar RM 2.84 /kg . Import tax dan duti untuk gula tak dikenakan di negara ini , jadi kos import dan duti boleh diabaikan dalam  'costing' jualan gula. Kos-kos lain yang perlu di ambil kira ialah pengangkutan ke M'sia , pengangkutan ke kilang , pemprosesan dan penghantaran kepada pengguna. Itu dari segi kos ... takkan lah meniaga tak nak untung maka disebabkan gula ialah barang kawalan maka ia % mark-up untuk keuntungan dikawal kerajaan. Kalau dirujuk dari jadual dalam laman web KPDNKK , harga gula tanpa subsidi ialah RM2.84 . Penghapusan subsidi gula menjadikan pengguna membayar harga sebenar gula iaitu RM 2.84. Walau bagaimanapun penulis konsisten mengatakan ia bukan satu isu besar pada rakyat.


Dalam artikel yang ditulis sebelum ini  (klik sini), ada dimaklumkan bahawa kontrak 3 tahun antara pengimport gula dari Malaysia dengan supplier dari luar negara telah berakhir pada awal January 2012. Dalam tempoh 3 tahun sebelum tamat itu , pengimport dari Malaysia menikmati harga gula mentah pada kadar USD 0.175/pound , kalau mengikut tukaran matawang pada hari ini tentulah harga gula mentah berada pada kadar yang lebih rendah. Namun selepas awal January 2012 , perjanjian harga gula mentah pada kadar USD 0.175/pound dah tak valid lagi . Pengimport kena beli ikut harga pasaran dunia , iaitu USD 0.1903/pound (as per 28 Oct 2013) .

Harga ini mungkin akan naik atau turun dari masa ke semasa , sama macam petrol. Jadi kalau ikut kira-kira mudah ,perbezaan  RM2.84/kg harga gula diproses dengan  RM 1.32/kg harga gula mentah ialah               RM 1.52/kg . Perlu kita faham untung pengilang gula yang memproses bukanlah RM 1.52 untuk setiap kg kerana kos-kos lain seperti yang dinyatakan tadi perlu juga diambil kira. Dianggarkan empat pengeluar gula tempatan, Malayan Sugar Manufacturing Sdn Bhd, Central Sugars Refinery Sdn Bhd, Gula Padang Terap Berhad dan Kilang Gula Felda Perlis Sdn Bhd, mengeluarkan sejumlah 1.2 juta metrik tan gula setahun untuk kegunaan domestik dan eksport. Jumlah ini bersamaan dengan 1,200,000,000 kg


Dari satu laporan yang di buat oleh International Sugar Org, jumlah penggunaan gula (yang diproses) di Malaysia pada tahun 2010 ialah 1.395 juta metrik tan iaitu   1,395,000,000 kg . Dengan mengambilkira jumlah ini jumlah harga jual kasar gula diproses pada kadar RM 2.84  ialah RM 3,961,800,000 iaitu lebih kurang RM 3.96 billion. RM 3.96 billion ni hanyalah jumlah jualan terkumpul , belum tolak kos operasi dan cukai lagi , jumlah ini juga adalah dengan mengandaikan hasil jualan dari semua kilang pemprosesan gula.


Dalam hari ni punya artikel Malaysiakini , Anwar Ibrahim buat propa kata taikun kilang gula buat untung sampai RM 1 billion , betul ke ? Kalau dilihat anggaran jualan kasar gula setahun lebih kurang RM 4 billion, tak tolak cukai , kos operasi dan sebagainya , kalau tolak semua ni betul ke towkey2 kilang gula ni boleh untung sampai RM 1 billion ?? Boleh dikatakan anggaran Anwar tu semua propa saja , sebenarnya subsidi gula yang dibagi kerajaan kepada rakyat dulu hanya menguntungkan towkey2 gula saja.


Kalau harga gula dulu RM 2.50 sekilo , lagi RM 0.34 sen tu kerajaan bayar kat towkey gula , macam mana kerajaan bayar ? Cuba rujuk balik harga gula mentah yang diimport dari luar negara , kalau harga gula mentah sebelum diproses ialah RM 1.34 sen , towkey hanya perlu bayar RM 1.00 je, maksudnya sebelum terjual lagi depa dah tau akan untung , bila subsidi gula dihapuskan towkey2 ni pun kena bayar RM 1.34 per kg untuk gula mentah yang diimport . Perlu diingat kerajaan punya nak tolong rakyat maka cukai dan duti untuk import gula ialah 0% (sumber http://www.dutycalculator.com/hs-code-duty-rate-import-restrictions/170199/raw-sugar/1701.99.5050/1701.99.9000/977/) . Kalau bab video xxx pun Anwar tak mengaku dan boleh menipu , apalah sangat lah cerita dan gebangannya pasal gula ..

5 comments:

Graduan dalam sastera melayu....ingin bercakap tentang economi. Sunggoh melucukan ....

Klu tak membohong, itu bukan aljuburi...

Bekas Menteri Kewangan Terbaik!

balik rumah, mintak mak ajar mengeja..

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu