Saturday, October 26, 2013

Cerita Pasal Gula yang Rakyat Malaysia Wajib Tahu !

Pengurangan subsidi gula yang diumumkan oleh PM dalam belanjawan yang dibentangkan baru-baru ini bagi penulis bukanlah satu masalah yang besar pada rakyat. Berapa banyak sangat lah yang rakyat beli gula dalam tempoh sebulan ? Penulis sendiri guna 1kg gula untuk tempoh 2 bulan . Kalau melepak di kedai mamak pun minum air kosong atau pun kopi-o kurang manis , tu pun sebab nak sedapkan hati mamak , takkan lah nak melepak minum air kosong je .. hehe.  Apa pun bagi penulis rakyat tak perlu 'melompat' dengan pengurangan subsidi gula . Tapi kita tahu peniaga-peniaga makanan akan ambil kesempatan untuk menaikkan harga jualan mereka, terutama kuih muih yang manis ni, apa susah boikot je atau memang tabiat rakyat Malaysia ni suka 'consume' bahan-bahan makan yang manis ni ?


Sebenarnya penulis pernah buat artikel pasal gula ni satu ketika dulu bagi menjawab statement 'bodoh' Mahfuz Omar yang mempersoalkan mengapa 'subsidi' gula perlu ditambah walaupun harga pasaran dunia turun. Rasanya elok lah di 'copy-paste' artikel lama ini untuk tujuan pemahaman rakyat Malaysia mengenai bekalan gula dalam negara .

Berikut adalah artikel berkenaan (link asal)

Di Malaysia,ada 4 kilang pengeluaran gula yang utama iaitu ;

1. Malayan Sugar Manufacturing (MSM),Prai, Pulau Pinang
2. Central Sugar Refinery (CSR), Shah Alam, Selangor
3. Gula Padang Terap (GPT), Padang Terap, Kedah
4. Kilang Gula Felda Perlis (KGFP), Chuping, Perlis.


Dari rujukan ucapan Menteri Perdagangan dan Antarabangsa pada Jun 2010, 99 peratus bekalan gula diimport dari negara luar. Manakala hanya 1 peratus hasil tempatan.

Blogger Pro-PR WargaMarhaen meluahkan ketidakpuasan hati mereka kenapa harga gula ditingkatkan subsidinya untuk mengekalkan harga sedangkan sejak 6 bulan kebelakangan ni harga gula global makin menurun.Ahli ekonomi PAS , saudara Mahfooz Omar menyokong pandangan ini di timeline twitter (rujuk sini). (http://wargamarhaen.blogspot.com/2012/01/harga-gula-terkini-2012-masih-kekal.html)


Aku setuju memang harga gula global semakin menurun sejak 6 bulan kebelakangan ni,tetapi cuba tengok graf di atas. Mungkin ramai yang dah lupa atau langsung tak tau harga gula yang ada sekarang adalah berdasarkan kontrak jangka panjang 3 tahun antara MSM/Kerajaan Malaysia dan pengeksport antarabangsa. Tempoh kontrak berakhir sepatutnya telah berakhir pada awal January 2012. Sumber http://www.reuters.com/article/2012/01/26/malaysia-sugar-subsidy-idUSL4E8CQ49820120126



Pada tahun 2009, MSM/Kerajaan Malaysia telah berunding dengan pengeksport antarabangsa untuk menetapkaan harga gula pada paras 17.5 cents / pound . Dengan mengambil kira kadar tukaran USD dengan Ringgit ialah 3.4 (berakhir Dec 2009). Maka kontrak 3 tahun harga gula pada ketika itu ialah lebih kurang RM 1.313 / kg . (ini harga gula mentah (rawa sugar) yang belum diproses , takkan proses kat kilang 'free' je ? hehehe). Sekarang bila kontrak 3 tahun dah tamat, perjanjian harga gula pada paras 17.5 cents / pound tak valid dah .



Berakhir 2011 , harga gula global ialah pada paras 23.42 cents/pound . Ertinya untuk harga baru global ni kerajaan kena cover lagi 5.92 cents/pound untuk raw sugar saja, belum proses lagi tu. Jadi dengan mengambil kira tukaran USD dengan Ringgit pada ketika ini sbg 3.0 maka kerajaan dah cover lebih kurang RM 0.39/kg utk raw sugar saja. Mujur nilai USD sekarang bukan lagi 3.4 kalau tak kerajaan kena cover hingga RM 0.44/kg . Sehingga kini pihak MSM dan Kerajaan Malaysia masih berunding dengan pengeksport2 antarabangsa untuk satu lagi penetapan kontrak jangkapanjang untuk harga gula mentah.

Hmm sekarang dah faham kenapa harga gula turun tetapi subsidi kena tambah??? Hehehe lain kali buat analisis dari semua sudut sebelum serbu tak pakai helmet/sarban .

Jadi dengan penerangan dari artikel di atas , harap pembaca semua faham yang gula yang masuk ke Malaysia adalah gula yang di IMPORT . Dan kontrak perjanjian kerajaan Malaysia dengan pembekal gula antarabangsa dah lama tamat . Banyak kerajaan kena 'cover' dengan 'rate' yang baru ni . Daripada membazir bagi subsidi untuk gula lebih baik subsidi tu digunakan untuk bantu pembangunan-pembangunan berfaedah untuk rakyat.

8 comments:

Assalam Brotherhood. Mohon agar blog ini http://toramalaya.blogspot.com/ di linkkan dengan blog Tuan yang hebat. Terima kasih.
Tora Malaya..

Rakyat Malaysia sepatutnya melihat hikmah disebalik tindakan kerajaan ini........ tindakan ini mampu mengurangkan risiko penyakit2 kronik seperti yang disebutkan oleh PM Najib.

Biasakanlah dengan minuman dan makanan yang kurang manis
Apabila makan nasi cubalha minum air biasa, ia adalah lebih baik unutk kesehatan dari meminum kopi atau teh kerana nasi bila dihadam menjadi gula dan apabila ditambah dengan minuman manis, kadar gula dalam badan makin naik dan jika ini berterusan akan mengundang penyakit kencing manis dan penyakit kronik yang berkaitan dengan kencing manis.

"Daripada membazir bagi subsidi untuk gula lebih baik subsidi tu digunakan untuk bantu pembangunan-pembangunan berfaedah untuk rakyat."


tolol! ko merapu ape? pembangunan ape yg makin membangun? physically, ye. tp secara rohaniah nye, lg merudum ade la. ko tk nmpak ke pertambahan belanjawan lg bnyk ke arah management, 15-17 billion. which means, ko tak merasa pun hasil tu, malah ko rase ke'taik'an service dr kerajaan bodoh ni.

klau ko pandai sgt, ko cube kaji sket penerimaan br1m ngn ape yg rakyat bayar utk gst nnt. siapa yg dpt faedahnye, siapa yg teraniaya, berapa percent yg untung, berapa percent yg rugi? aku mmg tak pandai, pasal tu aku nk korg2 macai2 buduh ni kaji... klau pass, baru leh upgrade ke macai pandai.. tp korg sume mmg bodoh la... I couldnt expect any less you!

hahha, aku nk tgk, ko epprove tk komen ni.. klau tk approve, maka ko pengecutt, tade ****!!!!!!!!!!!!!!!! hak24343xxxxx

sakit kencing manis bukan disebabkan kadar gula yang berlebihan........ tetapi pankreas telah rosak dan tidak dapat mengeluarkan insulin....... pasal tu pesakit kencing manis kena cucuk insulin.........

2. Pernah tak saudara mega menimbang semula kandungan gula yang tertulis 1KG????? jawabannya mungkin saudara tak pernah menimbang semula gula tersebut.................cuba saudara timbang gula yang saudara beli,
Timbang gula tersebut dari keempat-empat syarikat dibawah ..........saudara sendiri sudah ada jawaban!!!!!!!

bkn semua syarikat yg terlibat. Kemudian saudara paparkan diblog in.
Di Malaysia,ada 4 kilang pengeluaran gula yang utama iaitu ;


1. Malayan Sugar Manufacturing (MSM),Prai, Pulau Pinang
2. Central Sugar Refinery (CSR), Shah Alam, Selangor
3. Gula Padang Terap (GPT), Padang Terap, Kedah
4. Kilang Gula Felda Perlis (KGFP), Chuping, Perlis.

Harga gula naik dikatakan takdir Allah , MB Azizan meninggal dikatakan sebab gula. Double standard betul.Tp pg sokong jugak BN(Barang Naik>>>Banyak Naik)

tindakan bijak dari kerajaan. kerana sebelum ini banyak gula yang bersubsidi telah di seludup ke negara jiran,oleh yang demikian kerajaan dapat mengelakkan ketirisan dengan memansuhkan subsidi dan boleh menggunakan wang tersebut untuk tujuan lain.

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu