Wednesday, October 16, 2013

Bila 'Orang Asing' Mula 'Menindas' Pekerja Tempatan dalam Agensi Milik Kerajaan Malaysia

Dalam laporan audit baru-baru ini ditunjukkan beberapa ketirisan dalam jabatan kerajaan . Semua ini adalah hasil daripada sikap tak bertanggungjawab pegawai-pegawai menguruskan itu sendiri. Terbaru blog Malay Rights telah mendedahkan keculasan yang berlaku dalam salah satu agensi kerajaan iaitu MIMOS . Apa yang didedahkan cukup membimbangkan sekali .


Hal ehwal pentadbiran dalam MIMOS dikatakan telah dimanipulasi oleh orang-orang tertentu demi kepentingan diri sendiri . Mangsanya ialah kakitangan bawahan yang bergaji tak sampai RM 1,500 . Dengan hanya 'status' Facebook kakitangan berkenaan yang merungut harga makanan di kantin MIMOS mahal , beliau telah dikenakan tindakan disiplin.

Menurut maklumat yang diperoleh dari blog the Malay Rights (melalui ruangan komen) individu yang menjadi 'kepala' di MIMOS sekarang bernama 'Raj' dan beliau dikatakan menjadi kepala di agensi milik penuh kerajaan itu . Selama ini rakyat merungut ramai di antara mereka sukar memperoleh peluang pekerjaan . Rupa-rupanya dari pendedahan yang dibuat , MIMOS menjadi lubuk di mana pekerja-pekerja asing dari India dan Sri Lanka merampas hak yang sepatutnya milik warga tempatan .

Gaji mereka bukan lah murah , dibayar agak mahal . Berapa kita tak pasti tapi patut ditanya pentadbiran atas MIMOS itu sendiri dan juga cuba tanya pekerja dari India dan Sri Lanka itu sendiri berapa mereka di bayar . Dikhuatiri ada pihak-pihak tertentu bayar RM5,000 kepada mereka tapi dalam 'claim' mereka letak RM 10,000, ini contoh saja jadi SPRM tolong siasat !

Individu-individu dalam syarikat milik penuh kerajaan ini lah yang menyebabkan pelbagai ketirisan berlaku . Rakyat tak tahu cerita sebenar dan terus menyalahkan parti memerintah. Jadi sekarang kita tak mau lagi bercakap secara makro , kita guna pendekatan mikro supaya 'bangsat' yang melakukan kerja-kerja kotor ni tak terlepas. Kita tak mahu buat tuduhan semberono , jadi mohon jabatan-jabatan yang bertanggungjawab sila siasat sebaiknya dengan segera.

Dari blogger Malay Rights ;

Di mimos yg berkuasa sebenarnya Raj bukannya Wahab. Wahab ni kena cucuk hidung dgn Raj.......Wahab ni boneka aje.
13 October 2013 11:03

Hasil dari artikel kelmarin (KLIK DISINI)  saya dapati banyak komen yang berkaitan dengan MIMOS Sdn Bhd sebuah syarikat penuh milik kerajaan. Komen diatas adalah salah satu komen yang menarik untuk saya panjangkan kerana apa yang saya maksudkan semalam adalah benar bahawa MIMOS kini bukan lagi menjadi milik orang Melayu sebaliknya telah di jadikan markas untuk seorang India yang mengawal serba serbi didalam MIMOS.

Ala itu Dato masa di Motorola pon haprak... orang kiri dan kanan, cina dan india....tak mahu naikkan melayu. Sombong nak mampus!! Ada orang Melayu bagus tak mahu naikkan kerana dia seorang perempuan.

Kat Motorola tempat legacy Dato sudah jadi Tamil Street... dalam sekelip mata... kisah apa? Janji sendiri bangsa pon mahu naik...Masa Dato dulu macam-macam alasan....

Tak usah bangga la jadi orang kuat UMNO!!! Puih...!! Jadi orang UMNO untuk kepentingan diri sendiri. 
12 October 2013 20:59

Komen yang kedua ini menjelaskan lebih gambaran sebenar apa yang berlaku di dalam MIMOS kerana cakap cakap oleh pekerja Melayu yang ditindas oleh pihak atasan merupakan satu kebenaran apabila seorang India yang dilihat menguasai MIMOS sehinggakan Ketua Mimos sendiri gagal untuk membela nasib pekerja Melayu didalam MIMOS.

Rasanya saya tahu siapa nama perempuan melayu yang teraniaya ni..NORMATAKSIAH ISMAIL..
Betulkan saya kalau salah orang atau salah cerita 
12 October 2013 20:46

Komen ketiga ini menyebut satu nama yang merupakan seorang pekerja Melayu di Mimos. Maklumat yang diperolehi mengesahkan bahawa Wanita ini telah diberikan surat amaran atas tindakannya yang mengadu ketidak puashatian Cafetaria yang menjual makanan di Mimos meletakkan harga yang cukup mahal dan juga servis yang tidak berkualiti. Isu ini dapat dilihat di beberapa Facebook individu pekerja Mimos yang mana wanita ini telah ditekan tanpa belas ehsan oleh pihak Mimos.

Makluman yang diperolehi dari pekerja Melayu di Mimos menyatakan bahawa Ibu kepada seorang anak itu diberikan surat amaran, ditukarkan ke tempat lain dan paling tidak berhati perut apabila pihak Mimos menahan 2 minggu gaji Ibu seorang anak itu.

Untuk makluman mangsa Wanita Melayu Ibu kepada seorang anak ini telah bekerja di Mimos sejak tahun 1997 lagi. Gaji yang diperolehi oleh wanita Melayu yang ditindas itu hanyalah berjumlah RM1,457 sahaja dengan berhadapan harga yang mahal di Cafetaria milik Mimos.

Mungkin ramai tidak mengetahui bahawa Cafetaria di Mimos merupakan satu Cafetraria yang sepatutnya adalah jauh lebih murah berbanding Cafetaria di tempat lain kerana.

a) Bil Elektrik Percuma (Ditanggung MIMOS)
b) Bil Air Percuma (Ditanggung MIMOS)
c) Pingan Mangkuk (Disediakan MIMOS)
d) Peralatan Di Cafetaria (Semuanya Ditanggung MIMOS)

Bagaimana sebuah Cafetraia yang semuanya ditanggung oleh pihak Majikan iaitu MIMOS menjual makanan yang lebih mahal daripada kedai makan diluar?

Akibat dari luahan Wanita Melayu pekerja Mimos itu di Facebooknya beliau kini mendapat tekanan dari pihak atasan pegawai Mimos. Adalah tidak adil dan tidak berhati perut sama sekali apabila pegawai atasan Mimos yang bergaji belasan dan puluhan ribu ringgit menindas pekerja bawahan yang hanya bergaji RM 1,457 sebulan.


Gambar diatas adalah gambar Cafetaria di dalam MIMOS sebelum pengubahsuaian. Laporan mengesahkan bahawa Kos pengubahsuaian terbaru Cafetaria milik Mimos itu mencecah 1 Juta Ringgit. Apa yang diubah suai sehingga mencecah RM 1 juta ringgit?

- Malay Rights

http://malayrights.blogspot.com/2013/10/seorang-ibu-ditahan-gaji-oleh-majikan.html

1 comments:

Hampir semua GLC ada perkara yang macam ni sedang berlaku, sebab tu ramai org Melayu dalam GLC dah menyampah sgt dengan gomen...letak CEO yang tidak berjiwa Melayu, kira nak limpahkan kocek sendiri...dah tak muat pun tak isi jgk...

ada parti politik pun tak guna kalau ahli yang mengundi haprak...harap PM tegas la skt jgn jadi PINDAN macam sepupu kau tu...

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu