Tuesday, September 24, 2013

Tiada Lagi Istilah 'Untung Atas Angin' , Perkhidmatan 'Orang Tengah' dalam Kontrak Kerajaan dan GLC Dihadkan

Menteri di Jabatan Perdana Menteri , Datuk Paul Low semalam telah menyatakan kepada media bahawa kerajaan akan bertindak untuk tidak menggunakan lagi khidmat 'orang tengah' dalam urusan-urusan kontrak kerajaan . Penggunaan 'orang tengah' ini hanya akan melibatkan penambahan kos yang tidak perlu . Datuk Paul Low juga berkata , tidak salah sekiranya menggunakan perkhidmatan orang tengah atau agen yang memberikan perkhidmatan yang tulen dan bermutu .


Kenyataan Paul sekaligus menunjukkan keseriusan kerajaan dalam memerangi korupsi dan melakukan transformasi daripada sistem lapuk yang diamalkan selama ini. Maka bagi agen-agen yang selama ini mengambil keuntungan 'atas angin' maka meloponglah anda selepas ini.

Sebelum ini penulis pernah bekerja dalam sebuah syarikat yang terlibat dalam urusan import peralatan-peralatan berteknologi tinggi dari luar negara untuk kegunaan beberapa syarikat berkaitan kerajaan yang terlibat dalam sektor industri berat. Syarikat di mana penulis pernah bekerja itu diberikan surat perlantikan sebagai agen untuk membekalkan peralatan-peralatan berteknologi tinggi dari syarikat yang mengeluarkan produk.

Dalam proses penilaian syarikat , salah satu kriteria yang diperlukan ialah surat perakuan agen daripada pengeluar produk . Agen pula bukan bertindak sebagai 'posmen' , malah kriteria-kriteria produk berteknologi tinggi daripada syarikat pengeluar yang asal perlu difahami. Malah syarikat agen juga akan menghantar pelatih-pelatih untuk mengikuti latihan di syarikat pengeluar.

Oleh yang demikian, apabila berlaku masalah atau kecemasan yang memerlukan kemahiran mengendalikan produk , pembeli yang beroperasi di Malaysia tak perlu membuang masa menunggu bantuan-bantuan teknikal dari luar negara kerana agen mereka yang berada di Malaysia telah mempunyai latihan untuk mengendalikan situasi luar jangka. Ini lah yang sebenarnya di maksudkan oleh Datuk Paul Low apabila merujuk kepada agen yang memberikan perkhidmatan tulen dan bermutu .

Satu lagi senario ialah apabila sebuah syarikat yang tidak mempunyai apa-apa pengetahuan tentang sesebuah kontrak yang dikeluarkan oleh kerajaan atau syarikat-syarikat berkaitan kerajaan. Apabila tender dikeluarkan , syarikat-syarikat 'makan untung atas angin' ini akan segera mencari pengilang-pengilang atau agen-agen tempatan yang sedia ada di negara ini . Tanpa pengetahuan yang mendalam tentang produk , kos-kos tersembunyi dan sebagainya , mereka akan meletakkan harga yang rendah untuk memenangi kontrak yang dikeluarkan sekaligus menutup peluang syarikat-syarikat yang 'genuine' tadi.

Dan rasanya tak salah kalau penulis katakan , ada di kalangan kakitangan kerajaan atau GLC yang tak begitu telus semasa membuat penilaian . Mungkin ada di antara mereka mempunyai hubungan dengan pengarah-pengarah syarikat tertentu . Penulis tidak mahu menuduh tetapi gerak hati mengatakan hal ini memang berlaku. Oleh itu semasa dalam proses penilaian, kelonggaran-kelonggaran akan diberikan kepada syarikat yang 'baru' dalam pembekalan itu. Maka apabila syarikat yang 'baru' tadi itu memenangi kontrak maka mereka akan berhadapan dengan pelbagai masalah di peringkat pelaksanaan pembekalan.

Kos-kos tersembunyi yang tak diambilkira semasa di peringkat tender sebelum itu akan mula menjadi isu . VO atau 'variation order' akan dikeluarkan bermakna penambahan kos di pihak pembeli . Selain itu dengan ketidak mahiran dalam produk itu sendiri akan memberi masalah yang lain terutama di peringkat apa yang kita nama kan sebagai 'commissioning' . Apabila masalah-masalah sebegini berlaku maka akan wujud kecenderungan rasuah , memaksa pihak yang melakukan 'commissioning' untuk terima suapan supaya meluluskan 'commissioning' tadi walau terdapat cacat celanya semasa penilaian.

P/S :- Mungkin artikel ni agak 'berat' dan membosankan , tetapi rasanya kita perlu juga tahu perkara-perkara 'hanky panky' yang berlaku apabila sesuatu 'kontrak' itu diberikan.

1 comments:

Zaman Sukun jadi Menteri 'puak-puak itu' banyak sakau projek kerajaan yang dialibabakan, jadi orang tengah dan makan komisyen. Bukan kakitangan awam tak telus tetapi kontraktor yang 'runding terus' dengan musang-musang yang berkeliaran dalam jabatan-jabatan kerajaan.

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu