Friday, September 27, 2013

Siapa Pemimpin UMNO yang ada Set Pinggan Mangkuk Emas ?

Pak Habib atau lebih dikenali sebagai Syed Hussin Al Attas didalam buku beliau bertajuk Lima Raja Terakhir dalam salah satu petikan menulis seperti yang berikut ;


"Untuk santapan Putra Raja semasa menjadi menteri dulu. Segala set pinggan mangkuk Tengku Razaleigh Hamzah di perbuat daripada Emas. kalau jadi Perdana Menteri nanti pinggan mangkuk dan sudu garpu mesti bertakhtakan intan berlian barulah layak duduk berkawan dengan Agung"


"Mempunyai sebuah BAR dalam rumah V.I.P adalah perkara biasa. Begitu juga dipejabat V.I.P yang pemikirannya masih dijajah. Islamnya cuma dikulit. Mungkin orang PAS terkejut kerana ada Bar dan katil indah dipejabat V.I.P yang menjadi teman-teman mereka didalam angkatan Perpaduan Ummah"

Buku ini telah ditulis pada tahun 90-an dahulu , penulis tak pasti bagaiman Pak Habib memperoleh foto-foto itu , samada ianya benar atau palsu . Penulis terpanggil untuk menulis artikel ini apabila Ku Li semalam mengulangi kenyataan beliau pada 6 September lepas supaya ahli-ahli politik mengisythiharkan harta-harta mereka . Saranan yang dibuat oleh Ku Li ini tak dinafikan ada baiknya untuk mengelakkan berlaku keculasan dalam pentadbiran di kalangan ahli-ahli politik . Najib dijadikan sasaran atas kapasiti beliau sebagai seorang Perdana Menteri. Walau bagaimanapun, saranan Ku Li ini dilihat agak lambat apabila ianya dibuat setelah beliau tidak lagi menjawat jawatan sebagai menteri atau lain-lain peranan besar dalam GLC. 


Agak menarik sekali apabila Anwar Ibrahim dalam blog beliau juga 'meminjam' artikel berkenaan saranan Ku Li ini untuk dimuatkan. Malangnya Anwar sendiri masih terkebil-kebil dalam mendeklarasikan aset-aset dan harta-harta beliau . Malah, melalui artikel semalam yang dikeluarkan penulis , kita masih ternanti-nanti penjelasan Anwar berkenaan dakwaan urusniaga sebanyak RM16.8 juta dengaan Karpal Singh . Malah kumpulan NGO Jaringan Melayu Malaysia (JMM) mendesak Datuk Seri Anwar Ibrahim bersifat telus dengan menandatangani surat kebenaran bagi membolehkan Bank Negara Malaysia (BNM) mendedahkan maklumat akaun-akaun bank seperti terkandung dalam surat misteri bertajuk Bankleaks Anwar/Karpal.


Mereka desak ahli-ahli politik BN mengisytiharkan harta tetapi mereka sendiri berat melakukannya kecuali bagi pemimpin-pemimpan DAP Pulau Pinang yang melakukannya. Malah Lim Gua Eng sendiri menempelak Menteri Besar dari PKR kerana 'mengelat' dalam soal pengisitharan aset. 


Dari petikan artikel The Malaysian Insider bertarikh 9 July 2013 , 

"Lim berkata, Abdul Khalid mengumumkan semalam bahawa beliau tidak akan mengarahkan Exco kerajaan Selangor untuk mengisytiharkan harta yang diperolehi sebelum dilantik menjadi Exco disebabkan faktor keselamatan peribadi serta keselamatan ahli keluarga mereka sekiranya aset mereka diketahui umum."

Dari petikan artikal Sinar Harian pula bertarikh 10 Ogos 2013 , Pengerusi DAP berkata beliau sedia diaudit hartanya, tetapi hanya apabila kerajaan negeri Pulau Pinang mengeluarkan tarikh audit itu. 

Anwar Ibrahim dalam satu laporan di Malaysiakini bertarikh 10 Ogos 2013 pula berkata , 

"Kita tidak boleh meminta setiap orang untuk mengisytiharkan harta mereka. Saya perlu menasihati Pengerusi DAP Karpal Singh mengikut cara yang sewajarnya dan saluran yang paling tepat ialah membawa isu itu semasa mesyuarat Majlis Pimpinan PR untuk keputusan akhir," 

Daripada beberapa perkara yang dinyatakan di atas , ada beberapa andaian dan persoalan yang boleh ditimbulkan

1. Kenapa Anwar dan Ku Li tidak beria-ia mahu mengisitharkan harta masing-masing semasa mereka masih memegang jawatan berstatus menteri dalam kerajaan ?

2. Kenapa begitu liat sekali pemimpin-pemimpin Pakatan mahu mengistiharkan harta masing-masing, tetapi dalam masa yang sama mendesak pemimpin-pemimpin BN mengistiharkan harta mereka?

3. Ku Li dilucutkan jawatan sebagai menteri kewangan pada tahun 1984 , sekarang tahun 2013 iaitu hampir 29 tahun . Adakah harta yang Ku Li kumpul sebelum beliau dilucutkan jawatan boleh diketahui ? Selepas 29 tanpa ada apa-apa jawatan dalam kerajaan adakah harta yang dikumpul makin bertambah atau berkurang ? Jadi tak hairan lah kalau beliau berani mengistiharkan harta pada waktu sekarang.

4. Harta seseorang sebelum menjadi menteri juga harus dilihat , kalau seseorang itu sememangnya dari keturunan berada sebelum menjadi menteri lagi ia bukan lah sesuatu yang menghairankan , apa yang menimbulkan tanda tanya ialah seorang yang berpendapatan rendah sebelum menjadi menteri tiba-tiba hidup mewah dan mempunyai akaun dalam dan luar negara berjuta ringgit setelah menjadi menteri . Tak cukup dengan itu , ahli keluar beliau juga kena tempias ... (mohon rujuk kes Anwar Ibrahim & family sebelum dan selepas jadi menteri)

Kesimpulannya, sesetengah manusia ni memang hipokrit . Bila mereka berada di puncak kuasa dahulu mereka tak menimbulkan perkara-perkara sebegini , namun bila dah berada jauh dari puncak kuasa , mereka akan mula persoalkan hal-hal yang mereka sendiri pernah sembunyikan dahulu . Jadi jangan pandang sangat orang-orang ini sebagai berintegriti bagus, mereka ni lebih layak di cop sebagai hipokrit . Kalau benar tulus dan ikhlas, patut dari dulu lagi masa tengah berkuasa cadangkan hal-hal macam ni . Bila dah tak ada kuasa mula lah cari jalan untuk jatuhkan orang lain.


P/S :- Betul ke apa yang Pak Habib tulis tu ? Ada set pinggan mangkuk emas ? Bar dalam rumah ? Woww..


0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu