Wednesday, September 25, 2013

Pusat Autisme Kanak-Kanak : Ibu Bapa Anak Austime Hargai Usaha Rosmah

Daripada petikan artikel Rakyatnews, isteri Perdana Menteri , Datin Seri Rosmah Mansor telah memaklumkan bahawa Malaysia bakal mempunyai sebuah pusat autism yang akan dibangunkan di Sentul, Kuala Lumpur. Menurut beliau pusat yang menelan belanja lebih kurang RM 30 juta itu dijangka siap pada tahun 2015 . Perkara itu dinyatakan pada wartawan Malaysia yang mengikuti rombongan lawatan Perdana Menteri di San Fransico, USA  selepas melawat Anova Center for Education, di San Rafael


"Ketibaan beliau disambut oleh pengasas pusat itu Andrew Bailey. Hadir sama ialah Ahli Kongres Jared Huffman.

Dalam lawatan itu Rosmah turut berkongsi pandangan mengenai pendidikan khas untuk pelajar autisme.

Anova Center for Education dibuka pada 2008 dan kini mempunyai tiga sekolah dengan keseluruhan 170 pelajar autisme. Pusat itu menjalankan rawatan secara holistik, merangkumi terapi pertuturan dan pergerakan."  

Klik sini untuk berita penuh

Mungkin pada sesetengah pihak yang tidak mempunyai anak-anak autism akan beranggapan bahawa apa yang cuba di usahakan oleh Rosmah adalah satu pembaziran . Tujuan murni cuba digambarkan seolah-olah sebagai satu cubaan untuk menggelapkan wang rakyat. Malah tuduhan-tuduhan pihak tertentu untuk projek Rosmah sebelum ini iaitu Pusat Permata Negara akhirnya ternyata meleset apabila program yang dikatakan membazir itu telah menjadi model contoh untuk negara-negara lain.


Ramai ibu bapa yang mempunyai anak-anak autisma ini berasa amat gembira dengan perkara yang dihebahkan mengenai pusat autisma negara . Malah mereka juga berharap agak diwujudkan cawangan pusat autisma ini di setiap negeri di Malaysia. Sesetengah daripada mereka melahirkan ucapan penghargaan melalui media sosial kepada Rosmah di atas usaha beliau untuk mewujudkan pusat autisma negara yang pertama. Berikut adalah dua caption yang sempat penulis peroleh hasil daripada tinjauan di google mengenai penubuhan pusat austim negara ini.






0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu