Monday, September 16, 2013

Pertahan Bahasa Melayu, Hak Istimewa Melayu & Kerakyatan Bukan Melayu - Tun Dr. Ismail



Artikel berikut diambil dari seorang rakan blogger mengenai pandang terkehadapan Tun Dr Ismail mengenai senario politik yang berlaku pada hari ini. Senario yang sama seolah olah berulang kembali seperti apa yang berlaku pada pilihanraya tahun 1969. Pelbagai perkara khususnya yang berkaitan kepentingan kaum Melayu dan kesamarataan dipersoalkan. MCA dan MIC pada ketika itu mengalami nasib yang hampir serupa pada hari ini. Dari rakan blogger Megat Panji Alam, beliau mengupas beberapa petikan dalam buku yang ditulis oleh Tun Dr Ismail iaitu The Reluctant Politician.

"Tun Dr Ismail: Kalau dah hidup segan mati tak mahu, baik cerai sajaSelepas kekalahan teruk MCA dalam pilihanraya Mei 1969, Timbalan Perdana Menteri Tun Dr Ismail Abdul Rahman menyatakan pendapatnya:TunDr Ismail :

 “Thus in the 1969 elections the sensitive issues of National Language and Special Rights handicapped the Alliance generally and caused the bloodshed of May 13th. We therefore enshrined the issues in the Constitution as subjects that cannot be raised in any form by the Opposition. Thus the weakness of our partners is protected.

In future the MIC and the MCA cannot turn to Umno and say they face difficulties with these issues because from now on they will not be troubled by such issues. In future we require an agreement on the implementation of policy and less time should be spent explaining to each other the issues already accepted as part of the Alliance policy.

 In the future we should concentrate on the proper implementation of the National Language and the protection of the Special Rights of the Malays and defend the citizenship of the non-Malays.

“These three issues should be the basis of frank and sincere discussion among the three partners of the Alliance in order that we can achieve a respectable victory in the next general elections. 

But if we fall back on the old ways and speak without candour and sincerity and ‘sweep the problems under the carpet’ I think the Alliance will lose even more seats in the next general elections.

 If we do not achieve such an understanding then we may as well dissolve the marriage rather than continue with a relationship where we are all shy to live and afraid to die.”

(Sumber: The Reluctant Politician, terbitan ISEAS Singapore, 2007, mukasurat 237)

RUMUSAN

Tun Dr Ismail adalah seorang pemimpin yang tegas. Bercakap tentang beliau dalam satu wawancara dengan pengarang The Reluctant Politician Ooi Kee Beng, Tengku Razaleigh Hamzah berkata Tun Dr Ismail kalau beliau membuat ketetapan atas sesuatu, doktor itu pastinya sudah mengkaji butir-butir perkara tersebut secara terperinci.

Menyingkap apa yang dikatakan oleh Tun Dr Ismail dalam petikan di atas:“We therefore enshrined the issues in the Constitution as subjects that cannot be raised in any form by the Opposition. Thus the weakness of our partners is protected. In future the MIC and the MCA cannot turn to Umno and say they face difficulties with these issues because from now on they will not be troubled by such issues.”

Beliau merujuk kepada pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan dalam tahun 1971 yang memperkukuhkan kedudukan bahasa kebangsaan dengan menjadikan Perkara 152 sebuah topik di luar perbincangan (bermaksud status bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan tidak boleh dipertikaikan) serentak dengan kedudukan istimewa orang Melayu diletakkan sebagai perkara sensitif yang tidak boleh dibahaskan awam. Seiring itu, hak kerakyatan orang bukan-Melayu juga dijadikan bahan sensitif yang tidak boleh disanggah.

Menurut Tun Dr Ismail, larangan-larangan tersebut – yakni seseorang yang mempertikaikan peruntukan bahasa kebangsaan dan kedudukan istimewa orang Melayu akan dikenakan caj hasutan – telah diwujudkan untuk melindungi kelemahan-kelemahan MCA dan MIC, rakan Perikatan Umno (“Thus the weakness of our partners is protected.”)

Mengikut beliau, status BM sebagai bahasa kebangsaan sudahpun diterimapakai sebagai dasar parti Perikatan (“issues already accepted as part of the Alliance policy”).Tun Dr Ismail juga menganggap bahawa parti Perikatan harus menumpu kepada pelaksanaan penggunaan bahasa kebangsaan bagi masa depan.

Namun kita nampak bahawa sehingga hari ini BM masih lagi belum dimartabatkan dan sebaliknya ia sering pula diperlekehkan oleh kaum-kaum bukan Melayu.Tun Dr Ismail berpendapat parti Perikatan akan kalah lebih banyak lagi kerusi dalam pilihanraya akan datang (1974) sekiranya Umno, MCA dan MIC tidak boleh berjaya mencapai kata sepakat berhubung isu-isu yang disebutkan.

Tambahnya lagi:“Kalau [Umno, MCA, MIC] masih tidak mampu mencapai persefahaman maka ianya lebih baik jika kita bubar sahaja perkahwinan kita daripada diteruskan sebuah ikatan di mana masing-masing hidup segan mati tak mahu.” (“If we do not achieve such an understanding then we may as well dissolve the marriage rather than continue with a relationship where we are all shy to live and afraid to die.”)

MCA masih dibelai Umno pada tahun 1969 meskipun parti Cina itu dihanyut arus anti-Melayu lalu parti Perikatan hilang undi popular dalam pilihanraya umum.MCA tewas banyak kerusi sekali lagi pada tahun 2008, dan terus tersungkur pada 2013.MCA yang sekarang ini hanya tinggal bangkai.

Pembangkang sudah begitu riak sehingga suara J-Star DAP mula menganggap diri sebagai “untouchable“.Tun Dr Ismail pun pernah berkata, kalau sudah tiada persefahaman lagi, baik pasangan Umno-MCA putuskan sahaja ikatan mereka.Berkaitan perkembangan masakini, disyorkan si isteri curang dijatuhkan talak tiga"

kredit pada Megat Panji Alam : http://wwwmegatpanjialam.blogspot.com/2013/09/tun-dr-ismail-kalau-dah-hidup-segan_14.html?m=1

Originally written by Ms Helen Ang

http://helenang.wordpress.com/2013/09/12/tun-dr-ismail-kalau-dah-hidup-segan-mati-tak-mahu-baik-cerai-saja/

0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu