Wednesday, September 25, 2013

PERMATA MULA DISERANG PUAK-PUAK RASIS


Anggota parlimen Kapar , G Manivannan semalam mendesak supaya peruntukan khas kepada Program Permata Negara yang diusahakan oleh isteri Perdana Menteri , Datin Seri Rosmah Mansor dihentikan. Desakan Manivanna ini boleh penulis sifatkan sebagai satu saranan yang berbaur perkauman . Mungkin Manivannan tak mengkaji terlebih dahulu sejarah dan tujuan pembentukan Program Permata Negara itu sebelum membuat saranan itu. G Manivannan seharusnya sedar majoriti kanak-kanak yang berada dalam Program Permata Negara adalah di kalangan mereka yang mempunyai potensi luar biasa untuk dikembangkan dan majoriti daripada mereka adalah dari kalangan kaum Melayu dan Bumiputera.

Dari rakan blogger APA dalam artikel beliau berkaitan dengan PERMATA menyatakan program ini bukan lah sebuah kelas eksklusif untuk anak orang kaya yang pintar, kerana ini lah yang cuba ditanam dalam pemikiran rakyat oleh kumpulan-kumpulan tertentu bagi menjatuhkan kredibiliti PERMATA itu sendiri. Malang sekali ada diantara kumpulan yang menyokong kerajaan sendiri tanpa mengetahui hujung pangkal program itu telah membuat pelbagai persepsi buruk walhal ia adalah satu usaha ikhlas dalam pembangunan pemikiran kanak-kanak di Malaysia yang mempunyai bakat-bakat yang boleh dikembangkan. Secara tak langsung ia adalah salah satu usaha awal mengelakkan apa yang diistilahkan sebagai 'brain drain' di Malaysia.

Ternyata desas desus yang mengatakan program PERMATA negara hanyalah untuk anak-anak elit yang pintar sahaja adalah tidak benar kerana salah satu kritieria 'enrollment' PERMATA ialah gaji bagi penjaga atau ibu bapa anak-anak ini mestilah di bawah RM 1,500 sebulan . Kriteria ini secara tak langsung menunjukkan PERMATA adalah tempat 'latihan' bagi kanak-kanak yang mempunyai bakat-bakat tertentu tetapi tidak dapat mengembangkannya dek kerana kekangan kewangan . Misalnya untuk anak-anak orang kaya mereka masih boleh menghantar anak-anak mereka yang contohnya berbakat dalam bidang musik ke kelas-kelas muzik yang sudah tentunya menelan belanja yang besar.

Bakat yang dimiliki seseorang individu itu tak melihat status individu berkenaan samada kaya atau miskin. Bakat ini mungkin boleh dikembangkan hingga akhirnya boleh memberi keuntungan kepada negara. Pengasas PERMATA, isteri kepada PM melihat potensi sebegini seharusnya tak dibazirkan , terutama di kalangan ibu bapa yang kurang berkemampuan maka inisiatif bagi menubuhkan PERMATA diadakan. Tidak nampak yang dituduh oleh pembangkang bahawa program ini adalah satu pembaziran , malahan terbukti PERMATA mendapat pujian dari luar negara malah konsepnya akan digunapakai di negara-negara lain pula. Maka saranan ahli Parlimen Kapar itu merupakan satu idea yang bodoh atau ada kemungkinan beliau menyalak seperti anjing kerana cemburu dengan keberhasilan PERMATA.

Seorang lagi rakan blogger, Malay Rights berpendapat saranan ahli parlimen Kapar itu bersifat anti Melayu ,dan sifat yang ada pada diri mereka ini akan memastikan apa sahaja bentuk dan gerak kerja dari pihak kerajaan buat Melayu dan Bumiputera akan ditentang dengan pelbagai cara. Permainan sesetengah pihak yang anti Melayu ini cukup halus , dengan pelbagai cubaan supaya orang-orang Melayu sendiri sangsi terhadap penubuhan PERMATA. Akhir sekali penulis blog Malay Right juga menyarankan supaya sekolah Cna dan sekolah Cina ditutup sekiranya mereka mahu PERMATA ini ditamatkan.

Cakap-cakap negatif berkenaan program PERMATA sebenarnya datang dari ahli-ahli politik dan mereka yang banyak berkecimpung dalam politik . Pelbagai persepsi cuba ditimbulkan. Hakikatnya ibu bapa yang luar dari 'circle' politik ini sangat menghargai usaha yang dilakukan ini . Malah dari tinjauan penulis sendiri, ramai sebenarnya yansg mahu menghantar anak-anak mereka menjalani pembelajaran di PERMATA walaupun tidak memenuhi syarat dan kriteria yang ditetapkan . Persoalan mengapa KEMAS di bawah Program PERMATA adalah cubaan mengelirukan ahli parlimen Kapar itu terhadap program ini. Bagi penulis tak salah sekiranya KEMAS diletakkan dibawah seliaan Program PERMATA kerana bakat-bakat yang diserapkan kedalam program PERMATA ada diantaranya diperoleh dari pusat-pusat KEMAS itu sendiri.

2 comments:

Roboh permata roboh sekolah CINA DAN TAMIL

Hapuskan Sekolah Vernakular! Satu Sistem Pendidikan!

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu