Wednesday, September 25, 2013

Pendedahan 'Musuh Dalam Selimut' Orang Melayu

Dari satu artikel yang ditulis portal AIDC , Dr. Bakri Musa ialah seorang pakar bedah rakyat Malaysia yang sekarang menetap di luar negara. Dalam artikel AIDC itu Dr. Bakri Musa pernah hadir dalam satu ceramah Anwar bertajuk  “Democracy and the Muslim World” di Stanford University pada 12 Oktober 2006. Sedikit petikan dari artikel AIDC itu ;


"Dalam pidato tersebut Anwar berkata : “Kita terpaksa menolak anggapan bahawa Muslim dan bukan Muslim yang berusaha menggalakkan ‘demokrasi’ dan ‘kebebasan’ adalah penyokong agenda Amerika Syarikat. Demokrasi adalah nilai yang berharga yang digalakkan oleh Muslim dan juga rakyat Amerika”.

"Dr Bakri Musa yang turut serta mendengar pidato Anwar itu turut mengulas : “Nama saya, Bakri Musa. Saya adalah pakar bedah di sini (California) dan banyak menulis tentang Malaysia. Dia (Anwar) adalah salah seorang daripada pemimpin Islam yang boleh ‘membina jambatan’ di antara Islam dengan Barat. Dia adalah pemimpin yang faham dan selesa dengan Barat. Dan hanya seorang pemimpin Islam, secara spontan bermain di fikiran saya yang hampir sama dengan Anwar Ibrahim adalah Anwar Sadat“.

Dari komen di atas agak jelas dikatakan Dr. Bakri Musa adalah golongan yang berfikiran liberal . Serupa seperti Anwar Ibrahim . Jadi tak hairan mengapa beliau seperti kagum dengan ketokohan yang ada pada Anwar Ibrahim di sebalik skandal-skandal peliknya itu melalui komennya di atas.

"Siapa Bakri Musa ?

Dr Bakri Musa merupakan warganegara Malaysia yang menetap dan bekerja sebagai pakar bedah General Surgery 700 West Sixth Street, Suite S Gilroy, California. Beliau bersama isterinya Karen E. Musa menetap di Morgan Hill. Dr Bakri terlibat aktif dalam penulisan di media berkaitan dengan isu-isu semasa di the Far Eastern Economic Review, Asiaweek, International Herald Tribune, Education Quarterly, SIngapore’s Straits Times, and The New Straits Times. Beliau juga merupakan kolumnis Malaysiakini.com. 

Beliau juga aktif sebagai ‘Paul Harris Fellow, Rotary International, Rotary Club, Morgan Hill’."



Dalam buku beliau yang bertajuk "Liberating the Malay Mind" , Dr. Bakri Musa seoalah-olah memperlekehkan minda orang Melayu yang taksub dengan konsep "Ketuanan Melayu" dan orang Melayu pula diperlekehkan kerana terlalu bergantung kepada "Artikel 153". Orang Melayu dikatakan masih terkongkong dalam pemikiran mengenai hak-hak mereka dalam negara ini.

Penulis berpendapat , orang Melayu seperti Bakri Musa adalah sama spesies dengan orang-orang Melayu dalam PKR dan PAS yang tak kisah untuk bersekongkol dengan DAP dalam merealisasikan konsep Malaysian Malaysian. Hal ini jelas apabila beliau diberikan peranan sebagai kolumnis dalam portal pro-pembangkang Malaysiakini dan artikel beliau juga diambil oleh beberapa orang pemimpin pembangkang antaranya Lim Kit siang yang meletakkan artikel berkenaan dalam blognya.

Antara yang menjadi sasaran Dr. Bakri Musa ialah Tun Mahathir sendiri apabila beliau merendahkan Tun dengan membuat kenyataan berikut ;


“…the man has burdened (and continues to burden) Malaysia with many more ugly legacies… Most of all he has devalued the trust we have in each other, a vital but scarce asset in a plural society.”–Bakri  Musa.

Tak terkecuali dari sasaran ialah Tun Abdullah Badawi dan terkini Najib Tun Razak . Pelik sekali dengan 'attitude' yang ada pada Dr. Bakri Musa ini , 3 orang Perdana Menteri Malaysia yang terakhir dijadikan sasaran beliau dengan keras . Macam semua orang tak betul , hanya aku saja yang betul . Mungkin dengan status beliau sebagai seorang doktor bedah di luar negara , Bakri Musa berlagak dan lantang mengkritik.

Orang seperti Dr. Bakri Musa ialah jenis manusia yang digemari oleh puak-puak chauvanis, mereka tahu dengan pemikiran Melayu liberalnya maka mudah lah bagi mereka untuk mencapai agenda yang diharapkan. Kadang-kadang antara orang Melayu yang tak nampak hakikat ini dan terpengaruh dengan idea-idea yang diutarakan oleh Dr. Bakri Musa ini tanpa mengetahui latar belakang beliau seperti yang penulis nyatakan di atas.

Beliau menulis seolah-olah mahukan satu pembaharuan dan kebaikan untuk orang Melayu tetapi beliau sebenarnya bajingan bertopengkan Melayu yang cuba meruntuhkan institusi kemelayuan itu sendiri . Selama beberapa tahun di luar negara , masih ada kah roh Melayu dalam diri Dr. Bakri Musa ini ? Beliau sebenarnya berada dalam satu liga dengan beberapa orang yang meremehkan institusi kemelayuan seperti Zaid Ibrahim dan Aziz Bari walhal mereka ini lah yang dulunya puas menikmati hasil itu hingga meletakkan dimana mereka sekarang. 

Kalau kita sebagai orang-orang Melayu bersedia menerima ajaran liberalism yang dianuti Anwar Ibrahim itu (menurut pendapat Timbalan Murshidul Am. PAS , Dato Haron Din), mungkin kita boleh terima saja pandangan-pandangan yang dilemparkan oleh Dr. Bakri Musa ini dalam penulisan-penulisan beliau.Kalau tidak , elok lah pembaca-pembaca yang masih ada jiwa sayangkan bangsa Melayu berkongsi artikel ini kepada rakan-rakan yang lain sebelum dakyah Dr. Bakri Musa secara halus tertanam dalam minda bangsa kita.


9 comments:

Makluk ni dah hilang jati diri Melayu dan tak pernah nak tahu kesusahan Melayu kerana sudah terlalu mewah dengan dunia Amerika dan bini Amerikanya. Tak perlu nak layan mamat poyo ni. Pakar bedah boleh belah.

setuju. orang macam Dr. bakri Musa, Zaid Ibrahim, Aziz Bari antara orang melayu yang ada kecerdikan intelektual sedikit dari hasil tunjang perjuangan Melayu dahulu tetapi kini sudah tak mampu berfikir secara halus tentang ancaman terhadap bangsa asal mereka sendiri dik kerana telah terlampu maju berjaya dan selesa dengan kehidupan mereka kini. Tahukah mereka bagi kami yang hanya berpendidikan sederhana tetapi telah melalui susur galur kehidupan akar umbi ini tak pandangpun orang macam mereka ini kerana jiwa mereka tandus sebenarnnya. Kejayaan mereka serta kekayaan yg mereka ada tak memberi manafaat pada kami pun.

GO TO HELL WITH HIS OPINION AND IDEAS.
HIDUP UMNO DAN HIDUP MELAYU.
ORANG ISLAM TAK TERIMA LIBERALISMA DAN PLURALISMA.
MALAYSIA DON'T NEED YOU.

Dah sahlah Melayu sorang ni sesat dengan pandangan liberalnya di asuh oleh barat ...US. Kita lebih rela orang macam ini tidak mengaku dirinya Melayu dan keluar dari jenama kita yang amat istimewa dan bertuah ini. oleh yang demikian kita harap biar dia mati dibarat sebagai munafik anti Melayu.

Cabar lah dia balik ke Malaysia jadi PM dan agak-agaknya kalau Tun jadi pakar bedah siapa pula yg lebih handal?.Macammna Musa tu boleh jadi doktor,di bersekolah di maa dulu dan study dgn perbelanjaan sendiri ke?.Ibubapak dia org kaya ke kalau perbelanjaan sendiri dan bagaiman pula ibubapa dia boleh kaya?.

Someone who lives in USA?He forgets that the Red Indians are still fighting for their lands' rights with no avail.The rest of the Americans like him are just newbies to this land.If article 153 in Malaysia is abolished or withdrawn the Malays will eventually become like the Red Indians.

Assalamualaikum...
pakar bedah yew..gamak brapa banyak duit yg dia bank in kat mak ayah dia.....

alam..Mungkin dia asal Malaysia dan melayu..cuba kita check kerakyatan dia..sebab media2 masa kita suka mengagung agung kan..tagline meraka..rakyat Melaysia berjaya di luar negara..padahal..mereka bukan lagi warganegara malaysia..kita patut kaji pekara tersebut..di mana media2 masa kita terlepas pandang..patutkah kita..menamakan orang2 ini rakyat Melaysia..!!

Orang2 Melayu macam ni spesis sama dengan babi sebab tiada jiwa Melayu.

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu