Monday, September 30, 2013

Pemilihan CEC DAP : Liew Chin Tong yang berusia 36 tahun 'Cantas' Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng


Berikut adalah komen daripada Lim Guan Eng apabila ditanya wartawan mengenai keputusan CEC DAP yang dikeluarkan semalam .

"Saya berpuas hati. Jumlah undi (saya) berkurangan mungkin kerana jumlah perwakilan yang datang mengundi juga kurang," katanya. (sumber Malaysiakini)

Petikan dari portal Free Malaysia Today , sejumlah 1,823 perwakilan mengundi untuk pemilihan CEC yang dibuat pada 15 December 2012 . (sumber FMT)


Dari petikan portal The Edge Malaysia pula , sejumlah 1,725 perwakilan yang datang mengundi untuk CEC 2013 . 


Benar kata Lim Guan Eng, perwakilan yang datang mengundi berkurang kali ini  . Jumlah perwakilan yang kurang ialah sebanyak 98 orang sahaja . Untuk mengesahkan dakwaan Guan Eng bahawa jumlah undi beliau berkurang disebabkan kurang perwakilan yang datang mengundi , kita lihat jadual di bawah ini .


Pengurangan undi yang paling banyak berbanding pemilihan CEC yang lepas ialah Lim Guan Eng iaitu kurang sebanyak 272 undi . Kata kan 98 orang perwakilan yang tak datang tadi mengundi Lim Guan , jumlah kekurangan undi yang Lim Guan Eng dapat berbanding CEC yang lepas ialah kurang 174 . Masih lagi yang paling rendah . Rujuk graf di bawah ;


Jelas sekali keputusan pemilihan CEC kali ini menunjukkan perwakilan yang datang mengundi secara terang-terangan menolak Dinasti Lim untuk terus berkuasa . Perlu diingatkan dari pendedahan blog thedapinsider , perwakilan yang dipilih adalah dari kalangan yang di kenalpasti pro-Dinasti Lim .

"Apabila senarai perwakilan sampai ke tangan Lim Guan Eng, beliau dan bapanya akan membuat semakan terlebih dahulu untuk mengenal pasti perwakilan-perwakilan yang pro mereka dan yang pasti akan memberi undi kepada mereka." - sumber

Agak mengejutkan pemilihan pada kali ini , sekiranya wujud manipulasi seperti yang didedahkan Dinasti Lim dilihat tersungkur . Tersungkur dalam erti kata jumlah pengurangan undi yang paling tinggi , walaupun kedua-duanya masih berada di kalangan top-5 yang menerima undi yang banyak. Daripada graf di atas , 3 daripada 5 individu yang dilabelkan team kepada Dinasti Lim mengalami kemerosotan undi , dua daripada mereka mendapat pertambahan undi .

Kumpulan yang dikatakan 'Harimau' dalam DAP pula menunjukkan 3 daripada mereka mendapat peningkatan undi dan 2 pula mengalami kemerosotan undi iaitu Ngeh dan Nga. Individu yang mendapat bilangan undi paling tinggi dan juga penambahan paling tinggi ialah Liew Ching Tong . Beliau merupakan bekas ahli DUN Bukit Bendera, juga merupakan pemimpin muda dalam DAP (berusia 36 tahun). Pada pemilihan CEC kotroversi tahun lepas beliau hanya memperoleh 984 undi berbanding 1,438 undi kali ini. 

Kebanyakkan perwakilan DAP dilihat memberi kepercayaan kepada pemimpin muda DAP ini dan mulai menolak pemimpin lama seperti Lim Kit Siang yang dilihat lebih mementingkan kroni-kroni beliau sendiri. Daripada apa yang didedahkan oleh penulis blog thedapinsider, selepas pemilihan CEC akan diadakan satu mesyuarat CEC yang pertama hasil daripada wakil2 yang baru dipilih. Walaupun status pemilihan baru ini adalah status QUO namun rasanya proses mesyuarat pertama ini perlu juga dibuat. 

Disini mungkin akan wujud lagi 'permainan' oleh Dinasti Lim supaya Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng dikekalkan jawatan mereka . Ada 20 orang ahli CEC yang dipilih , sekiranya dilihat melalui undi yang diperoleh Lim Guan Eng , beliau sepatutnya tidak lagi layak mengekalkan jawatannya dalam CEC namun undi ahli-ahli CEC yang baru dipilih ini akan memainkan peranan . 

Calon yang sepatutnya paling layak menggantikan Lim Guan Eng ialah Liew Ching Tong yang mendapat lebih banyak undi dari Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng. Mungkinkah sekarang Lim Guan Eng dan kroni-kroni mereka sibuk 'berkempen' untuk penentuan jawatan dalam CEC itu sendiri ? Sekiranya Lim Guan Eng masih dipilih oleh ahli-ahli CEC berbanding Liew Ching Tong , beerti suara majoriti daripada perwakilan DAP tidak diendahkan. 

1 comments:

DAP ini parti semut jer.. pun mau buat liputan rencana yg begitu detail? bangsat btul la.... boleh buat rencana umno pimpinan mukriz?

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu