Thursday, September 26, 2013

Masih Menunggu Respon Anwar Berkenaan Dakwaan Urusniaga RM16.8 Juta ..

emimpin Pakatan baru-baru ini sibuk mempersoalkan kos sambutan raya rumah PM, kononnya atas dasar ketelusan. Soalan tu walau bagaimanapun dijelaskan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Apa nak hairan dengan kes sambutan raya untuk 80,000 tetamu tu berbanding kos yang digunakan oleh Anwar untuk 'berurusan' dengan Karpal Singh.

Sebelum ini bekas calon BN di Parlimen Permatang Pauh, Dr. Mazlan Ibrahim pernah mendedahkan bahawa terdapat 6,000 surat misteri bertajuk Bankleaks Anwar/Karpal yang menceritakan ‘urus niaga’ bernilai puluhan juta antara Anwar dengan Pengerusi DAP, Karpal Singh. (sumber : http://www.anwaraidc.com/?p=38799).

Baru-baru ini pula Jaringan Melayu Malaysia (JMM) mendesak Datuk Seri Anwar Ibrahim bersifat telus dengan menandatangani surat kebenaran bagi membolehkan Bank Negara Malaysia (BNM) mendedahkan maklumat akaun-akaun bank seperti terkandung dalam surat misteri bertajuk Bankleaks Anwar/Karpal.

AIDC dalam laman web mereka telah mendedahkan beberapa dokumen berkenaan 'urus niaga' Anwar - Karpal Singh. Di dalam dokumen itu disebut nama penama penting – C.K.Yuen dan Idris – dua individu yang didakwa berurusan dengan Karpal Singh.

Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa dalam dokumen itu membuat pembayaran kepada Karpal Singh melalui 6 bank iaitu United Overseas Bank (KL), Bank of China (KL), Development Bank of Singapore, Standard Chartered (KL), Citibank (KL) dan HSBC (KL). Berikut adalah kandungan dokumen seperti yang terpapar dalam artikel AIDC.


Adakah maklumat yang diberikan itu benar?? Dari mana Anwar memperoleh wang sebanyak itu? Kalau dijumlahkan semua ia mencecah kepada lebih RM16.8 juta! Di harap Anwar respond kepada permintaan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) untuk membersihkan nama beliau dengan membenarkan Bank Negara mendedahkan maklumat akaun seperti yang didakwa


















0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu