Monday, September 2, 2013

Lepas kenaikan surcaj air Penang 100% , Minyak pula naik 10%

Harga minyak naik ? Sakit hati ? Frust ? Dan macam-macam lagi perasaan yang bercampur-baur ? Tak dinafikan...memang lah semua tu ada, sama macam apa yang penduduk Penang rasa baru-baru ni bila Lim Guan Eng naikkan surcaj air 100% .

Tapi dalam masa yang sama, mereka yang layak terima BR1M dikatakan akan dapat bantuan yang lebih berbanding jumlah yang diterima sebelum ini. Jadi pengumuman PM tentang kenaikkan harga minyak ada pro dan kontranya.

Kali terakhir minyak dinaikkan ialah pada penghujung tahun 2008, jadi lebih kurang 4 tahun setengah rakyat Malaysia menikmati harga minyak RM1.90 seliter selama 4 tahun setengah walaupun dalam tempoh tu harga minyak dunia adakalanya naik mendadak.

Sebenarnya, kenaikkan harga minyak ni boleh dijangkakan kalau melihat kepada trend peningkatan harga minyak sedunia. Maka bila harga minyak dinaikkan kerajaan maka timbullah macam2 persepsi terutama dari yang di sebelah sana, tak kurang juga dari mereka yang menyokong kerajaan.

Ramai yang bimbang bila harga minyak naik, maka macam2 harga lagi akan naik. Tapi bila minyak turun, harga yang dinaikkan tadi tak pula turun. Oleh yang demikian diharapkan kerajaan perlu ada mekanisma untuk mengawal kenaikkan-kenaikkan yang lain.

Kita faham kenaikkan harga pasti berlaku apabila permintaan melebihi bekalan yang ada. Itu adalah teori ekonomi yang asas. Jumlah kenderaan pada tahun 2008 bukannya makin sedikit tetapi makin bertambah. Apabila kenderaan makin bertambah, permintaan terhadap bahan bakar kenderaan juga bertambah.

Bila dibangkitkan soal "supply-demand" ni , maka akan ada pula yang akan mempersoalkan status Malaysia sebagai negara pengeluar minyak . Soalnya sekarang adakah "argument" Malaysia sebagai negara pengeluar minyak boleh diguna pakai apabila negara ini menjadi "crude oil nett importer" dan bukan lagi "nett exporter". Maksudnya minyak yang kita eksport kurang dari minyak yang kita import.

Timbul pula cerita kenapa minyak yang kita "export" tu tak diguna pada rakyat negara ini saja ? Mungkin ramai yang tak tahu atau terlupa minyak di Malaysia adalah dari jenis bermutu, atau orang dalam industri panggil "sweet crude" , bila bermutu ia diguna dalam industri-industri tertentu dan bukan untuk jadi bahan bakar kenderaan darat.

Yang jadi bahan bakar kenderaan darat ialah dari jenis "sour crude" , yang jenis ini lah kita import, yang kita eksport ke luar ialah jenis "sweet crude". Apa jadah rakyat Malaysia naik kereta isi minyak dari jenis "sweet crude" sedangkan ia boleh dijual ke luar dan bagi pendapatan lebih pada negara. Senang cerita macam ni la..kita bawak kereta kancil tapi isi minyak yang kelasnya untuk F1 punya perlumbaan.

Gua pun sedih minyak naik harga, tapi itu lah ada pro dan kontra. Kita lihat kenaikkan ni berlaku pun akibat kenaikan di seluruh dunia. Malaysia terikat dengan harga minyak dari negara2 yang kita import minyak jenis "sour crude" dari mereka. Pilih Pakatan yang janji boleh turun harga minyak? Come on lah...Guan Eng sebelum ni pun dah janji harga air kat Penang takkan naik, last-last lepas secure Penang, naik jugak..
Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

5 comments:

Salam, blog tuan mmenarik untuk perkongsian..mohon link http://orangkampungcyber.blogspot.com/ dalam bloglist tuan..terima kasih..blogger n9

Awk belajar ekonomi bdg apa ya?? Jom join sya smbung phd..agak mnrik penilaian anda.. mnyak agak sukar utk dikawal mmndgkan pngkatan sgt tggi skrg n.. x hairanla hrga mnyak naik bertubi-tubi di seluruh dunia.. tp yg mghairankan sy skrg knp hny ron95 dan diesel yg naik? X pula kpda ron97.. bagi sy isu air penang adlah dsbabkan keborosan mb kedah yg baru tu.. sbelum ni baik sja.. lps dia naik jd mb ada ja x puas hati dgn penang.. anda brckp seolah-olah anda ni org kanan kerajaan ngeri.. sy x mngutuk anda.. tp hakikatnya anda prlu blajar lg.. maafkan sya.. dr mppp

ohh PhD .... keh keh keh , rebuttal PhD student macam tu ka ?? Where's your facts and figure ? And what about ur analysis to justify ur point ? By the way i'm trained as an engineer not economist, therefore my analysis might be different from economist , but i'll definitely won't have any problem to understand your 'economic ' xplaination :) , seriously i'm eager to know ur point of view but of course lah with data bukan pakai air liur je... anyway this is my previous article for you to review, u might have points to rebut on this article as well ??

http://bidaman.blogspot.com/2012/04/tiada-sumber-minyak-tetapi-masih.html

Terima kasih MegaBidaman hamba pun tumpang belajar.
Anonimus Yang mengaku pelajar PhD tu pun eloklah belajar sama. Muga muga dapat kita semua hormat sikit.
Inshaallah.

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu