Thursday, September 12, 2013

Komen di The Malaysian Insider : Najib pertahan Bank Negara pendek tempoh pinjaman, tegas rakyat perlu urus kewangan ikut kemampuan

Dari petikan The Malaysian Insider ;

"Najib (gambar) yang juga menteri kewangan, semasa berucap di Forum Alliance for Financial Inclusion (AFI) kali kelima di ibu kota, berkata misi kerajaan adalah bagi memastikan kefahaman kepada rakyat dalam melibatkan pengurusan kewangan.

"Misi kami adalah untuk melengkapkan semua rakyat Malaysia dengan kefahaman asas dalam pengurusan kewangan.

"Memberi mereka faham dan peluang untuk mengukuhkan kedudukan kewangan mereka," kata Najib.

Perdana Menteri juga berkata langkah tersebut juga bagi memastikan rakyat menguruskan kewangan berdasarkan kemampuan mereka dan tidak berlebihan.

"Hal ini kerana sesetengah orang hidup lebih daripada kemampuan mereka," kata Najib lagi."

Penulis berpendapat apa yang diperkatakan oleh Najib itu ada benarnya. Rakyat perlu urus kewangan ikut kemampuan sendiri . Kalau gaji RM1,500 tapi berlagak dengan kereta2 model terkini apa cerita ? Takkan lah kerajaan nak tunjuk pada setiap rakyat bagaimana nak uruskan kewangan ? Ni cerita betul , memang ada di kalangan rakyat berpendapatan sederhana tapi berhutang sana sini untuk gaya hidup yang terlebey suda . Memanglah semua orang nak kaya tapi biarlah kaya dulu . Bila hutang isi rumah dalam negara meningkat, sebenarnya ia boleh beri kesan pada ekonomi negara . Masa tu bila Malaysia tersenarai antara negara yang mempunyai hutang yang tinggi maka melalak-lalak pula menyalahkan kerajaan kerana tak reti menguruskan ekonomi . Hutang isi rumah juga sebenarnya salah satu penyumbang kepada jumlah hutang negara yang tinggi . Oleh itu, renung-renungkan lah perbelanjaan sendiri.

Berikut adalah beberapa artikel yang ditulis oleh penulis pendapat mengenai hutang negara .

http://bidaman.blogspot.com/2010/10/hutang-kerajaan-pusat-rm3625-billion.html
http://bidaman.blogspot.com/2012/06/negara-berkebajikan-cyprus-pulak-dalam.html
http://bidaman.blogspot.com/2012/06/beza-hutang-kerajaan-dan-hutang-negara.html

Post by Megabidaman.

0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu