Saturday, September 28, 2013

Komen di Malaysiakini : Khairy: 'Saya rasa kamu datang ke forum yang salah'



Tahniah KJ, jangan di layan sangat soalan-soalan provokasi dari wartawan Malaysiakini. Entah la apa yang ditakutkan sangat dengan Akta Pencegahan Jenayah , bukan kah selama ini pemimpin-pemimpin Pakatan dan penyokong-penyokong mereka mempersoalkan tahap keselamatan di Malaysia ? Setelah kerajaan buat sesuatu untuk penambah baikan mereka 'complain' pulak ?

Bukan kah mereka kerap kali guna tagline 'Malaysia sebuah negara yang selamat' untuk menyindir kerajaan bila saja ada kejadian jenayah berlaku ? Secara peribadi aku menyokong penahanan tanpa bicara ini diadakan semula , banyak penjenayah-penjenayah makin besar kepala apabila mereka sering kali dibela oleh 'pembela-pembela samseng' yang berselindung di bawah nama Bar Council . Aku harap perkara ini dijalankan dengan segera .

Jangan bagi muka lagi dan tak perlu layan permintaan-permintaan dari pemimpin-pemimpin Pakatan ? Kerajaan ni kerajaan Barisan Nasional , dan rakyat yang memenangkan kerajaan Barisan Nasional mahu penahanan tanpa bicara diadakan semula . Kalau tak buat salah kenapa perlu takut ? Singapore, USA dan Britian sendiri dah ada undang-undang yang serupa , kenapa pula kita perlu berundur setapak ke belakang hanya semata-mata nak melayani kerenah pihak yang kalah dalam pilihanraya ?



1 comments:

bangkang..bangkang...bangkang. itu jelah kerja pembangkang. senangkan?

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu