Thursday, September 12, 2013

Komen di Malaysiakini : Isu babak kencing: DAP saman Puad, Utusan


Dek kerana sensitif dengan babak kencing di bendera, hari ini Lim Guan Eng mengemukakan saman terhadap Puad Zarkashir . Tak kisah lah apa saja kenyataan yang dikeluarkan oleh Puad dalam akhbar Utusan Malaysia , samada benar atau tidak babak dalam kencing dalam filem Tanda Putera tidak menamakan mana-mana pemimpin parti politik DAP , dalam gambar 'caption' Malaysiakini pun hanya tunjukkan subtitle "Some chinese guys urinated on my flag!" . Tak ada pun disebut perkataan Lim Kit Siang di situ . Jadi kenyataan yang dibuat oleh Puad adalah bersifat peribadi, maklum lah Lim Kit Siang mungkin berani menafikan kerana mungkin tiada lagi saksi yang hidup semasa kejadian itu berlaku atau mungkin beliau benar2 tidak melakukan perkara itu . Tetapi apa yang pasti Lim Kit Siang merupakan salah seorang pemimpin DAP pada ketika itu . Kekecohan yang berlaku di KL di mana DAP tumpang sekaki bawa penyapu besar dan memprovokasi orang2 Melayu di sekitar Kuala Lumpur tentulah diketahui oleh pemimpin2 DAP pada ketika itu . Kalau benar mereka hormat dan tak nak cetuskan provokasi kenapa tidak saja minta penyapu besar itu dibuang ? Dari dulu sampai sekarang memang hipokrit dan berpura-pura baik. Kena hati-hati perangai manusia macam ni , depan mulut manis ..belakang dia tikam habis .



0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu