Saturday, September 21, 2013

Hadi Awang buka jalan dialong UMNO-PAS lagi , DAP & Nik Aziz Tak Senang Duduk?

Dalam kehangatan berita pemilihan UMNO, cerita pasal dialog PAS-UMNO timbul menyelit. Cerita ini timbul bila Presiden PAS Haji Abdul Awang membuat kenyataan berkenaan hari ini seperti yang dilaporkan portal media Antarapos.

Hadi dalam kenyataan beliau berkata dialog antara PAS-UMNO boleh dilakukan tanpa kehadiran parti-parti komponen Pakatan yang lain, hanya PAS dan UMNO demi kepentingan Melayu dan Islam.

Kenyataan yang dibuat oleh Hadi itu tentu sekali meresahkan rakan-rakan Pakatan yang lain terutama dari DAP. PKR dan DAP sedar kekuatan Pakatan adalah disebabkan oleh PAS yang menjadi tulang belakang pembangkang. Sekiranya PAS meletakkan diri mereka bersama-sama BN, tak mustahil kedudukan Pakatan akan goyah.

Baru-baru ini juga penulis diberitahu ramai di kalangan ahli PAS tidak berasa senang dengan kerjasama PAS - DAP - PKR kerana seolah-olah diperguna. Malangnya, apa yang mereka kesalkan ialah sikap ego segelintir pemimpin PAS yang dilihat terlalu mengikut telunjuk DAP dan PKR.

Baru-baru ini, salah seorang pemimpin PAS secara terbuka telah menyatakan supaya kerjasama PAS-DAP-PKR perlu dikaji semula. Kenyataan beliau walau bagaimanapun dibidas NIk Aziz .

Inilah jadinya bila seseorang pemimpin itu diberi kuasa veto dalam sesebuah parti. Nik Aziz dalam PAS , Lim Kit dalam DAP dan Anwar - PKR. Ketiga-tiga mereka bukanlah presiden parti tetapi mereka seolah olah dilihat mempunyai kuasa mutlak.

Berbeza dengan UMNO, siapa yang dipilih oleh ahli dia lah yang menjadi ketua dan membuat keputusan. Itupun setelah bermesyuarat dengan majlis tertinggi. Dalam kes perpaduan PAS-UMNO , si kuku besi dalam PAS, Nik Aziz yang sebenarnya jadi penghalang.

Namun, Presiden PAS, Hadi Awang hari ni seperti membuka sedikit harapan dalam agenda mempertahankan agama dan bangsa melalui kerjasama antara kedua-dua parti tunggal yang memiliki bilangan ahli Melayu dan bumiputera terbesar negara ini.
Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

3 comments:

Xyah join klua aje dari DAPKR..

tak payah
pegi jahanam dengan pas

Pemimpin PAS memang bijak kalau nak menghina UMNO. Bila UMNO cakap yes je mereka akan kata macam2 pada UMNO. Baik jauhkan diri dari org2 yang merasai diri mereka "ulamak" ni. Cakap tak boleh pakai punya. Kadang2 kita kesurau atau masjid nak dengar pengajian ugama, rupanya ceramah PAS kutuk UMNO yang dapat. Ustaznya ambil pengajian Hafalan AlQuran tapi ceramah tentang cara mentadbir negara ... pelik kan.

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu