Thursday, September 26, 2013

Azmin Ali sindir , Khalid Samad bidas kenyataan MB Selangor Khalid Ibrahim mengenai isu #Masjid&Bolasepak

Pada PRU-13, PAS memenangi 15 kerusi DUN ,. DAP juga 15 dan PKR 14 kerusi . Tetapi yang dilantik menjadi Menteri Besar adalah dari parti yang memenangi paling kurang kerusi DUN diantara tiga pakatan itu, iaitu PKR . Kalau ikut logiknya, PKR atau secara khususnya Khalid Ibrahim harus tahu malu dengan PAS kerana bertolak ansur memberikan laluan kepada beliau untuk terus memegang jawatan Menteri Besar. Cuma apa yang berlaku sekarang, Khalid Ibrahim sekarang seolah-olah lupa dengan tolak ansur PAS itu apabila baru-baru ini menyindir Dewan Pemuda PAS Selangor dengan memberi pilihan dana untuk masjid atau bola .


Kisahnya sebelum ini Dewan Pemuda PAS Selangor, mengkritik MBI (Menteri Besar Inc) supaya memberi peruntukan yansg lebih untuk pembangunan sukan bolasepak di negeri itu dek kerana bimbang beberapa pemain bertaraf bintang di negeri itu akan dipancing kelab dan negeri-negeri lain. Khalid Ibrahim kemudian membidas desakan Dewan Pemuda PAS Selangor itu dengan mengatakan peruntukan untuk bola sepak setiap tahun di Selangor melebihi kos pembinaan sebuah masjid .


Jawapan Khalid Ibrahim seolah-olah memperlekehkan peranan PAS dalam pentadbiran negeri itu , kononnya PAS hanya perlu ambil tahu soal-soal keagamaan maka dengan sebab itu lah jawapan MB kepada desakan Dewan Pemuda PAS Selangor itu menggunakan masjid sebagai contoh. Adakah Khalid Ibrahim cuba melabelkan kepimpinan parti PAS hanya perlu ambil tahu soal-soal agama Islam di negeri itu dan tidak masuk campur dari segi pembangunan sukan , ekonomi dan lain-lain hal yang berkaitan pembangunan negeri ?

Malah kalau di lihat sejarah , soal-soal berkaitan agama Islam sendiri pun cuba di kawal oleh PKR dan DAP dalam kepimpinan pentadbiran negeri itu . Mana tidaknya, apabila keluar larangan menjual minuman keras pada satu ketika dulu oleh bekas Exco PAS, Hassaan Ali , puak chauvanist bangsat dalam DAP mencelah , dan PKR yang kepalanya beragama Islam tak pula menghalang . Malah apabila serbuan dibuat oleh JAIS terhadap sebuah gereja yang disyaki menjalankan kegiatan memurtadkan orang Melayu, exco PAS berkenaan pula disalahkan !

Berbalik kepada isu bola dan masjid, jawapan yang diberikan oleh Menteri Besar Selangor itu walau bagaimanapun mendapat kritikan pedas dari Azmin Ali , salah sorang pemimpin besar dalam PKR. Azmin dalam 'tweet' beliau seolah-seolah menyindir Khalid dengan mengajak rakyat bermain bolasepak tetapi pada masa yang sama turut mengimarahkan masjid.

"Jom kita bermain bola sepak dan kemudian jangan lupa ke masjid. #Masjid&Bolasepak

"Umat Islam punya tanggungjawab untuk imarahkan masjid. Bersama merealisasikan usaha murni ini. #Masjid&Bolasepak," kata Azmin dalam Twitternya semalam.


Selain Azmin , seorang lagi pemimpin Pakatan iaitu Khalid Samad turut menyatakan perkara yang hampir serupa . Dalam satu kiriman SMS kepada portal Malaysiakini , kenyataan beliau adalah seperti berikut.

"Adakah dimaksudkan bahawa kewangan Selangor sudah terlalu terhad sehingga tak mampu buat kedua-duanya serentak?

"Kiranya begitu, bagaimana pada tahun sebelumnya, kenapa pula mampu? Kedua-dua dilihat penting bagi PAS dan kedua-duanya perlu dipertahankan,"

0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu