Friday, September 13, 2013

Ancaman Bunuh Lim Guan Eng didalangi 'Orang Dalam' ? - Pengarah Strategik DAP


Dari portal online Sinar Harian , Pengarah Strategik DAP telah membuka satu rahsia bahawa insiden ugutan bunuh terhadap Lim Guan Eng itu sebenarnya kerja "orang dalam" . Dari petikan Sinar Harian .

"Pengarah Strategi DAP, Dr Ong Kian Ming mendakwa ugutan bunuh terhadap Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng semalam didalangi oleh “orang dalam” parti itu yang dipercayai mempunyai motif dendam dan rasa tidak puas hati berhubung beberapa perkara sejak PRU13. Enggan menamakan pihak terbabit, Kian Ming mendakwa terdapat segelintir “orang kecewa” dalam parti yang tidak dicalonkan pada PRU13 lalu dan tidak diberikan jawatan dalam parti, dipercayai terbabit mendalangi pelbagai usaha mensabotaj parti dan pucuk pimpinan sejak akhir-akhir ini."

Kenyataan yang dibuat oleh Ong Kian Ming sekaligus mematikan tuduhan-tuduhan para pecacai PR yang ugutan bunuh ni datang daripada penyokong UMNO . Kalau dilihat dalam komen-komen di Malaysiakini , bukan main gah lagi mereka menuduh sewenang-wenangnya . Malah seorang pengomen tegar pro-Pakatan dalam Malaysiakini menulis kenyataan berikut ;

"Nak bunuh LGE , TGNA dan DSAI... langkah mayat rakyat dulu...setitik darah pemimpin PR gugur kebumi..amukan gempita bakal ....terjadi.. peringatan pada lembu lembu UMNO diluar sana....."

Penulis nampak statement yang dibuat oleh cybertrooper PR ni amat bongkak sekali dan dia ingat dia punya amukan saja ? Sebenarnya bukan saja LGE yang pernah diugut bunuh malah di sebelah pihak yang bersama-sama kerajaan juga pernah mendapat ancaman yang serupa. Sebenarnya ancaman bunuh ni pun pernah diterima oleh pemimpin-pemimpin UMNO dan Barisan Nasional , bukan setakat ancaman malah ada juga tindakan secara fizikal telah dilakukan .

Ustaz Fathul Bari umpanya pun pernah kena ancaman bunuh , Ng Lum Yong iaitu bekas pengasas PKR yang mendedahkan kejijikan dalam PKR pun terima ancaman bunuh . Jadi ini peringatan untuk lembu2 PR di sana ... jangan tuduh sebarangan sebab orang UMNO dan BN pun terima ancaman bunuh . Kami rakyat Malaysia juga bertekad jika sesuatu berlaku pada PM atau mana2 pemimpin UMNO elok lah lembu2 PR berjaga-jaga..jangan fikir korang punya amuk ja , orang lain punya amuk hang tak pikir..

Nah dengan kenyataan Ong Kian Ming itu telah menjawab persoalan yang bermain di benak fikiran kotor penyokong-penyokong Guan Eng. Patut lah Guan Eng pada mulanya keberatan untuk membuat laporan polis kerana beliau tahu yang membuat ugutan itu adalah dari kalangan parti mereka sendiri . Kalau dibuat laporan polis maka kes akan jadi lebih besar dan macam-macam lagi akan terbongkar. Namun difahamkan beliau telah membuat laporan polis selepas itu , sama2 kita tunggu siasatan..

0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu