Tuesday, August 13, 2013

Tikam , Tembak dan Bom dalam Sehari

Hanya dalam tempoh sehari berlaku 3 kes tikam, tembak dan bom yang disiarkan dalam media. Trend jenayah seperti ini dilihat semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan . Beberapa pendapat mengatakan pembebasan penjenayah tegar disebabkan pemansuhan Emergency Ordinan (EO) ini dipercayai punca penjenayah-penjenayah ini menjadi semakin ligat .


Pemansuhan EO juga dipercayai menjadi 'pemangkin' kegiatan-kegiatan jenayah ganas . Senjata api seperti terlalu mudah untuk diperoleh untuk penjenayah-penjenayah ini melakukan kegiatan mereka . Adalah diharapkan satu akta baru digubal bagi menggantikan EO , malah undang-undang ini perlu lebih tegas bagi membendung perkara ini.

Antara kes yang dilaporkan di media hari ini ialah seorang pegawai bank yang dilempar bomb setelah kenderaannya dilanggar. Walau bagaimanapun, polis berjaya menahan seorang suspek , kejadian dilaporkan berlaku di Pulau Pinang. Petikan dari artikel Utusan Malaysia

"Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes kereta seorang pegawai bank dilanggar dan dilempar bom dipercayai buatan sendiri di Love Lane semalam.

Suspek berusia 38 tahun ditahan di Alor Setar, Kedah kira-kira pukul 4.10 pagi ini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, suspek yang disoal siasat mengaku melanggar dan melemparkan bahan letupan itu berikutan tidak puas hati dengan cara pemanduan mangsa."

Hanya kerana tidak berpuas hati dengan cara pemanduan bom dilempar ? Selain itu seorang wanita nyaris maut apabila kenderaannya ditembak apabila beliau memecut melarikan diri dari penjenyah yang dipercayai cuba merompak , kejadian berlaku di Kuatan . Dari petikan artikel Bernama ;

"Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohd Jasmani Yusoff berkata dalam kejadian 4 pagi, Ruzelawati Basri, 35, ibu tunggal empat anak, baru sahaja keluar dari rumahnya di Taman Mirama di sini secara berseorangan memandu sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Alphard.

Katanya selepas mengisi minyak di sebuah stesen, mangsa memberhentikan kenderaannya di hadapan sebuah restoran di Jalan Haji Ahmad dan membuat panggilan telefon kepada bekas suaminya di Putrajaya sebelum didatangi sebuah kereta berwarna biru gelap dan seorang lelaki kemudian keluar dari kenderaan itu.

Beliau berkata menurut mangsa, lelaki tersebut memegang sepucuk pistol dan mengetuk cermin kereta dan mengarahkannya membuka pintu serta keluar dari keretanya."

Satu lagi kejadian yang berlaku di Pantai Timur ialah apabila seorang peniaga nasi kukus ditikam mati. Kejadian berlaku di Dungun . Kejadian dipercayai berlaku apabila mangsa dalam perjalanan untuk memasukkan wang ke dalam bank. Dari petikan artikel Rakyatnews.

"Kejadian itu dipercayai berlaku ketika mangsa, pengusaha kedai nasi kukus Paka 3, dikatakan cuba memasuki kenderaan pacuan empat roda miliknya untuk memasukkan wang hasil jualan di bank sebelum didatangi suspek. 

Ketika itu mangsa dikatakan bergelut dengan suspek yang dipercayai hendak mencuri kenderaan miliknya itu sebelum dia ditikam beberapa kali."

Mungkin lebih banyak lagi kejadian-kejadian jenayah yang serupa tetapi tidak disiarkan media. Penulis percaya kerajaan dan pihak pollis prihatin dengan kejadian-kejadian jenayah berat yang berlaku kebelakangan ini, malah PM sendiri sebelum ini telah menyatakan kerajaan bersedia untuk memberi bantuan kepada polis bagi memerangi jenayah-jenayah berat yang semakin kerap berlaku kebelakangan ini. Sumber Berita Harian  . Seperti dinyatakan pada awal artikel , penulis percaya kejadian-kejadian sebegini dapat dikekang dengan mengembalikan semula EO atau menggubal undang-undang yang lebih tegas.


0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu