Thursday, August 29, 2013

Tayangan Cerita Tanda Putera di Dataran Merdeka Menjelang Malam Kemerdekaan


Menteri Belia dan Sukan , Khairy Jamaluddin hari ini mencadangkan supaya 'wayang pacak' dihantar ke Pulau Pinang sekiranya pawagam-pawagan di negeri itu mengikut 'nasihat' kerajaan negeri supaya tidak menyangkan filem itu di premis mereka . Khairy dalam satu kenyataan telah mencadangkan supaya Jabatan Penerangan membuat tayangan bergerak menggunakan kaedah 'wayang pacak' di negeri Pulau Pinang.

"Filem tersebut tiada kena mengena dengan DAP, yang dia (Guan Eng) terasa sangat tu kenapa? Jika ada babak 'Creative license' yang digunakan pengarah, itu adalah perkara biasa bagi menghasilkan filem sejarah,"

"Harap bahawa mereka (pawagam) teruskan. Kalaupun ada usaha nak halang daripada tengok filem di Pulau Pinang atau di mana-mana sahaja, saya minta, Jabatan Penerangan hantar wayang pacak ke semua padang di Pulau Pinang tayangkan Tanda Putera. Kalau tidak dibenarkanlah. Tapi saya harap ia dibenarkan kerana ini filem sejarah negara kita," katanya dalam sidang media pagi ini

sumber : Rakyatnews

Pendapat penulis, cadangan yang dilontarkan oleh Khairy ini sangat menarik, di samping boleh mengulang kembali nostalgia 'wayang pacak' ini , masyarakat secara tak langsung dapat memahami sejarah negara yang kebelakangan ini cuba diputar-belitkan oleh sesetengah pihak . Mungkin cadangan ini boleh diperluaskan di seluruh negara dan bukan hanya terhad di Pulau Pinang selepas tempoh tayangan filem ini selesai di pawagam.

Jabatan Penerangan juga mungkin boleh mempertimbangkan untuk menyangkan filem ini di Dataran Merdeka menjelang malam kemerdekaan negara . Penulis yakin impak filem ini kepada masyarakat akan menjadi lebih besar dan memupuk semangat patrioritik menjelang ulang tahun hari kemerdekaan negara . Cakap-cakap mengatakan filem ini berat sebelah kerana cuba menunjukkan hanya UMNO dan Barisan Nasional berperanan besar mengatasi masalah-masalah yang timbul hanyalah pandangan mereka yang iri hati.

Filem ini dibikin berasaskan fakta , dan ia adalah satu kenyataan bahawa memang UMNO memainkan peranan besar dalam pembangunan negara ini . Dan tak salah kalau dikatakan pembangkang pada ketika itu (merujuk kepada DAP) menjadi 'batu api' kepada cetusan peristiwa 13 Mei 1969 . Gambar ada (penyapu besar) yang di bawa berarak , depa nak tipu apa lagi ? Kalau nak dibandingkan dengna cerita New Village ia hanyalah fantasi pihak-pihak tertentu yang cuba memulihkan imej komunis .

Apa salahnya sekiranya cerita New Village itu ditulis dengan memaparkan seorang pemuda Cina menyatu-padukan penduduk Kampung Baru dalam menghadapi komunis ? Kalau itu lah jalan ceritanya , penulis yakin cerita 'New Village' versi baru itu mungkin dibenarkan tayangannya.

1 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu