Saturday, August 24, 2013

Tariff Air di Pulau Pinang Paling Rendah di Malaysia, Apa Salahnya Naik 100% - DAPigs

Semalam TV3 melaporkan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) akan mengenakan surcaj bekalan air , dalam erti kata yang lain PBAPP nak naikkan tariff air di Pulau Pinang lah . Tahniah pada rakyat Pulau Pinang yang mengundi DAP . Tak sampai setahun kekalkan kuasa di Pulau Pinang , tarif air dah naik 100% . . Itu yang penulis di fahamkan lah . Tak tahu lah kalau TV3 menipu , atau mungkin Lim Guan Eng ada penjelasan sendiri untuk membezakan perkataan tariff dan surcaj . Still .. by end of the day , rakyat Pulau Pinang akan terpaksa membayar lebih dalam bill air yang akan diedarkan pada mereka bermula 1 Sept 2013 nanti.



Penulis sebenarnya berasa pelik, dengan penjelasan kerajaan DAP Pulau Pinang mengatakan surcaj air terpaksa dikenakan kerana rakyat negeri itu terlalu boros menggunakan air . Rujuk artikel Utusan di sini . Tapi pecacai-pecacai DAP apa kisah, diaorang sanggup bayar harga yang lebih mahal untuk air selagi yang bagi alasan tu adalah dari DAP dan bukan BN . Kalau BN yang bagi alasan yang sama, maka akan ada pelbagai tohmahan di hamburkan. Tahu kah pembaca-pembaca budiman sekelian bahawa kerajaan pusat telah membantu kerajaan Pulau Pinang untuk menstrukturkan semula air di negeri itu. Pendek kata kerajaan negeri tak perlu keluar satu sen pun.

Satu artikel pernah dikeluarkan dalam blog ini mengenai penstrukturan semula air di negeri itu, di mana kerajaan DAP Pulau Pinang cuba menipu rakyat mengatakan kononnya mereka berjaya mengurangkan hutang kerajaan negeri sebanyak RM600 juta ! Walhal hutang kerajaan negeri itu telah diserap oleh kerajaan pusat  melalui penstrukturan air negeri itu  (artikel 1) . Berikut adalah sebahagian petikan artikel.

"Projek Empangan Mengkuang yang bernilai RM 1.2 billion ini telah ditukarkan daripada pinjaman tanpa faedah kepada geran oleh kerajaan pusat Barisan Nasional melalui persefaham pengstrukturan semula industri air di negeri itu . Bila sebut geran , beerti kerajaan negeri tak perlu membayar balik apa2 dari jumlah RM 1.2 billion itu. Antara keuntungan yang diperoleh oleh kerajaan DAP Pulau Pinang atas ihsan kerajaan BN dari pengstrukturan semula industri air di negeri itu ialah ;

1. Kerajaan Pulau Pinang tak perlu bayar hutang sebanyak RM 655.24 million kepada kerajaan pusat .

2. Kerajaan Pulau Pinang dapat peruntukan/grant bernilai RM 1.2 billion untuk kerja2 upgrade empangan Mengkuang .

3. Kerajaan Pusat akan bertanggungjawab sepenuhnya untuk kerja2 penambahbaikan empangan Mengkuang

4. Kerajaan negeri tak perlu tanggung beban kewangan untuk kerja2 upgrade empangan Mengkuang."

Satu lagi fakta menarik yang perlu kita faham ialah Pulau Pinang turut terima bekalan air percuma dari Kedah. Bukan lah percuma sangat tapi bergelen-gelen air dari Kedah ke Pulau Pinang hanya dibayar dengan harga RM 10,000 setahun je kepada kerajaan Pulau Pinang . Dari kedua-dua fakta yang diberikan di atas , apa kejadahnya Lim Guan Eng nak naikkan surcaj air sampai 100% ? Infrastruktur air untuk Pulau Pinang kerajaan pusat dah tanggung , sumber air pulak datang dari Kedah yang dibayar RM 10,000 setahun je... wowww dah banyak jimat tu !?


Apa kes nak dinaikkan lagi surcaj ? Dari segi NRW (Non Revenue Water) Pulau Pinang dengan Selangor , rasanya NRW Pulau Pinang lagi rendah , Selangor yang NRW lebih tinggi boleh kasi 'free' kenapa pula Penang tak boleh ? Lim Guan Eng memang penipu, sebelum ni dalam banyak media dah keluarkan kenyataan dia memberi jaminan tariff air di negeri itu takkan naik .

Nov,2010


Jun 2011

April 2012

August 2013

Agaknya kerajaan Pulau Pinang dah terdesak nak cari duit ? Kalau dulu banyak kerajaan pusat yang tolong bawak pelaburan ke negeri itu , sekarang dalam tempoh 5 tahun disebabkan sibuk berpolitik depa dah terlupa nak bagi momentum pelaburan dalam negeri meningkat . Cuma dok harapkan kontrak terowong bawah laut tu je . Itu pun rakyat akan kena bayar nanti . 

4 comments:

Isu kenaikan surcharge bil air Pulau Pinang.

Apa yg Pengurus Besar Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang kata: WCS (surcaj pemuliharaan air) tidak memberi kesan kepada 72% pengguna air domestik negeri ini yang menunjukkan seramai 332,103 daripada 460,966 pengguna tidak dikenakan surcaj itu.

So jom kita tgok kiraan bil baru dan bil lama:

Purata penggunaan air bg rakyat malaysia= 203 liter/person/day
Purata saiz isi rumah bg setiap rumah di malaysia adalah 4-5org per rumah (Sumber Jabatan Perangkaan)
So kita assume 6org per rumah

Sebulan penggunaan air bg setiap rumah adalah=203x6x30=36 540 liter=36.54m3

Pulau pinang (tarif rm0.31/m3 untuk 35m3, surcharge rm0.24/m3 untuk setiap 1m3 berikutnya)
35m3 x 0.31=rm10.85
1.54m3 x 0.24=rm0.37
Jumlah bil=rm11.22

Sekiranya surcharge pulau pinang naik menjadi rm0.48/m3
35m3 x 0.31=rm10.85
1.54m3 x 0.48=rm0.74
Jumlah bil=rm11.59

Maka kenaikan 37sen jika surcharge yang baru dikenakan..

Untuk jumlah penggunaan air yang sama bagi negeri:

Selangor (tarif rm0.77/m3, percuma 20m3)
36.54m3 - 20m3 = 16.54m3
16.54m3 x 0.77=rm12.74
Jumlah bil=rm12.74

Negeri Sembilan (tarif rm0.68/m3)
36.54m3 x 0.68=rm24.85
Jumlah bil=rm24.85

Kesimpulan bagi jumlah yg sama (16.54m3), jumlah bil:
Penang (surcharge lama) = rm11.22
penang (surcharge baru) = rm11.59
selangor = rm12.74
negeri sembilan = rm24.85

Kenaikan surcharge ini didapati tidak membebankan majoriti penduduk Pulau Pinang, tetapi hanya mempengaruhi bil air pengguna yg menggunakan air secara berlebihan yang rata-ratanya pengguna yg bergaji besar seperti yg mempunyai kolam renang dan sebagainya.

Kita tggu pula kadar kenaikan bil elektrik dan try kira mcm ni nnti..

Terkedu tuan admin nak jawap..... otak bagi makan anjinglaaa

Bagusla kalau masih ada yang boleh berfikiran waras dan berjaya membuat pengiraan yang baik utk menjustifikasikan apa yang berlaku, diharap pemikiran yang waras juga digunakan apabila pihak kerajaan pusat melakukan apa-apa tindakan dengan mengambilkira pelbagai faktor yang berkaitan. Jangan hanya mendengar dari sebelah pihak sahaja dan terus membuat konklusi sendiri tanpa mengkaji sebab musababnya.Contohnya kalau harga kereta tidak dapat diturunkan secara mendadak apa sebabnya, subsidi perlu dikurangkan apa sebabnya, kadar tol perlu dinaikkan apa sebabnya. Kalau difikirkan secara waras dan bijaksana tentu kita akan menemui jawapan yang segalanya tidaklah seteruk seperti yang dimomokkan oleh pihak-pihak yang berkepentingan.
KIta sebagai rakyat biasa sepatutnya lebih bijak menilai & membuat keputusan bukannya sentiasa terikut-ikut dengan trend.

Ya. Perbandingan perlu adil pd kedua belah pihak.

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Negeri Sembilan / Melaka/Johor