Tuesday, August 13, 2013

Tak serik di 'kantoi' kan Jusuf Kalla sebelum ini , Anwar terus konsisten menipu

Satu artikel yang ditulis dalam portal 'mesra pembangkang' Asia Sentinel menyatakan Anwar Ibrahim mengesahkan bahawa Perdana Menteri , Najib Razak menggunakan orang tengah iaitu bekas naib Presiden Indonesia untuk berbaik-baik dengan Anwar bagi menubuhkan sebuah kerajaan perpaduan. Anwar mengambil kesempatan untuk menambah lagi 'perisa' dalam kekeliruan ahli-ahli dan penyokong-penyokong UMNO dengan pelbagai cerita . Dari laporan Asia Sentinel itu , Anwar mendakwa Jusuf Kalla telah menjadi orang perantaraan dalam beberapa pertemuan sebelum pilihanraya , selepas dan sehingga kini masih berjalan. Anwar sekali lagi menggunakan media untuk melakukan satu lagi pembohongan secara besar-besaran.


Pasca pilihanraya yang lepas , Jusuf Kalla telah mendedahkan bahawa beliau kecewa dengan Anwar yang tidka menghormati perjanjian yang beliau sendiri buat . Dari seorang penulis yang rapat dengan Jusuf ,

"Dalam hal ini, saya kecewa dengan Anwar Ibrahim kerana saya dapati beliau tidak bercakap benar dalam beberapa perkara. Saya membaca satu berita kononnya Anwar mengatakan Bapak Jusuf Kalla yang menawarkan diri untuk menjadi orang tengah. 

Walhal, pada bulan Mac 2013, Anwar Ibrahim sendiri datang ke rumah Bapak Jusuf Kalla pada malam hari, dengan ada teman saksi iaitu Bapak Fahmi Idris dan Bapak Yusril Ihza Mahendra di ruang tamu tempat yang sama saya duduk bersebelahan Bapak Jusuf Kalla dalam gambar itu. 

Ketika itu (Mac, 2013), Anwar dengan yakin menghujahkan kepada Bapak Jusuf Kalla beliau akan menang PRU13.  Bukannya Bapak Jusuf Kalla yang memanggil Anwar datang ke Jakarta. Kita harus faham, siapa tetamu dan siapa tuan rumah. Pada bulan Mac 2013 itu, Apakah Bapak Jusuf Kalla yang berkunjung ke Kuala Lumpur atau Anwar Ibrahim yang mendatangani Jakarta? Anda jawab sendiri!"

Selain itu, keterlibatan Najib dalam perjanjian itu juga dipertikai . Masakan Najib masih tak jelas dengan 'permainan' licik Ketua Pembangkang itu ? Ahli-ahli politik adalah dari jenis golongan yang 'licik', mereka tidak akan membuat sesuatu perkara yang bakal menjahanamkan karier politik sendiri, tuduhan mahu berunding untuk membentuk kerajaan perpaduan dengan Pakatan merupakan tuduhan Anwar yang paling bodoh sekali . Kita dah dimaklumkan oleh Jusuf sebelum ini iaitu Anwar memang jenis kaki penipu , malah kebenaran cerita Jusuf turut diakui oleh penulis yang rapat dengan . Pelik sekali, Anwar masih mahu menggunaan modal Jusuf Kala untuk mereka pembohongan yang seterusnya.

Nak membentuk kerajaan perpaduan bukanlah sesuatu yang mudah . Perlu ada persetujuan dari semua gabungan Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional . Najib sebagai Perdana Menteri juga seharusnya mendapat persetujuan dari semua komponen2 parti pemerintah yang terlibat . Tindakan yang dibuat tidak boleh secara individual tetapi perlu dirujuk dengan ramai pihak. Akar umbi dan banyak lagi pemimpin BN dan UMNO yang lain tidak akan bersetuju dengan idea ini .

Anwar cuba memberikan persepsi kepada penyokong-penyokong UMNO dan BN kononnya Najib memandai-mandai buat keputusan sendiri mengenai kerajaan perpaduan . Ini ternyata satu pembohongan yang sangat besar. Ini adalah 'jarum halus' Anwar bagi mempengaruhi ahli-ahli UMNO supaya bangkit menentang dan menjatuhkan Najib . Hal sebegini jelas adalah cubaan untuk menghuru-harakan UMNO . Anwar sedar tempoh 5 tahun akan datang terlalu lama, dan peluangnya untuk menjadi Perdana Menteri adalah hanya dengan mengkucar-kacirkan UMNO .

Apabila wujud team-team berbeza dalam UMNO, akan ada golongan yang merajuk apabila pemimpin pilihan mereka tewas, paling membimbangkan ialah wakil-wakil rakyat BN/UMNO yang ada kepentingan dalam team-team ini. Masing-masing dalam situasi mudah untuk 'dibeli' , mungkin terdetik dihati 'buat apa kekal lagi dalam parti yang kucar-kacir, tiada kesepaduan, lebih baik menyeberang...duit dapat, hati pun tak sakit' . Maka akan berlaku lah gelombang lompatan katak secara besar-besaran.. nauzubillah. PR tak perlu banyak kerusi untuk menang mudah, cukup lah dengan mengenal pasti ahli-ahli parlimen UMNO/BN yang ada 'potensi' .Masa tu Anwar tersenyum kerana hajat untuk menjadi PM dah tercapai.. tak perlu tunggu 5 tahun lagi, semua disebabkan dia berjaya pengaruhi pemikiran orang2 UMNO.


0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu