Thursday, August 15, 2013

Sultan Sulu Rayu Saya Jadi Sultan Sabah - Mohd Akjan Ali

Dipetk melalui salah satu artikel Malaysiakini ,individu yang mendakwa diri sebagai pewaris Kesultanan Sabah memaklumkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bahawa Sultan Sulu melalui Agbimuddin Kiram telah merayu kepada beliau supaya menjadi Sultan Sabah . Individu berkenaan , Mohd Akjan Ali Muhammad bersetuju dengan permintaan Sultan Sulu itu dengan syarat tuntutan ke-atas Sabah mestilah dilepaskan . Timbul beberapa kekeliruan disini , iaitu pada satu ketika Akjan Ali didakwa oleh Anwar sebagai Sultan Sulu yang sebenarnya, begitu dengan maklumat yang diperoleh dari artikel Sabahkini . Masakan Sulu boleh mempunyai 2 Sultan ? Dan kini timbul pula maklumat Sultan Sulu (Kiram) minta Sultan Sulu (Akjan) untuk jadi Sultan Sabah ?



"Apabila Datu Agbi datang - pada bulan Februari jika tak silap saya - dia telah merayu kepada saya supaya menjadi Sultan Sabah.

"Saya membuat perjanjian dengan mereka bahawa mereka hendaklah gugurkan tuntutan mereka ke atas Sabah jika saya menjadi sultan," katanya ketika memberi keterangan di Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu.

Sebelum itu, Mohd Akjan Ali juga mengaku telah mengatur pertemuan 2 mantan Perdana Menteri iaitu Tun Dr. Mahathir dan Tun Abullah untuk bertemu dengan Sultan Sulu , juga dengan syarat supaya tuntutan ke atas Sabah dilepaskan. Jika diselidik kisah mengenai Akjan agak unik dan beliau juga dikatakan pada satu ketika dahulu seorang ahli UMNO yang berpengaruh dengan statusnya sebagai pewaris kesultanan Sabah.

Penulis tak pasti samada dakwaan beliau benar-benar merupakan Sultan Sabah yang ke-33 adalah benar. Sama kisahnya , apabila seorang individu mengaku bahawa beliau adalah pewaris Kesultanan Melayu Melaka pada satu ketika dahulu . Melalui carian di internet , Akjan sekarang dikatakan merupakan Pengerusi PEKIDA cawangan Sabah. Beliau juga merupakan antara individu awal menyertai UMNO apabila parti itu mengembangkan sayap di Sabah pada tahun 90-an. Akjan juga dikatakan berpengaruh di kalangan orang-orang muslim Filipina.

Akjan Ali juga merupakan bekas tahanan ISA , apabila menyalahgunakan kuasa 'menjual' IC kepada pendatang dari Filipina dalam lingkungan RM500 - RM3000. Beliau 'terkantoi' apabila ditahan dengan 'briefcase' yang mengandungi 2,000 IC untuk pendatang Filipina. Beliau ditahan selama 2 tahun oleh kerajaan , sekali gus membayangkan kerajaan Barisan Nasional ketika itu tak pilih bulu walaupun orang yang ditahan adalah orang UMNO. Akjan yang dikatakan mempunyai hubungan yang baik dengan Pak Lah semasa eranya menjadi PM telah keluar UMNO pada lewat 2010 (atau 2011) .

Setelah menyelidik sejarah Akjan Ali , penulis berpendapat beliau adalah seorang 'oppurtunis' , sentiasa mengintai segala peluang yang ada . Kisahnya yang ter'kantoi' menyalahgunakan kuasa menjual IC kepada pendatang haram Filipina sedikit sebanyak mencalarkan imej UMNO . Dan mungkin kerana gagal mendekati Najib seperti yang dilakukan beliau kepada Pak Lah , Akjan mengambil keputusan untuk keluar dari UMNO. Penulis tak berniat untuk membuat tuduhan kepada Akjan tetapi apa istimewanya Akjan sehingga Sultan Sulu terpaksa 'merayu' kepada beliau supaya menjadi Sultan Sabah ? Apakah mungkin sekiranya ditabal sebagai Sultan Sabah , kejadian pencerobohan Sulu di Lahad Datu takkan berlaku ?


Akjan juga dikatakan menjadi ahli UMNO semasa era Anwar Ibrahim di kemuncak politiknya dalam UMNO. Tak mustahil Akjan , Anwar dan Sultan Sulu mengenali di antara satu sama lain . Penulis terfikir samada ada kaitan di antara ketiga-tiga indivdu ini berhubung dengan status tuntutan Sulu ke atas negeri Sabah yang kemuncaknya berlaku pencerobohan di Lahad Datu. Akjan sebelum ini pernah menafikan penglibatan beliau dalam pencerobohan di Lahad Datu dan menghentam Suara Keadilan yang menyiarkan kenyataan beunsur fitnah Tian Chua . (rujuk sini ) Isu Lahad Datu adalah satu isu yang besar juga , penulis  berpendapat selain RCI untuk 'Projek IC Sabah' , kerajaan perlu mengusahakan supaya RCI untuk pencerobohan Sulu di Lahad Datu turut diadakan, supaya individu2 bertanggungjawab di bawa ke muka pengadilan.


0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu