Monday, August 12, 2013

Sokongan 'Chinions' Terhadap Anwar Hanyalah Umpan

Ketua Pembangkang , DS Anwar Ibrahim dalam satu kenyataan yang dipetik dari portal Malaysiakini telah menempelak pandangan bekas Perdana Menteri Singapura , Lee Kuan Yew dalam buku beliau yang terbaru iaitu 'One Man's View of the World' . Anwar berpendapat bahawa pandangan Lee adalah 'lapuk' dan tidak relevan pada masa sekarang merujuk kepada salah satu petikan dalam buku Lee yang mengatakan bahawa dasar berteraskan kaum di Malaysia tidak memberi keuntungan kepada Malaysia selain dasar tersebut menyebabkan bakat yang diperlukan untuk membina masyarakat dari pelbagai kaum semakin terhad.



Sebelum ini seorang lagi pemimpin pembangkang, Rafizi Ramli turut memberikan reaksi tidak bersetuju dengan pandangan Lee yang mengkritik pembangkang di Malaysia sebagai gabungan yang tidak mantap dan lebih bersifat opurtunis untuk menjatuhkan kerajaan sedia kerana terdapat perbezaan idea antara komponen2 gabungan itu sendiri. Rafizi berpendapat pandangan Lee semata-mata adalah atas dasar kebimbangan gabungan pembangkang di Malaysia akan dicontohi di Singapura dengan merujuk kepada pertambahan bilangan kerusi yang dimenangi oleh parti pembangkang di Singapura dalam pilihanraya yang lepas. 



Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang juga merupakan salah seorang pemimpin Pakatan Rakyat turut mengkritik penulisan Lee dengan merujuk kepada salah satu petikan yang menyatakan adalah mustahil untuk Najib memenangi hati pengundi Cina dan India tanpa kehilangan undi dari orang-orang Melayu. Khalid berpendapat Najib berupaya memenangi semula hati kaum Cina dan India sekiranya beliau berupaya menyelesaikan masalah penduduk-penduduk Cina dan India di luar bandar /estet .

Antara pemimpin DAP (yang merupakan serpihan PAP yang pernah dipimpin Lee) yang setakat ini membidas idea-idea Lee ialah Karpal Singh dan Anthony Loke . Karpal dalam kenyataannya kepada media mencadangkan supaya Lee menjaga hal ehwal parti sendiri . Beliau juga menyindir Lee dengan merujuk kepada kehilangan 6 kerusi PAP dalam pilihanraya Singapura yang lepas selain kehilangan dua lagi kerusi dalam pilihanraya baru-baru ini. Anthony pula bersependapat dengan Anwar bila mengatakan pandangan Lee adalah 'lapuk' . 

Bidasan yang dibuat oleh para pemimpin pembangkang ini semamangnya telah dijangka memandangkan idea-idea bekas Perdana Menteri itu bukan sahaja mengkritik dasar-dasar kerajaan sedia ada Barisan Nasional , malah turut mempersoalkan kemampuan gabungan pembangkang di Malaysia untuk mengurus tadbir negara ini . Dari satu sudut apa yang diperkatakan oleh bekas Perdana Menteri Singapura itu terutama dalam soal dasar beteraskan kaum di Malaysia ada kebenarannya , politik berasaskan kaum di Malaysia semangnya kuat , jarang sekali melihat pembantu-pembantu ahli-ahli politik ini daripada mereka yang berbilang kaum. Masing-masing berasa lebih selesa dengan kelompok kaum yang serupa. 

Pemimpin-pemimpin Pakatan juga dilihat amat hipokrit sekali apabila cepat bersetuju apabila ada kenyataan yang dikeluarkan bekas PM Singapore itu yang menghentam kerajaan UMNO/BN tetapi bersifat defensif apabila kenyataan yang lebih kurang serupa ditujukan kepada mereka. Dalam diam ramai masyarakat Cina sebenarnya setuju dengan kenyataan bekas Perdana Menter Singapura itu , terutama dalam soal dasar berteraskan kaum yang mengongkong pembinaan bakat-bakat tempatan. Tak mustahil ia turut dipersetujui oleh anak beranak Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng kerana sehingga artikel ini ditulis masih tidak respon dari mereka. Tak mustahil Lee dianggap 'idola' oleh kedua-dua pemimpin tertinggi DAP ini dan mereka perlu memelihara hubungan bak yang telah lama terjalin. 


Ramai di kalangan rakyat Malaysia berbangsa Cina gemar membandingkan dasar kerajaan PAP Singapura yang lebih menguntungkan semua kaum di negara itu dengan kerajaan di Malaysia. Malah melalui ruangan komen di portal Malaysiakini , kebanyakkan dari pembaca bersetuju dengan pendapat Lee ; berikut adalah beberapa komen yang di print screen di portal Malaysiakini '; Kesimpulan yang boleh dibuat melalui komen-komen berkenaan adalah , terdapat sebilangan rakyat Malaysia yang bersetuju dengan idea Lee , mereka mungkin tidak menyokong kerajaan Barisan Nasional tetapi pada masa yang sama juga apa yang diperkatakan Anwar dianggap sesuatu cubaan untuk memperbodohkan rakyat dari realiti sebenar.

Kelompok ini secara tidak langsung menganggap tiada satu pun pemimpin Melayu samada dari Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat yang layak mentadbir negara ini , namun buat masa ini mereka tidak ada pilihan kerana apa yang difikirkan penting sekarang adalah untuk menjatuhkan Barisan Nasional. Sekali lagi hipothesis yang dinyatakan oleh Lee ternyata benar, iaitu hubungan antara pakatan pembangkang hanyalah bersifat oppurtunis. Dan sekiranya ini berlaku , mungkin peluang untuk mereka memilih Perdana Menteri Malaysia selain daripada Melayu mungkin ada. Kelompok ini berpendapat semua kaum patut diberi peluang untuk menerajui negara berasaskan merit dan bukannya warna kulit. Sokongan pada Anwar hanyalah sokongan 'umpan' untuk memperoleh sesuatu yang lebih besar. 

0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu