Wednesday, August 14, 2013

'Sniper' tembak penyokong Morsi

Apa yang berlaku di Mesir kini benar-benar menyedihkan, jika dahulu semasa Presiden Mubarak digulingkan rakyat, insiden pembunuhan beramai-ramai sebegini tidak berlaku.Terdapat beberapa gambar dalam footage twitter seorang penyokong Morsi yang berada di tempat kejadian.

Pembunuhan dikatakan dilakukan oleh beberapa orang 'sniper' yang diletakkan di beberapa tempat strategik. Malah petugas perubatan juga ditembak di kepala. Mayat individu yang menjadi tembakan 'sniper' diletakkan di sebuah bilik sementara. Kita tak pernah menjangkakan revolusi Mesir yang pada mulanya kelihatan aman kini menjadi medan pembunuhan beramai-ramai.

Diharapkan rakyat Malaysia mengambil iktibar dengan kejadian seperti ini. Penulis percaya kejadian seperti ini berlaku di sebabkan ada gangguan oleh 'anasir-anasir' luar. Tidak timbul soal siapa betul dan salah kerana masing-masing akan tetap dengan pendirian masing-masing.

Apa yang penting ialah kebijaksanaan dalam membuat rundingan tanpa menimbulkan masalah yang akhirnya menjadikan rakyat sebagai mangsa. Mungkin rakyat Mesir percaya demonstrasi adalah cara yang terbaik untuk menumbangkan sebuah kerajaan, namun ternyata rancangan itu hanya berjaya untuk peringkat pertama (Hosni Mubarak) dan kedua (Morsi) .

Mungkin telah timbul kesedaran di pihak pemerintah untuk menghentikan perkara ini berterusan, maka hal ini ditangani dengan agak keras. Penulis bimbang akan berlaku pula perang saudara di Mesir, pasti ada pihak akan membekalkan senjata kepada penyokong2 Morsi. Sama seperti yang berlaku di Lubnan dan Syria .

Pihak-pihak asing ini tak perlu bersusah payah memerangi negara2 Islam ini. Mereka hanya perlu jadi batu api dan memberi sokongan melalui persenjataan secara diam2. Akhirnya yang menang jadi arang , kalah jadi abu . Rakyat merana apabila perang tamat dan masa untuk membina semula negara bukanlah singkat.
Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu