Thursday, August 1, 2013

'Salute' Pada Tan Sri Muhyiddin Yassin Sebab Tak 'Langgar' Datuk Seri Najib

Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka akan mempertahankan kerusi Timbalan Presiden UMNO menjelang pemilihan yang akan datang. Maklumat diperoleh daripada sumber yang terdekat . Sebelum ini blogger Gelombang Wangsa Maju (GWM) dan Medan Info Kita (MIK) turut menulis artikel mengenai hasrat TPM itu . Penulis secara peribadi hormat dan tabik spring dengan niat Tan Sri Muhyiddin untuk terus menjadi kombinasi mantap dengan Datuk Seri  Najib walaupun terdapat suara-suara yang cuba menghasut supaya beliau 'melanggar' Najib . 




Mungkin niat Muhyiddin itu sendiri adalah berdasarkan pemerhatian beliau dengan kebolehan Najib memacu perkembangan ekonomi negara dalam hanya tempoh 4 tahun lebih setelah mengambil alih pentadbiran dari Pak Lah. Ekonomi mantap, harga minyak terkawal ,kadar inflasi terkawal, kadar pengangguran rendah dan rakyat diberikan dengan pelbagai kemudahan dan sebagainya. Semua ini dilakukan dalam tempoh yang singkat dan dalam keadaan negara yang tunggang langgang semasa tampuk pemerintahan negara diambil alih oleh Najib. Semasa Pak Lah didesak untuk berundur, Muhyiddin adalah antara pemimpin yang paling lantang. 

Kini selepas PRU-13, walaupun keputusan yang diperoleh Najib adalah lebih buruk dari Pak Lah . Tiada kegamatan suara-suara dari pemimpin-pemimpin tertinggi UMNO supaya Najib berundur, termasuk dari Muhyiddin sendiri . Yang banyak buat bunyi adalah orang-orang bawahan yang sebelum PRU cukup kuat mengipas Najib. Mereka yang berada di peringkat tertinggi tahu Najib adalah seorang PM yang kuat bekerja. Setakat ini, tak pernah ada gambar Najib dirakam tertidor semasa apa-apa persidangan dijalankan. Mereka tahu Najib juga berjaya menstabilkan ekonomi negara di kala negara-negara lain berada dalam krisis.  Jadi untuk apa mereka mahu mendesak Najib hanya disebabkan kegagalan beliau dapat 2/3 ?

Beberapa minggu lepas, 'otai' seperti Tun Dr.Mahathir juga dilihat seperti menyokong Najib apabila membuat kenyataan bersetuju supaya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan. Sikap Dr.M terhadap Pak Lah dan Najib amat berbeza , kalau dulu Dr.M memang secara terang-terangan menyuruh Pak Lah berundur, tetapi dengan Najib , Dr.M hanya memberikan teguran dan kata-kata nasihat dalam beberapa perkara yang tidak dipersetujui beliau . Dr. M sedar potensi yang ada pada Najib cuma ia perlu dibantu dengan penasihat yang lebih mantap . Muhyiddin terkenal dengan kelantangannya dalam soal agama dan bangsa , manakala Najib pula terbukti kemampuannya dalam segi ekonomi . Dua gandingan mantap ini perlu bagi memastikan Melayu dan Islam terbela seiring dengan perkembangan ekonomi negara.

Tak guna kalau Melayu dan Islam terbela tapi terpaksa hidup melarat, takde kerja , hutang keliling pinggang dan seumpamanya . Muhyiddin boleh terus lantang dengan perjuangan membela Melayu dan Islam atas kapasiti sebagai Timbalan Presiden UMNO , Najib pula boleh terus bagi tumpuan untuk membangunkan negara . Berbeza pendapat tak bermakna boleh terus cantas . Teringat satu artikel Dr.M bila dia menulis pasal  MT UMNO bermesyuarat untuk desak dia supaya terima semula Musa Hitam , mesyuarat berlangsung hingga pukul 4 pagi rasanya , dan akhirnya dia terpaksa akur . Tak puas hati 'meeting' dulu , jangan di depan boss hangpa semua kata 'yes' , di belakang masing2 dok komplot nak menjatuh. Rasanya macam tu la budaya nya sekarang.

p/s :- ada pemimpin UMNO lain layak untuk 'langgar' Najib ? tolong bagi statistik, data serta pencapaian beliau, jangan bagi statistik 'air liur' sekerap mana pemimpin berkenaan jual air liur laung 'hidup melayu'

7 comments:

Pemikiran tipikal ahli2 UMNO. takut ada petandingan, jadi kena bodek baik punya.

Org mcm Jibby nih masih perlu dikekalkan? PRU-14 UMNO boleh ganti tempat DAP!

contoh pemikiran tipikal ahli UMNO yang hanya lihat things on surface saja, kena tunjuk kononnya berjiwa melayu,baru anak2 buah suka. kalau macam ni punya deduktif sapa sapa pun boleh jadi presiden umno, yg penting jadi ultra melayu. bila dah duduk kat atas terkial kial nak buat kerja, end up follow penasihat yg akan bg nasihat lebih kurang sama, lepas tu mula ada polisi2 yg yg buat ahli x puas hati lagi, maka bermula lagi sekali visious cycle..tukar lagi presiden,prftt....sbb apa jadi mcm tu? sbb tun mahathir dah pernah cakap UMNO skrg x byk golongan berpelajaran dan profesional, sbb tu byk yg mudah melompat tanpa fikir panjang...prfttt

sudah2la mengampu najib tu...bagus dia resign sekarang juga. Cari la pengganti yang ada telur 2 biji untuk mengurus Negara.

ini fakta bukan auta dan mengapu bodoh punyer orang tiada sebab najib perlu resign najib sudah banyak melakukan tranformasi jd klu bercakap guna otak jgn guna kepala lutut la bro....

ko shj yg cakap itu fakta! ko tgok filem 2012 pun ko kata betul dan sahih! pakai lah otak bro!

Assalamualaikum,

Kami memohon jasa baik agar dapat linkkan Rakyat News di blog anda.

Sekian, Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin.


Ikhlas dari,

Rakyat News

http://www.rakyatnews.my/

Najib masih relevan. pelbagai usaha telah dilakukan untuk rakyat. Saya rasa Menteri Amaran yang membawa masalah lembut dalam kerajaan. Semua rancangan Tun yang dihentikan pada zaman paklah sedang dilakukan semula oleh Najib. Lepas ini mungkin jambatan bengkok akan menjadi realiti.

p/s : RBA nak masuk campur hal keluarga orang. keluarga Perosak Rakyat korang pun kucar kacir.

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu