Wednesday, August 21, 2013

Peminjam PTPTN yang 'liat' Bayar Hutang Tak Dikenakan CCRIS - Kabinet

Dari laporan portal Rakyatnews.my , cadangan PTPTN untuk megenakan CCRIS kepada peminjam (pelajar) yang 'liat' membayar hutang telah ditolak . Sebelum ini pelbagai pihak telah mengecam cadangan PTPTN (dengan mengambilkira pandangan Menteri Pendidikan II , Datuk Seri Idris Jusoh) itu , malah di pihak pembangkang ada yang cuba mewujudkan gelombang seolah-olah kerajaan bersetuju dengan cadangan itu sedangkan kabinet belum membuat apa-apa kata putus . Sebelum itu, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin juga tidak bersetuju dengan cadangan yang dibuat oleh Datuk Seri Idris Jusoh itu.


"Pada masa sama, kumpulan peminjam tegar yang tidak melunaskan sebarang pembayaran balik adalah kecil dan tindakan penyenaraian hitam sebegini boleh memberi tanggapan umum yang negatif kepada PTPTN," katanya. (Bernama)

Dari laporan Malaysia Insider pada 20 Ogos 2013, bekas mahasiswa UPSI Adam Adli telah memberikan reaksi bahawa mahasiswa tak memandang remeh pengumuman Idris Jusoh itu dan merancang untuk mengadakan demonstrasi bagi membantah cadangan itu .

"Tidak wajar untuk menyenaraikan individu yang berhutang dengan pinjaman pendidikan ke dalam CCRIS memandangkan golongan ini tidak berhutang untuk memiliki sebarang aset atau untuk membuat sebarang keuntungan seperti pinjaman perniagaan.

"Dengan keadaan ekonomi dan kadar pengangguran yang meningkat, ditambah dengan dasar kerajaan yang tidak bijak seperti umur persaraan, tidak hairan ramai graduan bakal terus jadi hamba kepada hutang,” katanya. (Malaysian Insider)




Kenyataan keadaan ekonomi dan kadar pengangguran yang meningkat pada ketika ini pada penulis mungkin boleh diperjelaskan lagi. Dari laporan The Star , beberapa perunding ekonomi telah sependapat mengatakan keadaan ekonomi di Malaysia berada pada fasa yang stabil . (The Star) . Walau bagaimanapun, dari laporan portal berita yang sama , kadar pengangguran di Malaysia meningkat kepada 3.4% pada May 2013 berbanding 3% pada bulan April dan tahun lepas. Peningkatan hanyalah 0.4% dan kadar 3.4% adalah agak rendah berbanding negara-negara lain.

Selain itu, penulis berharap menteri-menteri berfikir sedalam-dalamnya sebelum membuat sesuatu kenyataan yang boleh merosakkan kredibiliti kerajaan yang mentadbir . Kalau sebelum ini timbalan menteri buat kenyataan 'jangan makan ayam' , kini giliran menteri pula memandai buat kenyataan 'ccris untuk ptptn' . Cuba lah berfikir sejenak atau tanya pendapat orang lain sebelum membuat kenyataan . Tak semestinya seorang Menteri atau Timbalan Menteri, malah Perdana Menteri tahu semua perkara, terutama reaksi dari rakyat marhaen. Bukan lah penulis nak bersetuju dengan bekas mahasiswa UPSI itu, cuma kadang-kadang kenyataan pemimpin-pemimpin ni boleh memakan diri .

4 comments:

Benda simple macam ini pun tak boleh pak menteri nak fikir. Nak blacklist budak-budak muda yang kononnya culas bayar balik pinjaman pelajaran. Mereka ini orang muda, pengundi di saluran-saluran baru dan memang asalnya cenderung nak mintak hapuskan PTPTN. Baru menang tipis, sekarang pak menteri nak cadang senaraihitamkan orang-orang muda ini. Bijak ke? Yang pak menteri kena fikir dan tengok, ada tak orang-orang muda ni dapat kerja yang sesuai dengan kelulusan mereka selepas graduasi. Mengapa orang yang patut dah pencen, tidak disuruh pergi pencen untuk beri ruang kepada anak-anak muda. Mengapa yang dah pencen, diberi pula dua, tiga atau empat jawatan baru yang tinggi di dalam GLC. Janganlah asyik kasi bola tanggung!

Elehhhh menteri haprak.... kami nak bayar pakai apa kalau kerja x menentu.. gaji pun cukup makan. Nama jer lulusan Universiti.. Payah nak cari kerja yang tetap dan terjamin. What do you expect from us to pay???
Gaji basic kecik bagi graduan graduan baru. Salahkan siapa? PTPTN ada ambik tau?? Tau nak blacklist org jer...Ujrah tu sistem menipu malah kene bayar lagi tinggi...Wahai menteri bodo...try to urself in my shoe...then you'll know.....our basic salary is not enough!! Kau kaya,,kay menteri bole la cakap....duit melambak....

Ade duit lebih aku bayar...lau gaji x cukup...xkan aku nak bayar....nak bayar pun aku pikir 2 3 kali...at last aku x bayar....

Azeez Rahim a.k.a pengerusi tabung haji kalau dok buat perangai songlap, ambik komisen 10% untuk memang nak kena cop 'makahai' . Dah lama orang bercerita Tabung Haji ni tempat menternak kroni-kroni, tukang kaut percentage untuk macam-macam projek, malah masa zaman Azeez Rahim jadi one the CEO lagi , mustahil buaya nak tolak bangkai kalau dah terhidang depan mata . SPRM kena siasat unsur-unsur rasuah dan kronisma dalam TH ni , kita risau bila Azeez Rahim naik jadi pengerusi makin buruk imej Tabung Haji. Bukan semua orang boleh terpedaya dengan lakonan baik, alim dan warak yang ditunjuk oleh Azeez, cerita belakang tabir ramai dah terkena . Malah sketsa Mr Ten Persen dah ditulis semula oleh seorang blogger berdasarkan pengalaman beliau berurusan dengan Azeez Rahim , nak tau apa ceritanya tolong baca link ni http://no2azeezrahim.blogspot.com/2013/08/azeez-rahim-tak-layak-jadi-pengerusi_7790.html

aku ni grad taun 2007, course public admin.secara logic nye keje PUBLIC SECTOR la, tp hampeh smpai skg keje x mnentu. tiap kali g intview keje gomen terutamanye mesti ade soklan 'ko ade kabel x?' x ke sial nme nye tu? aku pnah keje kilang, keje kerani cabok kontrak pon xde peluang nk serap ke jwtan tetap. aku tye kawan2 aku bleh dikira bpe kerat je y dpt keje. itupun sggop pkai spm. kalu dh gji traf spm ko kire la sdri bpe je dpt sbulan. tolak itu ini tggal dwet besi je. aku dh rse sume tu. menteri2 sume byk dwet, gji ribu riban blom lg + bisnes sna sini. kite ape ade? baru nk hidup dh mcm2 hutang. kalo mak bapak ade kebun ke ape sanggop jgk aku kerja kan. adoiiiii

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu