Sunday, August 4, 2013

"Malaysiakini : Hanya Media dan Blog Pro-Kerajaan Terima Anugerah Pingat Kedaulatan Negara , 2 Wartawan Malaysiakini Yang Terlibat Tiada dalam Senarai"

Mungkin itulah tajuk yang akan dikeluarkan oleh portal Malaysiakini sekiranya pingat PKN itu hanya diberikan kepada media-media pro-kerajaan.

Pada 2 Ogos 2013, satu majlis penganugerahan Pingat Kedaultan Negara (PKN) diadakan di Seri Perdana Putera Jaya . Antara yang menerima pingat pada hari itu ialah dua waratawan Malaysiakini iaitu Nigel Aw dan Lee Long Hui . Penganugerahan pingat pada dua wartawan Malaysikini menimbulkan rasa tidak puas hati segelintir 'pejuang-pejuang maya' UMNO , kononnya memperlekehkan rakan-rakan yang menyokong Barisan Nasional . Anugerah pingat diberikan wartawan2 pro-BN , pro-PR malah juga blogger-blogger pro-BN . Rakan-rakan yang dihormati sekelian perlu ingat, anugerah diberikan berdasarkan laporan wartawan mengenai kejadian di Lahad Datu, liputan semasa wartawan tu berada di sana .Ada wartawan yang buat kerja hingga 'follow' tentera ke kawasan-kawasan yang dikategorikan berbahaya.



Kerajaan barangkali cuba menghargai wartawan-wartawan dan blogger-blogger ini dengan memberikan pengiktirafan kepada mereka. Pengiktirafan yang diberi tak boleh berpilih-pilih kerana akan dibangkitkan oleh pihak yang tidak berpuas hati. Sekiranya kerajaan hanya memberikan pingat berkenaan kepada wartawan-wartawan dan blogger-blogger pro-BN , pihak Malaysiakini dan PR pasti akan menjadikan hal ini satu isu dalam media mereka, dan ini akan menjadi satu 'modal' untuk memalukan Najib dan pentadbirannya bukan saja di Malaysia malah di peringkat antarabangsa kerana isu di Lahad Datu mendapat perhatian banyak media luar negara . Bayangkan sekiranya pingat hanya diberi kepada wartawan2 pro-BN pada hari 2 Ogos itu ? Maka pada keesokan harinya , wartawan Malaysiakini akan menerbitkan artikel "Kerajaan Beri Anugerah PKN pada Wartawan & Blogger Pro-BN " . Antara petikan yang mungkin akan ditulis ialah ;

"..anugerah PKN itu diberikan kepada wartawan-wartawan yang membuat liputan semasa berlaku pencerobohan di Lahad Datu . Walau bagaimanapun dua wartawan Malaysiakini yang turut berada semasa insiden pencerobohan berlaku tidak diberikan pingat .."

Dan ini akan menjadi alasaan untuk rakyat yang menyokong PR untuk mengesahkan UMNO/BN memang salah gunakan kuasa sebagai kerajaan untuk bersikap pilih kasih . Media-media luar yang 'pick-up' story ini akan memberikan gambaran dan imej yang buruk kerajaan Malaysia kerana tidak bersikap adil dalam memberikan anugerah . Media yang menyokong atau membodek kerajaan di beri anugerah , dan yang 'membalun' di anaktirikan. Maka bermula lah satu lagi isu yang sebenarnya boleh dielakkan.

Maka penulis rasa tidak salah untuk kerajaan beri anugerah pada kedua-dua wartawan Malaysiakini itu sebab tugas mereka di sana hanyalah sebagai media yang menyampaikan apa yang berlaku di Lahad Datu. Mengeluarkan 'press statement' dari pihak polis dan tentera yang ada di sana. Mereka di sana atas kapasiti sebagai media yang menyebarkan maklumat pada rakyat . Rakyat tidak hanya terdiri dari penyokong-penyokong UMNO/BN tetapi dari penyokong-penyokong PR juga.

Dan kerajaan Malaysia yang ada pula ialah kerajaan untuk semua rakyat juga , jadi tak wajar pentadbiran kerajaan digunakan untuk kepentingan UMNO/BN saja . Kita perlu berfikir dengan lebih rasional dalam hal ini, tak perlu sentap tak tentu pasal. Malah laporan dari 2 wartawan Malaysiakini adalah lebih baik daripada 'sebilangan' individu yang menerima anugerah pada malam itu . Well..I'm not naming anyone but I guess you guys are wise enough to evaluate or the reports either from mainstream media, portals or even blogs.

Oleh yang demikian tak perlu lah 'kalut' tak tentu pasal berkenaan hal penganugerahan pingat PKN itu pada wartawan Malaysiakini. Nope..bukan penulis sokong potral Malaysiakini , malah penulis adalah penentang tegar di portal pro-Pembangkang itu , malah telah menubuhkan satu fan page "Kami Benci Portal Malaysiakini" tapi tak mendapat sambutan. Apa yang penulis lakukan ialah meninggalkan komen2 yang menghentam artikel-artikel dikeluarkan di Malaysiakini, menimbulkan persepsi berbeza dari kebanyakkan yang meninggalkan komen di sana .

Kawan-kawan semua, tanyalah diri sendiri berapa ramai  bilangan pengunjung di portal itu dalam tempoh sehari dan bagaimana portal itu dapat mempengaruhi minda. Anda mengaku diri anda pejuang dan macam2 gelaran pendekar tetapi terfikirkah anda 'influence' yang dapat anda dapat berikan pada orang lain ? Berapa ramai pengunjung blog / group2 Facebook berbanding portal Malaysiakini? Jadi dalam soal sebaran media, tentulah yang lebih banyak mempunyai pembaca menjadi lebih penting . Takkan lah beberapa orang blogger yang mempunyai kurang pembaca dari portal Malaysiakini lebih layak mendapat anugerah berbanding 2 wartawan itu ?

Oleh yang demikian lebih baik kerajaan beri pada semua wartawan yang ada di tempat kejadian tanpa melihat fahaman politik mereka . Kita mungkin boleh buat 'bising' pada kerajaan kalau wartawan Malaysiakini itu melakukan pembohongan dalam artikel mereka di Lahad Datu , tetapi di sana mereka hanya melaporkan insiden-insiden dan kejadian-kejadian yang berlaku. Mendapatkan temubual dengan penduduk, pemimpin dan anggota keselamatan sendiri , sama seperti wartawan2 lain. Mohon jangan jadi 'totok' sangat dengan pemikiran anda , perlu duduk dan berfikir sejenak setiap tindakan samada positif dan negatif , ini kita namakan sebagai rasionalisasi. Let's not jump to the conclusion ok.


0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu