Friday, August 23, 2013

Kalau dulu peliwat dibebaskan , kini giliran ...

Pembebasan Koperal Sirul Azhar Omar dan Cif Inspektor Azilah Hadri dengan keputusan Mahkamah Rayuan pada hari ini agak mengejutkan seluruh negara . Sebelum ini, Sirul dan Azilah telah didapati bersalah kerana membunuh wanita warga Mongolia, Altantuya Sharibu . Perjalanan kes ini agak panjang dan dimanipulasi oleh pembangkang untuk kepentingan politik mereka. Pelbagai persoalan ditimbulkan bagi menimbulkan kebencian rakyat kepada kerajaan.  (Rakyatnews.my)


Ramai yang terpengaruh dengan cerita fitnah yang dibuat oleh 'spin doctor' Raja Petra , walau bagaimanapun Raja Petra selepas itu mengakui bahawa beliau telah diminta oleh individu tertentu untuk memutar belitkan kes pembunuhan ini , Zul Nordin yang sebelum terlibat secara langsung dalam kes ini juga mengakui bahawa wujud tekanan untuk mencipta fitnah oleh bekas boss beliau Anwar Ibrahim. Di sebalik pengakuan Raja Petra dan Zul Nordin ini, pihak pembangkang dan NGO SUARAM terus konsisten dalam menyebarkan fitnah bagi mengelirukan rakyat.

Individu yang sebenarnya terbabit secara langsung dalam kes pembunuhan Altantuya ialah Razak Baginda, beliau dikatakan meminta pertolongan Sirul dan Azilah untuk uruskan Altantuya supaya tidak lagi menganggu beliau dan keluarga. Tindakan Sirul dan Azilah membunuh Altantuya dengan menggunakan C4 jelas sekali satu tindakan yang bodoh, sedangkan banyak lagi kaedah-kaedah lain yang boleh digunakan bagi menghilangkan jejak-jejak pembunuhan. Mereka sebagai polis sepatutnya lebih tahu bagaimana pembunuh professional menggunakan pelbagai kaedah pembunuhan untuk melenyapkan bukti dan alibi.

Penulis berpendapat, apa yang berlaku adalah kegagalan komunikasi. Lain arahan yang diberikan, lain pula yang ditafsir sehingga mengorbankan 1 nyawa. Dari segi kemanusiaan, Sirul dan Azilah tetap bersalah kerana membunuh, alasan salah faham dalam komunikasi tidak boleh menidakkan hal ini. Sepatutnya ada rasa peri-kemanusiaan dalam diri sebelum melakukan tindakan ini. Keputusan mahkamah rayuan pada hari ini mungkin lebih kepada sudut teknikal . Telah banyak kes dimana individu yang jelas melakukan kesalahan tetap dibebaskan atas sebab teknikal . Kes Anwar Ibrahim contohnya, walaupun pelbagai bukti diberikan beliau didapati tidak bersalah atas sebab teknikal.

Mungkin akan timbul semula pertanyaan popular sesetengah pihak iaitu "..bagaimana C4 itu diperoleh ?" .
Berikut adalah beberapa petikan artikel yang menarik mengenai penggunaan C4 dan bahan-bahan letupan lain oleh ATM dan PDRM.

"Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak menggunakan bahan letupan jenis C4 untuk tujuan latihan mahu pun operasi."

"Pada setiap kali pengeluaran dan penggunaan PE bagi tujuan latihan serta operasi, kelulusan perlu diperolehi daripada markas perkhidmatan masing-masing,"

"Penjelasan Kementerian Pertahanan itu sekali gus menafikan tuduhan pembangkang kononnya bahan letupan C4 ada dalam inventori ATM dan memerlukan kelulusan menteri untuk sebarang penggunaannya."

(Utusan ,2010) .

"Timbalan Komander UTK, Asisten Komisioner (ACP) Mastor Mohd. Ariff, 45, berkata, setiap anggota atau pegawai UTK akan diberikan latihan asas dalam menggunakan bahan letupan dan sesiapa yang didapati layak dan berkeupayaan akan ditunjukajar di cawangan-cawangan yang lain."

"Beliau berkata, bahan letupan yang digunakan bagi tujuan latihan disimpan dalam stor senjata UTK dan bahan-bahan letupan itu terdiri daripada enam jenis iaitu plastic explosive (PE), stun grenade, detonater, detonater cord, thunderflash dan CLC (Cutting Liner Charge)."

"Menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya, Tun Abdul Majid Tun Hamzah dalam pemeriksaan utama pada hari ke-13 perbicaraan kes tersebut, saksi pendakwa ke-11 itu berkata, beliau pernah mendengar bahan letupan PE yang dinamakan C4 tetapi bahan itu tidak digunakan dalam UTK."

(Utusan ,2007) .




 

5 comments:

C4 itu bukan bahan yang diguna oleh PDRM mahupun ATM.......jadi siapa yang mengguna bahan itu?Seingat saya satu pihak lagi yang pernah dan sering menggunakan bahan letupan adalah Bintang 3 atau Parti Komunis Malaya yang kebelakangan ini kembali melakukan serangan corak baharu terhadap kerajaan Malaysia sehingga menghasilkan sebuah filem demi meracuni fikiran ramai betapa perjuangan mereka adalah benar dan bangsa Melayu adalah jahat.Komunis hari ini beroperasi dari dalam parlimen Malaysia dan mendapat sokongan padu dari PAS dan PKR.Golongan ini sudah meresap masuk jauh sehingga ke dalam pejabat di setiap jabatan kerajaan.Mereka akan dinaikkan pangkat walaupun baru berkhidmat atas alasan tidak mahu bersikap tidak adil kepada cina,sedangkan tidak apa untuk bersikap tidak adil kepada bangsa sendiri.Inilah pegangan ketua jabatan yang condong ke arah petualang.

Pembangkang jg yg kena?ha3x.sirul dah mengaku tembak kepala tuya ape kes,jgn betulkan benda salah brader,kat dunia lepas la.

meme la wei, sirul ngaku tembak pala tuya. tp sapa tak nak lepas wei? part teknikal la yg paling sesuai cari jalan utk lepas. tu, pak nuar tu, lepas sebab teknikal error jugak kan? tak kena kt dunia, kt akhirat sok kena jawab jugak...

Ada jugak kemungkinan C4 seludup dari negara jiran. Alaa negara yang kejap2 meletup sana sini tu laaa..

Negara yang Bang NOn suka sangat melawat sambil meliwat tu laa..

Masuk Malaysia je kena bunuh, kerana melawan org2 UMNO.......... Apakah akan terjadi kepada Lanun2Putra UMNO diakhir zaman.........kita tunggu dan lihat kuasa dari atas.

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu