Monday, August 19, 2013

Doktor, Peguam, Jurutera Lebih Minat Sertai PAS - Tun Dr. Mahathir

Tun Dr. Mahathir dalam rumah terbuka beliau baru-baru ini mengulangi semula apa yang pernah diperkatakan beliau sebelum ini iaitu UMNO memerlukan lebih ramai generasi baru menyertai dan menerajui parti bagi memastikan UMNO kekal relevan . Dr. Mahathir menegur sikap sesetengah pemimpin parti yang sudah semakin tua tetapi masih kekal memegang jawatan dalam tempoh yang agak lama . Orang-orang muda yang ada pelbagai idea yang segar dibiarkan melopong dibawah.


Bila penulis rujuk pada orang muda, individu berkenaan mesti lah mempunyai kelayakan dari segi pelajaran dan komitmen . Banyak golongan professional Melayu seperti doktor ,peguam,  jurutera dan lain2 profession tidak minat menyertai UMNO disebabkan sikap sesetengah kepimpinan dalam UMNO gemar menjadi lintah kepada jawatan yang dipegang. Dr. Mahathir berkata sebahagian daripada mereka ini tak suka bila orang yang lebih pandai dari mereka masuk UMNO.

"Jadi masalah lagi, Umno tak suka orang yang lebih pandai dari pemimpin mereka masuk, (mereka) takut. Jadi orang yang berkredibeliti tak masuk Umno. Itu pasal ramai sekarang ini yang masuk PAS.

"Masa dulu, PAS kita ingat ustaz-ustaz sahaja. Sekarang ini, ada doktor, peguam, jurutera. Mereka tak masuk Umno. Sama juga dengan orang-orang yang berkaliber yang dah pencen. Sebab itu ada jeneral yang masuk parti lawan," kata Tun Dr. Mahathir dalam rumah terbukanya di Sri Kembangan

Oleh yang demikian sikap ahli-ahli dan pemimpin-pemimpin UMNO di semua peringkat iaitu cawangan, bahagian , negeri dan pusat harus berubah . Orang muda yang betul-betul mahu berjuang diberikan peluang, jangan pula dijadikan orang muda sebagai proksi kepada kepimpinan yang lama. Ini memang berlaku ,dan ini adalah kaedah politik bahagian bagi mengekalkan pengaruh kepimpinan yang lama. Orang-orang muda yang dipilih memegang jawatan adalah dari kalangan kroni-kroni sendiri.

Ahli-ahli UMNO tak perlu takut menyuarakan bangkangan mereka terhadap ketua cawangan , bahagian atau negeri semasa berada dalam mesyuarat membincangkan sesuatu usul , namun bangkangan yang dibuat hendaklah beralaskan dengan cadangan lain , jangan bangkang je tapi takde cadangan lain . Apabila ada ketegasan sebegini di kalangan ahli-ahli UMNO , maka ketua takkan berani buat sesuka hati. Juga jangan takut untuk tanya bagaimana perbelanjaan , peruntukkan dsb dibelanjakan

8 comments:

bodoh piang lah Tun ni,awak naik siapa yang sokong,kami semua lah Ketua Cawangan hanya berkelulusan SPM,Tun panggil kami datang,Tun suruh kami buat,kami tak malu nak bercampur orang miskin ke,kaya ke,orang atas ke,orang bawah ke.Tun tak tahu saya beritahu,doktor ke,peguam ke,jurutera ke,banyak songeh je macam Tun,semua hendak jaga taraf,jarang bergaul dengan orang kampung,kalau gotong royong tak pernah ada,ada saja halnya.kalau nak pegang jawatan Ketua Bahagian dan Ketua Cawangan sahaja,pegang lah jawatan AJK dulu,macam berniaga terus nak jadi tauke kuli tak mau,jadi macam mana nak tahu masalah orang bawak.Tun adalah DIKTATOR yang suka cakap tapi tak serupa bikin,podah,bagero.

umno mana ada pelapis professional, yg ada cuma pelapis kontraktor yang menunggu habuan apabila mendapat jawatan..ramai yg berkelayakan dan berpendidikan tinggi nak join umno, cuma tak nampak jalan boleh naik ke jawatan tinggi untuk suara permasalahan rakyat dengan idea2 yang bernas..yg naik cepat kontraktor ja..tgk saja PKR, ada ja anak melayu yg berpendidikan tinggi mereka angkat jadi YB bertanding, yg umno dok pusing muka lama ja, kalau ada yg baru pun mesti proksi kepada yg lama..konsep aku tolong hang naik, dah naik nati hang tolong aku pulak..bila umno dah nyawa2 ikan, barulah keluar propaganda sayangkan bangsa melayu, sayangkan Tanah air..semua ni nak selamatkan undi supaya mereka2 di atas sana boleh terus maintain kehidupan..yang rakyat di bawah ni dh nyawa2 ikan dlm kehidupan..

UMNO sendiri yang takut nak terima orang pandai, sampai peringkat cawangan pun macam tu, awal2 lagi nak dicantas.

Penerimaan ahli baru harus diproses di peringkat kebangsaan, pemilihan AJK semua peringkat juga harus dilaksana secara terbuka dan telus dengan pengundian online.

UMNO perlu lebih maju dan canggih untuk tarik cerdik pandai, perlu lebih ikhlas untuk dapatkan perpaduan yang mantap, perlu lebih mengenal akar umbi untuk kekalkan sokongan yang berterusan.

Pemimpin yang angkuh dan bongkak harus diketepikan segera demi perpaduan yang kukuh. Ingatlah kita orang Melayu, orang Islam. Itu landasan budaya dan amal hidup kita.

Artikel yang bagus, dalam masa yang sama kita kena ingat pasal Azeez Rahim ni , beliau tak layak jadi Pengerusi Tabung Haji . Kita tak nak kuasa di salah guna sewenang-wenang . Tabung Haji dah banyak skandal sebelum ni , Azeez pun cerita masa jadi CEO kat Tabung Haji pun tak habis lagi . Jangan biarkan duit rakyat pendeposit Tabung Haji disakau , ini lah jadi nya kalau orang tak layak dijadikan Pengerusi Tabung Haji , Azeez Rahim wajib berundur jadi Pengerusi Tabung Haji , mohon pautkan link http://no2azeezrahim.blogspot.com/ untuk pembongkaran cerita azeez rahim.

Contoh yang terdekat ialah Dr Khir Toyo. Itu pasal agaknya those professional tak mahu join UMNO.

Kenapa kerajaan lantik Azeez Mamak Rahim sebagai Pengerusi Tabung Haji ?

Rukun Islam kelima kepada semua umat Islam di seluruh negara. Menunaikan Haj di tanah suci. Sekarang dengan perlantikan Azeez, siapa ada duit boleh menunaikan Haj, siapa yang tidak dapat bayar duit poket tidak akan dapat pergi.

TABUNG HAJI AKAN JADI EKSKLUSIF SEPERTI KEDAI ROLEX ATAU FERRARI. Rakyat biasa akan mula tolak Tabung Haji dan terpaksa menggunakan kemudahan yang lain untuk menunaikan Haji di tanah suci.

Kuota untuk Tabung Haji akan di pegang oleh Azeez Rahim supaya anak beranak, seluruh UMNO yang dia berhutang kepada boleh di lepaskan dengan memberi PERCUMA kepada mereka menunaikan Haj di tanah suci. Kesucian Agama kita sudah tercemar dengan perlantikan perompak ini sebagai pengerusinya. Bukan Presiden UMNO ini tidak tahu. Mesti dia sudah dapat laporan demi laporan penipuan ahli perniagaan Azeez ini kepada hampir semua pemimpin dalam UMNO dan di luar. Berapa ramai yang sudah terpedaya dengan dia ? Berapa ramai sudah di tipu dia ?

Adakah pemimpin UMNO yang lain hanya akan duduk dan jadi YES MAN seperti dalam pentadbiran Mahathir dan Pak Lah ? Adakah kesucian Haji sudah tidak bermakna lagi kepada teras kepimpinan UMNO sampai melantik seorang penipu perompak sebagai Pengerusi Tabung Haji di terima sebulat suara oleh mereka ?

Jangan sampai UMNO jadi pembangkang selepas Pilihanraya UMUM ke 14.

Dari pengalaman aku dalam UMNO, apa yang dikatakan oleh Tun M memang banyak kebenaran. Golongan Professional tidak berminat berada didalam UMNO, walaupun ramai yang sedar bahawa perjuangan untuk mertabatkan bangsa dan agama itu lebih berkesan melalui UMNO. Nilai dan budaya yang berteraskan ethika professionalism tidak dihargai didalam urustadbir cawangan dan bahagian, malah budaya bukulima (kuasa) dan gedebe (perasugut) digunakan.

Pendapat dan hujah separuh masak, memperkecilkan kewibawaaan & integriti, fitnah dalaman. Ini semua lumrah digunakan oleh pencacai-pencacai yang merupakan ajk sendiri, mungkin mereka adalah jurucakap kepada yang kumpulan yang mempunyai pengaruh yang lebih besar.

Hasilnya, para professional dan akademia lebih suka memilih menjauhkan diri dari berhujah dan berhadapan dengan golongan jumud dan rakus ini. Inilah wabak dan barah yang melanda UMNO, memakan dan membunuh parti itu dari dalam.

Sebab tu UMNO makin teruk, ada banyak orang yang macam hang ni, dah la bodo, sombong pulak tu...

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu