Friday, August 16, 2013

Dilemma Anak PM : Nazifuddin Perlu Belajar Dengan Nazir Razak

Dalam usaha Perdana Menteri, DS Najib Razak cuba membentuk satu pentadbiran kerajaan yang bebas rasuah dan bebas kronisma, masih ada lagi dikalangan ‘inner-circle’ atau mereka yang rapat dengan beliau menjual namanya untuk memperoleh kepentingan-kepentingan tertentu terutamanya dalam perniagaan.  Kadang-kadang, pegawai –pegawai yang bertanggungjawab dalam sesebuah syarikat sedar bahawa mereka sedang berurusan dengan individu yang ada kaitan secara langsung dengan Perdana Menteri Malaysia.



Pegawai-pegawai ini berada dalam dilemma dan teragak-agak dalam membuat keputusan apabila individu yang mempunyai kaitan secara langsung dengan Perdana Menteri mula ‘menjual’ nama Najib Razak dan akhirnya terpaksa bersetuju untuk bekerjasama dengan individu berkenaan.  Natijahnya, Najib Razak sendiri akan mendapat nama buruk dek kerana tindakan ‘inner-circle’ beliau yang gemar menjaja namanya bagi memperoleh kepentingan tertentu.  Apabila dikatakan ‘inner-circle’ ia terdiri daripada rakan-rakan karib, penasihat dan ahli keluarga .

Pada penulis factor ‘rakan karib PM’ sukar untuk dijadikan modal oleh individu yang mahu ‘menjaja’ keakraban beliau dengan PM bagi memperoleh   kepentingan-kepentingan tertentu. Semua orang boleh mengaku mereka rapat dengan PM . Oleh yang demikian, factor ‘rakan karib PM’ bukanlah satu factor kuat yang boleh mempengaruhi mana-mana rundingan dalam perniagaan. Namun sekiranya ‘rakan karib PM’ itu juga mempunyai status ‘penasihat’ maka keadaan ini berubah , keputusan-keputusan yang dibuat adalah berdasarkan pandangan ‘penasihat PM’ walaupun rundingan perniagaan itu tidak ada kena mengena dengan PM.

Selain itu, satu lagi factor yang mempunyai impak yang agak besar ialah dari mereka yang mempunyai pertalian darah dengan Perdana Menteri.  Hanya dengan status pertalian darah ini, aura Perdana Menteri secara tidak langsung membayangi individu yang berurusan perniagaan dengan syarikat-syarikat tertentu. Walau pun kenyataan dibuat adalah pandangan sendiri, akan tetap wujud rasa hormat kerana individu itu ada pertalian darah dengan Perdana Menteri , misalnya Nazir Razak (Pengarah Urusan CIMB Group) .

Mungkin wujud laluan mudah untuk syarikat CIMB Group untuk berkembang di Malaysia dan luar Negara kerana status pertalian darah Pengarah Urusan nya dengan Perdana Menteri Malaysia. Namun itu hanyalah factor sampingan kerana Nazir Razak diakui mempunyai karisma tersendiri sebagai seorang ahli perniagaan berjaya sebelum Najib Razak dilantik menjadi PM lagi. Tetapi apa pula pandangan masyarakat bagi individu yang mempunyai pertalian darah dengan PM , agak muda tetapi mempunyai pelbagai kepentingan dalam beberapa syarikat ? Penulis merujuk kepada anak PM iaitu Mohd Nazifuddin.

Penulis sebelum ini pernah mengeluarkan satu artikel member pandangan mengenai dilemma menjadi anak Perdana Menteri (klik sini). Asas dalam membina sesebuah empayar perniagaan adalah ‘network’ . Bagi seorang yang berstatus anak kepada Perdana Menteri , beliau tidak akan mempunyai masalah dalam mencari ‘network’ , malah ‘network’ ini yang akan mencari beliau. Mohd Nazifuddin tak terkecuali dalam mengalami dilemma ini, penglibatan beliau dalam perniagaan mendapat kritikan beberapa individu dalam dunia korporat dan ahli-ahli politik pembangkang. Pada satu ketika, Nazifuddin dikritik hebat apabila beliau yang dilantik menjadi Non-Executive Director untuk Harvest Court Industries Bhd menyebabkan saham syarikat itu tiba-tiba meningkat secara mendadak kepada 2,500 peratus (14 Nov 2011) daripada 3 sen yang dicatatkan sejak 13 Oct 2011.

Peningkatan secara mendadak ini mengundang pelbagai persepsi malah ada yang menganggap Nazifuddin menggunakan pengaruh Najib untuk memanipulasi pasaran saham. Bursa Malaysia kemudian meletakkan saham syarikat itu sebagai ‘sekuriti bertanda’ dan menggantungnya daripada diurus-niagakan. Selepas mengalami peningkatan secara mendadak, saham syarikat itu mulai jatuh apabila peningkatan sebelum itu menjadi buah mulut orang ramai yang percaya ia ada hubung kait dengan perlantikan anak PM sebagai non Executive Director syarikat. Pembangkang tak lepaskan peluang keemasan ini untuk menghentam teruk Perdana Menteri.

Penulis berpendapat, tidak salah untuk anak-anak PM terlibat dalam dunia korporat dan perniagaan . Namun, mereka harus sedar segala keputusan dan tindak tanduk mereka dalam dunia perniagaan diperhatikan . Ahli-ahli perniagaan ini akan bercakap sesama sendiri sekiranya anak-anak PM ini ‘menjaja’ nama bapa mereka bagi memperoleh keuntungan atau satu keistimewaan dalam perniagaan yang diceburi. Hakikatnya, anak-anak Perdana Menteri akan lebih di hormati sekiranya mereka turut bersaing secara adil dalam dunia korporat tanpa menggunakan pengaruh bapa mereka . Pakcik mereka, Nazir Razak mampu melakukannya dan kini dia merupakan antara tokoh korporat yang dihormati di Asia.

Penulis sebenarnya bimbang dengan persepsi masyarakat apabila cerita-cerita khabar angin dalam dunia korporat tersebar kononnya Nazifuddin menggunakan pengaruh PM bagi memperoleh kepentingan tertentu. Masakan tiada angin jika pokok bergoyang ? Mereka yang teguh menyokong PM Najib Razak tidak mahu hal sebegini menjejaskan imej beliau. Nazifuddin juga seharusnya sedar beliau berada di bawah mikroskop dunia korporat kerana status sebagai anak PM itu . Sedikit kesilapan pasti turut menjadi ancaman kepada imej PM Najib Razak yang mahu negara bebas rasuah dan amalan kronisma. Jangan disebabkan kealpaan dalam mengejar status dalam dunia perniagaan, imej ayahanda dirosakkan.

2 comments:

kami rakyat marhaen yang menyokong UMNO cukup tak puas hati perlantikan Azeez Rahim sebagai pengerusi tabung haji. Memang betul Azeez banyak buat kerja kebajikan , tapi dunia perniagaan dengan hal-hal kebajikan ni tak serupa. Lagipun Azeez ni ada 'history' yang tak enak didengari . Takkan lah kita nak ungkit balik cerita2 macam tu ?? Seboleh-bolehnya tak nak malukan Azeez, harap dia boleh fikir sendiri untuk berundur sebelum orang buat pembongkaran. Saya dengar sekarang ni pembangkang sekarang ni dalam diam2 sedang kumpul maklumat pasal Azeez , dan jangan terkejut kalau mereka juga ada gambar2 sebagai bukti . Azeez berundur lahh dari Tabung Haji , jadi je pengerusi di agensi2 lain tapi bukan Tabung Haji . Saya rasa Ali Rustam lebih layak seratus kali dari Azeez untuk terajui tabung haji.

Dulu dalam satu temuramah akhbar , Azeez Rahim dengan lagaknya mengaku dia mempunyai Ijazah perniagaan dari sebuah University tertua di US iaitu University Preston , lepas tu dia terkantoi bahawa Univesity Preston ni mmg ada tapi universiti yang jual ijazah . Maknanya Azeez dalam menaikkan imej dia sanggup beli ijazah dari universiti preston ni . Apa cerr , ini ka orang yang ada kredibiliti ? Dalam laman web tabung haji masa Azeez jadi salah sorang lembaga pengarah, dipaparkan latar belakang pendidikan ada degree dalam Universiti Preston , tup tup lepas terkantoi... dia boleh padam pulak maklumat tu dari laman web tabung haji . Baiii ... macam ni ka kerajaan lantik orang jadi Pengerusi Tabung Haji . Benda dah diperkatakan oleh rakyat , tapi muka tebal tak reti nak berundur...memalukan lahhh !!!

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu